Puasaku puasamu jua

Salam warga peminat tegar confessions. Terima kasih admin kerana meluluskan permohonan ini untuk disiarkan kepada khalayak ramai.

Saya bukanlah warga uia tpi org luar. Mmg suka baca page ni jdi tergerak hati nk menulis. Dekat U sya, rasa bukan U sya sahaja. Kat masjid ada buat buka puasa untuk student mahupun org luar. Terima kasih saya ucapkan kat mereka yg sponsor makanan. Semoga Allah murahkan rezeki kalian. Seperti semua org tau. Nk buka masjid kena dtg awl. Kalau lambat mesti makanan habis. 30 minit sblum buka dah kena amik tempat kalau tak cukup itu hakikatnya. Tmpt student biasalah. Masalahnya sekarang bukan makanan tak cukup tpi yg beratur amik makanan.

Apa masalah org yg beratur? Yg beratur amik makanan tu ank2 org kaya. Bukan2 kaya skit2 ni geng2 yg orang kata balik rumah main batu seremban pakai jongkong emas. Hahahaha. Berapa ramai kawan aq yg kaya2 duduk beratur kat masjid nk mkn free. Bukan tak kenal sorang2. Suma alasan nk jimat. Tpi mlm pergi lepak tengok wayang. Lepak cafe. Untuk 335 hari korang boleh jalan2 shopping sana sini lepak. Takda plak sibuk nk saving. Tpi ble time ramadhan trus nk saving. Bro, gua nk ckp ngan lu org skit. Makanan kat masjid tu org sedekah untuk org buka puasa. Lgi skali saya ulang ye SEDEKAH. Btol kau puasa. Tpi korang mampu kot bli mknan. Bgi lah makanan tu kat org yg btol kena saving, yg dtg dri family susah. Kesian kwn aq kls habis lewat dgn harapan g masjid ada lah lauk. Ni sampai masjid dpt nasi putih jer tinggal. Air pun habis. Terkebil2 dia telan nasi putih. Hari dia tak baik. Balik masjid makan meggi sbb makanan habis kat masjid. Yg kita knl selagi boleh tlg takda masalah. Habis student yg lain yg mmg btol2 perlukan makanan spa tlg. Kau mampu beli makanan beli lah bgi portion yg kau nk mkn pada org lain. Hari lain boleh beli tiba2 ramadhan takleh beli. Klu mmg masjid takda org lain citer. Kau nk tambah 10 kali pun tok imam tak marah. Nk tapau untuk sahur pun takpa. Nikah kat masjid pastu jemputan sruh mkn nasi org bgi tu pun tak da isu.

Nk pesan ah bro. Tau tak apa hukumya ble kita org kaya amik sedekah. Klu btol kau susah tengah sengkek tak da sapa marah. Ada jugak org kaya parents bgi duit skit sruh beljar berdikari. Ini baru lepas pergi main bowling pastu mkn free kat masjid sbb tak cukup duit. Sorry ah bro alasan yg awak bgi tu adik sya boleh bgi alasan lgi munasabah. Jdi beringatlah, saya bukanlah kaya raya tpi Allah bgi tu cukup2. Kesiankanlah kepada org yang kekurangan. Boleh jdi kita tak mampu sedekah harta kita, tpi dengan pengorbanan kita yg kecil ni Allah terima puasa kita. Siapa yg tahu. Rezeki tu milik tuhan.

Sya pun dulu suka mkn masjid time ramadhan duit lebih buat enjoy. Tpi Allah bgi kesedaran. Sungguh saya tak layak terima sedekah malah saya lah yang perlu bersedekah. Doakan sya supaya murah rezeki dengan sedikit perkongsian ini. Terima kasih

– Uniten pusaka tersayang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

26 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *