Purdah Untuk Apa?

Bismillah. Assalamualaikum. Thanks admin sebab approve (harap approve lah).

Sebenarnya dah lama saya perhatikan tentang pemakai purdah ni, gadis remaja lah senang cerita eh. Saya dulu ada lah pasang niat nak pakai sebab saya tengok diorang pakai lawa je tapi bila pakai spec ni haih tak berapa nak cun le pula.

Masa dah masuk uni lagi lah kan tiba-tiba ramai pula yang minat yakni orang-orang yang dah berumah tangga. Cantik sangatkah saya ni? Rata-rata kata mereka sebab saya ni mesra dan ceria, sentiasa kelihatan manis dipandang lebih lagi bila tersenyum. Aduhai masak gitu sebab itu dah memang saya. Maka saya pun rasa mungkin ini sudah masanya untuk saya mengenakan purdah. Acah melindungi diri lah konon.

Dah cuba lah gayakan macam-macam style tapi cuma percubaan dalam bilik sahaja. huhu. Sebelum saya benar nekad, saya tanya ustazah saya yang memang saya kenali dengan perwatakan yang gila-gila dengan kami (kelas kami semua perempuan) tetapi beliau memakai purdah.

"Kamu ingat ustazah pakai sebab ustazah perasan lawa ke? Walaupun ustazah jahitkan purdah untuk kakak ustazah selama 3 tahun, ustazah tak pernah pakai lagi masa tu. Ustazah kaji kitab-kitab belajar hukum-hakam baru ustazah pakai. Ustazah ni nampak je macam ni, gila-gila tapi bab hukum ustazah tegas. Ustazah pakai sebab ilmu bukan sebab perasan diri ni cantik. Kamu ingat senang ke nak istiqamah dengan nak makan dengan keluarga mertua lagi. Sebab ilmu lah ustazah istiqamah"

Kata-kata beliau menyebabkan saya berfikir semula. Beberapa bulan kemudian, salah seorang sahabat saya berhijrah menggunakan purdah. Dia menziarahi saya di uni dan saya lihat pemakaiannya cukup sederhana. Senang cerita, kalau tengok tu tak rasa teruja apa tah lah tertarik nak tengok lagi.

Namun, kini terlalu ramai yang pakai purdah tetapi seolah tidak berpurdah. Kan lebih baik guna topeng kalau tak mau wajah dilihat. hehe. Tak ada lah orang pandang serong. Ye idok? Di instagram followersnya saja beribu tetapi yang difollownya ratusan cuma. Gambarnya aduh semanis kurma dicampur madu. Aksi bawah pokok kelapa lah, main pusing-pusing dengan suami lah. Alahai indahnya alam perkahwinan dan berpurdah. Tak kurang yang memuat turun video kemanisan berpurdah. Aduh indahnya.

Sebenarnya awak pakai purdah sebab apa? Taqarrub pada Allah kan? Nak elak pandangan dari ajnabi. Tapi sedarkah awak, awak dah tarik perhatian lebih ramai orang. Pakaian yang terbaik adalah pakaian taqwa. Ya awak memang cantik sampai orang lain pun nak ikut macam awak tapi niat bagaimana? Terlaksanakah nawaitu anda? Selarikah nawaitu dan perilaku anda.

Contoh macam kes saya, sekarang bila ada lelaki yang macam ingin mendekat saya langsung tak senyum sebab saya tahu senyuman saya manis dan menenangkan orang (perasan). Saya kurangkan berkomunikasi dengan ajnabi sebab saya tahu mereka suka dengan cara komunikasi saya. Jadi itulah langkahnya. Kalau saya pakai purdah tapi pakainya cantik menawan walau longgar dan tidak jarang, kemudian pergaulan saya sama seperti biasa maka masalahnya tetap di situ.

Kerana itu, tajdid niat anda. Saya memang suka melihat mereka yang berpurdah dan ingin menjadi seperti mereka tetapi saya belum melihat apakah asbab utama saya untuk memakai purdah. Saya tidak mahu disebabkan saya maka terjadi fitnah kepada golongan pemakai purdah.

Oleh itu, anda berpurdah kerana apa? Salam ramadhan dari saya.

Wassalam.

– kayish

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Hak masing2 dan niat masing2 nak pakai ke dak. Terpulang. Biarkan mereka dengan diri mereka, kita dengan diri dan niat hati kita. That’s all. Nampak seperti kita tahu niatnya, sedangkan tidak. Daripada bersangka2 tentang niat orang lain. Baik kita perbaharui niat kita jauh dari suka bersangka2 tentang niat orang lain. Salam ramadhan

  2. kita doakan yg terbaik utk sahabat kita. semoga mereka mempunyai nawaitu yg betul. yakni kerana Allah. wanita solehah itu tidak suka dipandang dan memandang. so, kurangkan post gmbr yang pelbagai posing tetapi mengoda walaupun menutup aurat. mata ajnabi tidak pernah tertutup melihatnya. jaga dirimu wahai wanita. biarlah Allah melihat kecantikan hatimu serta taqwamu. #youcandoit. salam ramadhan drpd ana.

  3. Agree with da statement…sbnarnya pkai purdah utk apa??…kalo just utk klhtn lawa…thatS ridiculous…but tpulang pd niat si pemakai…n kalo bole…pkai skali…jgnla buka2 lg…plik bin ajaib bila skjp pkai…skjp xpkai…this is based on my p.o.v…i think this confession is good sbb skrg mostly people pkai purdah sbg fesyen…same like tudung…huhuhu…

  4. Dr MAZA: “Berpegang kepada pendapat jumhur dalam hal ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudahkan seseorang muslimah di dalam dunia semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Dalil-dalil ulama jumhur lebih kuat dalam hal ini. Hendaklah para pengajar agama mengajar orang ramai dalil-dalil yang lebih kuat, apatah jika ianya memudahkan orang ramai mengamalkannya. Ternyata pendapat berpurdah satu kewajipan tidak begitu teguh dalil-dalilnya. Mengamalkan yang tepat dan sederhana itu adalah jaminan terhadap kesinambungan umat untuk terus beriltizam dengan agama. Mengamalkan yang susah dan lemah itu, akan menjadikan ianya akan terlucut pada suatu hari nanti.”

    https://drmaza.com/home/?p=68

  5. Bnyk dah nasiht mcm ni…cume stu perspektif yg prlu diubah…confessor ni tulis bukan brmakna smue yg pkai truk…tpi sekadar memberi pringtn (agr lebih baik) kpd yg memakai…dn pringtan (mndalmi ilmu dhlu) kpd yg belum memakai…

    Soal niat…lebih baik tegur org x tutup aurat…kena ubah minda tu mjdi org yg terbuka menerima nasiht tnpa memandg si penasiht..jgn merasakan nasiht itu tamparan untk diri sndri..ttpi hadiah dri Allah untk membetulkan diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *