Racism

Hai assalamualaikum rakyat Malaysia. Firstly thank admin kalau siarkan artikel ini dan mana yang baik jadikanlah pengajaran, mana yang buruk anggaplah khilaf aku sendiri. Aku seorang student degree yang ambil Engineering di sebuah universiti di Germany dan telah berada di Germany dari tahun 2016. Awal awal aku nak minta maaf kalau aku keep on campur bahasa Melayu dan English and jangan bash aku cakap aku cakap aku tak memartabatkan bahasa Melayu okay. And penulisan ni panjang so mana mana tengah busy tu, save dulu post ni, ada masa nanti time makan ke nak tidur ke, haa baru baca.

Jadi tujuan aku tulis ni adalah untuk bagi prespektif atau pandangan aku mengenai isu racism di Malaysia dari pandangan seorang yang dianggap different di luar negara, cause I‘m Asian and not a native speaker of course. Germany merupakan sebuah negara yang bagi aku sangatlah berbeza dari Malaysia dan sejarah Nazi mereka menunjukkan bahawa menjadi racist bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan pada akhirnya.

Perbualan mengenai sejarah mereka dalam hal ini amatlah intense, ianya adalah taboo untuk mereka. Sebarang statement or gesture mengenai Hitler boleh menyebabkan anda ditahan oleh pihak polis di sini, so please be mindful and careful when you guys datang sini. Every country has its own dark side right? Mereka sememangnya sangat malu atas tindakan mereka dan ramai kawan aku cakap, sebelum kemenangan mereka dalam World Cup 2014, ramai yang malu mengakui bahawa mereka adalah Deutsche kerana perkara pertama yang akan disebut oleh orang luar adalah Nazi.

Berbeza pula di Malaysia, kita memang terdiri dari pelbagai kaum. Bumiputera dan bukan bumiputera, berlainan agama dan bangsa. Saban hari makin banyak perkara atau isu sensitif perkauman disentuh atau disebut. Contohnya perlembagaan persekutuan, hak istimewa orang melayu/ bumiputera, ICERD dan banyak lagi. Setiap kali aku baca isu isu ini, perasaan dan rationality aku sentiasa berbelah bagi. Kadang kadang aku rasa aku setuju bahawa Melayu mendapat terlalu banyak privilege berbanding bangsa lain di Malaysia dan kadang kadang aku rasa aku tak setuju.

Jadi, mari aku jelaskan dulu kenapa aku setuju dengan statement too much privilege ini. Aku kenal ramai kawan yang bukan bumiputera bersungguh sungguh study tapi disebabkan mereka bukan bumiputera pada waktu kelahiran, peluang untuk mereka mendapat scholarship agak tipis berbanding kita cause there’s always quota and requirements. Mereka dilahirkan di Malaysia dan juga anak Malaysia, tapi peluang yang mereka dapat tak seperti peluang yang kita anak Melayu dapat. Ramai orang kata yelah, bangsa mereka dah ramai berjaya dan mereka banyak dapat sponsor besar besar dari company bangsa mereka sendiri.

Ya aku faham dan aku setuju, tapi tu tak bermakna mereka bukan tanggungjawab kerajaan lagi. Our government should be assisting all of their youth and citizens regardless or their colour and race or religion. Aku ada mix Chinese and every time people talk bad about them making me think theyʼre insulting my grandmother too. Which somehow saddens me all the time. The privilege that we get cause we‘re bumiputera is not something that we should always rely on i guess, we‘ve been given so much that sometimes we forget to be grateful.

Orang selalu cakap, ajar seseorang untuk memancing dan bukan sentiasa memberi ikan. Bagi aku inilah situasi di mana Melayu terlalu selesa dengan apa yang diberi dan kita jadi malas untuk memajukan diri sendiri. Aku minta maaf awal awal kalau ada yang terasa, jangan risau aku pun melayu dan aku pun pemalas, jadi kata kata tu untuk diri aku juga. It‘s just a reminder to all of us that now it‘s time to change! If we donʼt want others to keep on saying that we keep on getting what we donʼt deserve, prove them wrong. Show them that we work hard for that too. It‘s not just because of the title ‚Malay‘ that we‘re wearing since we were born.

Seterusnya point kenapa aku kurang setuju dengan point kesamarataan di Malaysia. Kita tahu kunci kepada kemerdekaan yang Malaysia capai pada hari ini adalah tolak ansur dan rundingan. Syarat pertama yang diletakkan sebelum rundingan itu adalah untuk kaum lain mengakui ketuanan dan keistimewaan orang Melayu/ bumiputera pada masa itu. Kalau perkara ini tidak dipersetujui oleh pemimpin kaum lain sewaktu itu, tidak akan ada sesi rundingan langsung. Ramai orang argue kata it was long time ago whereby it‘s not relevant anymore, I disagree.

It still and will always be relevant cause it‘s the foundation of what Malaysia have today, peace. Kerana tolak ansur dan rundingan itulah Tanah Melayu merdeka dan kita hidup aman damai dalam kaum yang pelbagai. Hak istimewa kami sebagai orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dilindungi oleh Raja Raja kami. Satu perkara yang aku sebagai Melayu pun susah nak akui tapi sememangnya realiti ialah kami

Melayu memang memerlukan bantuan dari hak istimewa itu. Dasar sosioekonomi dahulu menjadikan kami antara kaum yang ketinggalan di belakang kerana British takut akan ketuanan Melayu jika kami diberikan pendidikan dan prasarana di bandaraya. Kerana mereka tahu Melayu adalah tuan tanah pada masa itu. Kini masih ramai orang Melayu yang buta huruf, buta IT. Namun, itu bukan salah mereka, percayalah. Tidak semua orang akan mendapat kelebihan untuk ke sekolah ataupun memahami betapa pentingnya ilmu itu.

Ada ibu bapa yang merasakan mereka tidak mampu nak menghantar anak ke sekolah ataupun pelajaran itu tidaklah terlalu penting untuk hidup. Aku tak salahkan mereka atau aku tak pandang serong pada mereka kerana NOT EVERYONE HAVE THE PRIVILEGE TO UNDERSTAND HOW VALUABLE IT IS TO GAIN OR HAVE KNOWLEDGE. Mereka kurang pendedahan atau pemahaman mengenai perkara itu yang mana menunjukkan bahawa mereka perlukan bantuan dan sokongan dari pihak kerajaan. Tak salah kita sebagai Melayu megakui bahawa ya kami masih memerlukan bantuan untuk maju. Mengakui kekurangan diri bukanlah sesuatu yang hina bagi aku.

Jadi konklusinya, semua orang menyayangi bangsa dan kaum mereka sendiri dan bagi aku, mustahil untuk seseorang itu mengatakan bahawa dia tidak racist langsung. Aku tak percaya. Loving your race doesnʼt imply that you‘re racist cause the spirit of valuing your race doesnʼt indicate that others are lesser than yours. Be respectful of others and not believing that you‘re superior than others help in a way to achieve the understanding of respect and peace. Ingat, bumi Malaysia ini akan jadi tempat bertapaknya kasih sayang untuk generasi generasi kita akan datang, jadi fikirkanlah negara seperti apa ingin kita wariskan kepada mereka?

– A girl who thinks too much

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *