Putus cinta?? Chill la beb
Assalamualaikum. Mohon sangat jasa baik admin approve. Saya selalu dengar cerita orang sedih sebab putus cinta. Saya nak nasihat satu je.
Dengar sini sayang,
Okayy. Fine. Mungkin dia memang banyak buat kau merana, buat kau keluarkn berjuta-juta air mata, dia buat kau kurung dalam bilik berhari-hari, buat kau dah tak percayakan orang, buat kau dah tak percayakan cinta.
But why so negative?
Cuba ingat balik. At least dia pernah buat kau gembira. Dia pernah buat kau tersenyum. Dia pernah ajar kau erti cinta. Dia prnh ajar kau untuk percayakn orang lain. Cuma satu je, dia bukan jodoh kau. Mungkin dia lukai kau, tapi mana tahu, sebab keperitan tu la suatu hari nanti kau akan jumpa jodoh kau yang sebenar?
Ye. Memang perit, sakit, tapi apa yang kau harapkan? Ni la apa org panggil kehidupan. Realiti. Memang kita kadang-kadang berada dekat atas dan kadang-kadang dekat bawah, dan sekarang ni kau dekat bawah. So, tarik nafas dalam-dalam dan rilek. Somehow, someday kau akan harungi juga. Dan masa tu kau akan nampak diri kau berada dekat atas balik.
Jadi, tolong jangan pernah terfikir nak buat benda bodoh. Macam ambil dadah ke, cederakn diri sendiri ke, atau lebih teruk lagi, bunuh diri. Just believe in yourself. Kau boleh punya.
Satu lagi, ingat benda ni. Tak ada apa yang kekal. Manusia akan mati, benda akan rosak. Tak ada apa-apa yang kekal kat dunia ni. Bila kau dah bersedia untuk menjalinkan sesuatu hubungan, kau patut bersedia untuk hubungan tu putus juga. Yang ada pertalian darah pun boleh terputus hubungan, apatah lagi yang tak ada apa-apa. Peratusan untuk kau putus dengan dia tak akan jadi kosong. Manusia berubah. Kalau bukan kau, dia akan. Jangan risau, suatu hari nanti, kebahagiaan akan datang juga dekat kau, selepas kau harungi ujian kehidupan yang susah ni.
Dan semestinya, kebahagiaan tu bila kau dekat dgn Yang Maha Pencipta, iaitu Allah.
Walaupun satu dunia bencikan kau, percayalah. Akan ada walau seorang yang sayangkan kau, yang hargai kau. Yang akan nangis bila kau tak ada lagi kat dunia ni.
– Psychologist to be