Raikan Pandangan Anak Muda

Zaman sudah berubah. Dahulu, kalau nak minta jawatan dalam pekerjaan, bakal majikan akan melihat sijil akademik dan sijil penglibatan aktif semasa berada di universiti atau sekolah.

Tapi, zaman sekarang, bakal majikan akan bertanya ada akaun media sosial. Jika ada, mereka akan tanya pula, berapa pengikut di media sosial.

Jadi, saya tidak pelik jika ada segelintir Pempengaruh media sosial (Influencer) mengeluarkan kenyataan, sekolah tidak penting.

Bagi mereka, pasaran semasa lebih mengutamakan populariti berbanding ilmu pengetahuan.

Budaya untuk meraikan berpengetahuan tinggi semakin lama semakin terhakis apabila majoriti rakyat Malaysia suka melayari video berkonsepkan santai dan tidak memerlukan akal untuk berfikir secara kritis.

Bagi saya, ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan dia. Mungkin ada abang-abang atau sepupu / kakak yang dia kenal, ada kelayakan ijazah sarjana muda (degree), ijazah (master) dan phd yang masih lagi gagal berkerja mengikut sijil akademik mereka.

Dan lebih sadis lagi, mungkin ada orang yang dia kenal (mempunyai sijil akademik) tetapi hidupnya seperti kais pagi, makan pagi dan kais petang, belum tentu ada rezeki masuk.

Jadi siapa kita, mahu melabelkan kenyataan Pempengaruh di Tik Tok itu dangkal. Sebagai orang tua, saya meraikan pandangan anak muda ini.

Saya lebih suka cermin diri saya sendiri. Walaupun saya bergelar mahasiswa yang memiliki kelayakan akademik, tetapi saya gagal mempengaruhi pendiri bisnez untuk menggunakan servis saya.

Saya juga ada kelayakan sijil darjah khas agama kerajaan negeri Johor, siap dapat pangkat satu lagi. Tetapi adakah saya menjadi seorang Guru Agama (KAFA)?

Jadi, salahkah kenyataan Pempengaruh media sosial tersebut? Bagi saya tidak salah kerana apa yang dilontarkan itulah yang berlaku kepada saya.

Apa yang anda tanam, itulah yang anda akan dapat.

Tidak percaya? Anda buka beg dompet anda sekarang. Berapa duit yang tinggal? Adakah duit anda itu akan memenuhi keperluan isteri dan anak-anak anda jika mereka menginginkan sesuatu?

Berpijaklah di bumi nyata. Kehendak pasaran pada hari ini tidak macam zaman ibu bapa anda lalui. Ini zaman revolusi industri. Secara perlahan-lahan teknologi industri robotik (AI) akan menggantikan anda.

Kepada mereka yang masih lagi ada pekerjaan, jagalah pekerjaan anda baik-baik. Jangan terlalu merungut kerana rungutan anda tidak boleh menyelesaikan masalah majikan anda.

Anda cuma ada dua pilihan. Anda mahu bergelar sebagai staffnya atau anda memberikan surat peletakkan jawatan.

Nak cari pekerjaan baru pun tidak semudah yang anda sangkakan. Adakah anda akan rasa selesa mendapat pekerjaan baru sekiranya lulus temuduga?

Itu jika usia anda masih muda. Jika usia ada sudah tua macam saya macam mana pula? Anda rasa, ada bakal majikan yang mahu menggajikan anda dengan kadar gaji tinggi sedangkan produktif anda makin lemah? Jangan lupa. Anda sudah tua.

Boleh berkerja sendiri? Memang boleh berkerja sendiri. Cuma anda kena mempertimbangkan banyak perkara.

Berkerja sendiri tidak semudah yang anda tonton atau baca di Tik Tok atau platform media sosial. Anda boleh menayangkan wang yang banyak.

Adakah hari ini anda menjual produk/ mengiklankan servis anda, esok malam bakal pelanggan anda akan mencari anda?

Berpijaklah di bumi nyata supaya anda tahu, kehidupan pasca covid semakin menakutkan golongan yang sudah berkeluarga.

Kesimpulannya, kurangkan mengecam orang yang memberi pandangan dan apa yang dirasakannya sesuai dengan dirinya. Belajar untuk menilai sesuatu pandangan juga merupakan sebahagian proses pembelajaran.

Dan tolong betulkan cara berfikir. Masuk sekolah atau kolej atau universiti, bukannya sebab mahu dapat peluang pekerjaan yang berjawatan tinggi. Kelak merana menggigit jari.

Hidup ini memang keras. Tapi keras lagi hati manusia yang ego untuk menerima pandangan anak muda di Tik Tok.

– ANAK JOHOR BP (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Orang yang cipta google, Facebook, tiktok tu semua educated tau bukan cikai2 macam budak yg takde SPM or setaraf..lol

  2. Tahu pun sebut technology membangun. Tapi memang dangkal pun kenyataan sekolah tak penting tu. Nak guna technology macam AI tu pun kena ada ilmu ya, bukan boleh sesuka hati. Contoh paling senang sekarang nak guna AI macam chatgpt, bard, and so on, prompt tak tepat, jawapan dari AI pun automatic salah ya. Memang kena ada ilmu dan pendidikan formal/sekolah tu penting!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *