Putus asa? Jangan. – 8:33 PM

Putus asa? Jangan.

Bissmillahirohmanirahim, Assalamualaikum,
So, tiba-tiba kami ghasa mcm nak menulis sikit bila banyak duk baca pasai 'luahan' hati. Boleh dikatakan lebih 90% luahan yg tulih pesai dak puas hati dgn parents, dak puah hati dgn Allah, dak puah hati dgn pasangan, kawan, dunia, diri sendiri..

Subhanallah, betui ! Kita semua manusia, semua buat salah, kami bukan nk membebel macam ustaz atau ustazah, bahkan kami sendiri pernah ghasa 'dak puah hati'. Dak puah hati ngn semua org, dgn makbapak, dgn Allah, dgn manusia, dgn diri sendiri sehinggakan sampai duk harap nak mati..

Tapi Allah SWT tu maha Kaya, maha Hebat, subhanallah, kami cuma nak kongsikan macam mana kami handle perasaan 'dak puah hati' ni. Sebenarnya bila ampa semua dak puah hati, dia mai perasaan nk marah, dia mai perasaan sedih, dia mai perasaan serabut, dia mai perasaan kusut, itu semua permainan syaitan, bila kita dah dak tahan sangat dengan perasaan tu semua, kita akan persoalan Allah, contohnya 'kenapa KAU buat kami jadi laguni? Kenapa kami?'

Samada kita sedar atau dak, kita sebenarnya dah persoalan Maha Pencipta, Nauzubillah, mari sama-sama kita beristifar, Subhanallah, tapi apa yang biasa kami buat bila dia mai perasaan macam-macam, rasa gagal tiba-tiba, rasa dak mampu buat apa-apa, rasa dugaan tu yang amat berat,

Maka, ampa semua sapulah dada perlahan-perlahan, pejamkan mata ampa seketika, beristifar seberapa kali, katakanlah dalam hati, seikhlas-ikhlasnya,
'Ya Allah, berdirinya aku di sini adalah kerana Perancangan-Mu, Kesukaran yang aku alami sekarang ini adalah kerana peringatan kecil dari-Mu supaya aku tidak leka, Kesusahan yang aku alami sekarang ini adalah kerana 'jentikkan-Mu' supaya aku terus meminta kepada-Mu, dan keberadaan aku di sini, di masa ini, di situasi ini, adalah kerana sehebat-hebat perancangan-Mu semasa aku masih di katung rahim Ibuku ketika aku masih berusia empat bulan, Sesungguhnya aku redha Ya Allah, Jika ini adalah rezeki-Mu untuk ku, maka sesungguhnya aku terima, jika ini adalah peringatan-Mu untuk ku, maka sesungguhnya aku redha, kerana aku hamba-Mu yang masih alpa tentang dunia, Bantu lah aku Ya Allah, kurangkanlah titisan airmata ku, kerana aku percaya tiada yang lain selain daripada-Mu Ya Allah"

Bacalah seikhlas mungkin, berdoalah sepanjang mungkin, jika ampa menangis, maka ampa sebenar-benarnya sedang meminta pertolongan daripada-Nya,

Kami juga pernah rasa, kita semua pernah rasa, kerana kita adalah hamba-Nya yang masih bertatih ke jalan-Nya.

Ingat ! Sesusah mana pun kita, kita kena, wajib, harus percaya, Allah pasti akan menunjukkan jalan kepada kita, redha dan usaha !

Ingat ! Apa yang berlaku pada kita sekarang, adalah kerana sebaik-baik perancangan daripada-Nya, redha ! Jika ianya adalah terbaik buat kita, In sya Allah , Allah akan permudahkan segalanya. Tawakal dan beristifar lah.

Redha , Bersyukur , Tawakal , Usaha. In Sya Allah , Allah permudahkan segalanya.

Wallahualam.

– Perempuan Misteri

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *