Salam Admin. Terima kasih kalau post kan penulisan aku ni.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa ramai sangat penunggang agama dalam dunia yang penuh dengan penggunaan media social ni. Untuk ucapan ramadan je, letak gambar Quran,bunga bungaan dan pelbagai kisah hidup dalam caption hanya untuk ucap indahnya Ramadan ni. Tak kurang yang ambil peluang untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang lain berdasarkan pengalaman lalu.. which yg aku percaya, takkan dapat difahami orang lain unless kau lalui sendiri pengalaman tu.
Aku,selaku haters yang tak suka melihat benda benda yang berlaku sementara je kerana ramadan ni rasa jelak dengan hipokritnya manusia. Aku cuma nasihatkan, jangan beriya mempamerkan banyaknya ibadah, hebatnya hijrah, banyaknya tarbiyah ramadan (padahal bulan lain pun Allah sentiasa bg tarbiyah) sebab kita bukan tahu kalau seinci kita dah termasuk dalam riak bila orang dah mula like tu.
Aku sedar je orang akan kata aku fikir negatif,biarkan la orang nak post apa apa,yang aku peduli sgt tu kenapa.Jangan pertikaikan keikhlasan dia.
Tapi,fikir lah betul ke kita ikhlas,kalau betul ikhlas,cuba kita buat je dulu tanpa nak post post di fb dan media social. Kalau betullllll yakin kita tak jatuh ke riak tu, then post lah sebanyak mana pun. Nak capai tahap ikhlas masa biasa2 pun susah, inikan bila ditambah dengan post2 yang boleh menyebabkan bangga diri.
Aku jadi haters mcm ni pun sebab honestly aku sendiri pun pernah rasa bangga dengan fb status aku bila dapat banyak like.Padahal tu belum aku buat status agama :p *yelaaa kalau status agama kan orang tak berani tak like.huahuahuaaaa
Aku tak halang korang nak post kt fb, aku seronok baca cerita yg betul betul memberi kesan sbb jiwa orang yang menulis tu berjaya menyampaikan mesej yg dia nak sampaikan.
Kadang-kadang, bila jiwa yg menulis tu sebenarnya berniat nak meraih like, kita dapat rasa.hahaha.Tipu la korang tak pernah rasa camtu kan? Ok lah.Maaf la mcm menimbulkan rasa negatif pada mereka yg terasa dgn luahan perasaan aku ni.
Selamat menyambut Ramadan.Semoga terbuka pintu keikhlasan di bulan Ramadan ini.Kurangkan ber-fb menceritakan mulianya diri, banyakkan beribadah mencari erti hidup ini.
– pezaltaher
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Salam. Well for me, takde masalah pun. Post2 sebegitu membuat kita terasa semangat ramadhan.
Baru macam itu kau dah cop penunggang agama.
Yang perlu dibanteras ialah produk² pseudosains yang gunakan agama…contoh air 300juzuk dia tulis. Itu patut banteras. Setakat tak puas hati pada orang² tulis tentang Ramadhan, nampak sangat hati ada masalah.
Air 300juzuk wakakakaka. ?
Hmmm..selamat menyambut ramadhan..
Cek balik hati sdri dlu…hihi…
Biar la orang nak share benda baik. Bukan salah pun. Husnuzon.
Istighfar byk2