Kenapa aku tak pernah dapat apa yang aku nak? Aku rasa dari dulu lagi aku sentiasa berdoa apa yang aku nak. Aku ingat lagi dari darjah 6 lagi aku sentiasa berdoa supaya allah kabulkan cita cita aku. Setiap kali berdoa aku tak pernah tinggal untuk doakan cita cita aku ni. Sampai hari ni, result upu keluar aku kecewa gila. Result spm tak okay tapi cukup syarat untuk sambung cita2 aku. Yela orang lain lagi tinggi dari aku la tu.
Sekarang dalam diri aku mula mempersoalkan kenapa doa aku tak pernah nak makbul. Aku doa supaya allah ampunkan dosa2 ibubapa aku, sihat dan happy2 selalu. Tapi ibubapa aku sentiasa sakit. Happy apa kalau sentiasa marah. Aku doa supaya kawan kawan aku dapat apa yang diorang nak dan baik untuk mereka serta kekalkan persahabatan antara aku dan kawan kawan aku tapi semua tak jadi. Kami tak gaduh pun tapi persahabatan kami lenyap tanpa khabar berita. Semua dapat kos yang entah apa2.
Last sekali aku doa untuk diri aku supaya aku dapat jugak tunaikan cita-cita aku ni tapi apa yang aku dapat jauh tersasar. Jauh gila weh. Bila baca dalam twitter orang yang dapat kos yang aku nak aku rasa sakit sangat. Rasa memamg dah tak nak sambung study. Aku sedih yang teramat sangat. Nak kata aku tak usaha? Aku rasa aku buat yang sehabis baik mungkin. Dah study gila gila. Tak tengok tv tak layan media sosial.
Aku mula terfikir, katanya doa di bulan ramadhan berkat tambahan lagi pada malam lailatul qadar. Aku ingat lagi setiap kali bulan ramadhan aku tak pernah tertinggal sehari pun untuk doakan cita-cita aku ni. Solat pun tak pernah tinggal. Yang sunat aku bedal jugak. Ustaz cakap allah malu bila dia tak makbulakan doa hamba hambanya. Tapi kenapa aku punya tak makbul pun???
Tapi aku ada satu lagi peluang untuk sambung cita2 aku. Last chance. Tapi aku rasa susah gila nak dapat. Dia nak dalam 20 orang. Yang mintak pula ratusan.
Sungguh aku cakap aku dah berputus asa dah untuk berdoa. Tapi aku takut dan masih berharap peluang terakhir aku.
– hamba
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Jawapan tuhan senang je.
A. Yes
B. Yes but not now
C. I have something better for you
in shaa Allah, sis. jgn berputus asa. Allah nk tgk sejauh mana kita merintih pd Dia. Dia Maha mengetahui, dlm.firmanNya ada sebut, “jgn berputus asa dgn rahmatNya” luas makna tu sis. in shaa Allah, sabar itu indah. jgn melihat atas kita, tp org yg kurang bernasib baik dr kita, bersikap qanaah(merasa cukup). in shaa Allah, ada jalanNya. yaqinlah
Dulu akak pun kecewa sebab akak tak dapat kos yang akak nak. Akak tolak satu-satu tawaran yang akak dapat termasuklah matrik. Masa tu akak dah sangat putus asa. Ibu akak doakan agar Allah beri kos yang sesuai dengan akak. Sekarang ni alhamdulillah akak dah nak masuk tahun akhir pengajian. Akak dapat tempat belajar yang dekat sangat dengan rumah. Bilamana kita rasa doa kita tak diperkenankan, Allah akan gantikan dengan lebih baik
Dik..kadang2 bnda yg kita rsa terbaik utk kita blm tentu lg terbaik sbnrnya…mgkn Allah prepare yg lg baik utk adik..bersangka baik..akak dlu pun jauh Allah bwk berjalan sblm berada pada tahap skrg nie…chill ok..n percaya la apa yg Allah tetapkan utk adik mesti jauh lebih baik dri yg adik inginkan…sabar ok..
rilek la ramai lagi kot tak dapat upu. second intake ada. third intake pun ada. jangan give up Allah tau yang terbaik untuk kau
satu je nak pesan. Allah is de best planner ever. Allah dh rncg yg terbaik utk kita. tp belum wktunya mugkin. pls stop asking urself bout Allah’s plan. HE know de bes 4 u ♥
Allah itu Maha Adil.
Dia telah mengatur perjalanan yang jauh lebih indah dari apa yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar Allah takkan biarkan hambaNya bersedih selamanya.
Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang seharusnya.
Jangan bersedih… Yakinlah pada Allah….
Semoga ada senyuman selepas air mata dalam hidup awak…
Kekadang nikmat Allah itu datang melalui pelbagai cara termasuklah mungkin yg tak masuk akal.. But awak kena ingat, Allah itu Pencipta saya, awak, kta semua.. Dia lebih tahu siapa awak dan kemampuan awak.. Maybe itu yg awak nk, tapi Allah bagi yg awak perlu.. Allah tampungkan yg perlu dulu.. Sangka baik dengan Allah ☺ Allah xkan susahkan awak.. Kalau dh awak usaha habis2an pon, masih gak x dpt.. Kemungkinan itu bukan dlm kemampuan awak.. Wallahua’lam Allah lebih tahu. Tlg jangan putus asa.. Jgn putus asa dgn Tuhan.. Dia Pencipta semuanya, awak putus asa dengan Dia, awak putus dgn semuanya.. Wallahua’lam.. Cari cinta Allah, hati tenang, jiwa tenteram, hidup bahagia kuatkan dirimu!