Assalamualaikum pembaca.
Fasa 1 : Pengenalan kepada jenis kulit muka.
Saya seorang perempuan berusia awal 20an. Saya nk tanya tips menghilangkan jerawat di muka. Izinkan saya bercerita mengenai keadaan muka sy. Kulit saya tak cerah sangat tapi tak terlalu hitam. Tapi bila ada jerawat memang jadi hitam dan lebam nampak sangat. Muka saya alergik kepada benda yang terlalu wangi. Sabun sabun pencuci muka yang berbau wangi akan mnyakitkan. Benda benda berasaskan limau, mint atau yg bersifat acidic akan menyebabkan kulit muka saya pedih.
Fasa 2: Apa yang saya pakai sekarang.
Buat masa ni saya cuma pakai sabun susu kambing jenama shur**h. Sebab itu je yang berkesan. Pernah kawan gelakkan sebab pakai sabun murah , sabun orang tua semua. Tapi hakikatnye itu sahaja sabun yang boleh pakai. Kalau saya tukar sabun lain, muka akan naik jerawat dalam. Ambil masa 2-3 hari, bila dah masak memang akan keluar benda putih dan sekali darah. semua tu kalau tukar pencuci muka lain. Sejak umur 12 tahun memang saya tak tukar pencuci muka. Tapi bila dah besar saya cuba produk macam macam. Yang pertama Ta**. Dua tiga bulan kulit muka memang cerah. Cantik. Tambah makan supplement Safiey Ilyas Per****g. Lepas tu stop pakai terus jerawat naik berterabur. Hari2 bole picit jerawat. Keluar benda putih2. Alhamdulillah setakat ni bahagian pipi yang terlindung dengan tudung je terkena.
Buat masa ni saya dah stop pakai semua benda. Sekarang pencuci muka masih Syu*** yang susu kambing. Cuma setiap kali keluar kerja, muka akan jadi berminyak yang sampai berkilat. Lagi2 kat bahagian dahi. Memang teruk sangat. Jadi sayan cuba make up. Pakai foundation. Tapi bila pakai foundation @ bb cream kulit jadi makin berminyak. Kadang kala jadi makin gelap. Jadi saya lapikkan dengan bedak pix*. Dan lipstik sikit. Hanya itu rutin saya setiap setiap hari. Malam pulak saya tepek aloevera.
Fasa 3: Masalah kritikal sekarang.
Terima kasih kepada pembaca kerana terus membaca sehingga ke fasa paling penting.
Buat masa sekarang kulit muka saya nampak macam okay. Tapi tak sebenarnye. Nampak macam okay tapi bila pegang2 muka dengan tangan rasa benjol benjol kecil. Kadang kadang masa cuci muka, saya kikis muka dengan kuku dan picit. Keluar benda macam putih2. Rupanya foundation dan bedak yang saya pakai tu macam takes toll on my face. Memang nampak okay tak berminyak tapi bila dah lama, ade benda yang tertinggal dalam kulit muka. Bila saya picit keluar benjol2 l, keluar ketul ketul putih. Besar sebesar gula kasar. Memang geli. Kadang2 memercik keluar nanah sampai ke cermin. Tapi bila tengok okay je. Tak ada jerawat. Tapi bila picit. Yang keluar dari muka benda yang warna putih tu. Mungkin masalah saya liang pori besar.
Fasa akhir: Cara atasi benda raksasa putih di muka.
Jadi tujuan saya post di iium ni untuk meminta pandangan. Bahagian mana yang salah dari segi rutin penjagaan muka saya? Pakai bedak dan bb cream tu saya tak boleh tinggal. Kadang kadang saya tengok juga face vacumm tu. Berkesan ke kalau guna? Untuk ekstrak raksasa putih kat muka? Kadang kadang saya guna vietnam mask. Memang banyak keluar raksasa putih. Tapi esok ada balik.
Mohon bantuan golongan pembaca iium ye. Kan best kalau raksasa ni boleh di musnahkan oleh Thanos sekali petik jari je. Haha. Gurau. Saya tak sabar nak tunggu Infinity War 4. Tapi sebelum tu ade captain Marvel dulu. Papepun sape yang ada masa lapang boleh bagi cadangan dan komen. Terima kasih.
– Eli
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit