Ramadhan dan Keluarga

Assalamualaikum.. Terima kasih pada admin kerana meng'approve' kan cerita aku yang tak seberapa ini. Salam Ramadhan buat semua. Yee Ramadhan. Keterlaluankah kalau aku cakap masa aku kecik dulu aku tak suka bulan Ramadhan? Tiap kali nak masuk bulan Ramadhan aku rasa seolah-olah aku tak gembira sepertimana orang lain yang sangat-sangat menunggu bulan mulia ini. Aku anak sulong dari 4 beradik dan aku merupakan anak tunggal perempuan. Berumur dalam awal 20-an dan masih menuntut di salah sebuah Ipta tempatan.

Ceritanya, setiap kali masuk bulan Ramadhan aku memang gembira sekarang. Tetapi kadang-kadang datang satu perasaan sedih apabila terkenangkan zaman aku sekolah rendah dulu apabila berpuasa dengan keluarga. Aku tak tahu lah, tiap kali bulan ramadhan aku membayangkan puasa bersama-sama keluarga, berbuka dan sahur bersama tapi ternyata itu semua expectation aku sahaja. Bila masuk bulan ramadhan secara automatiknya aku di 'pulau' kan dari berbuka atau bersahur bersama. Masa tu yang berpuasa cuma mak aku dan ayah aku termasuk aku sekali sebab adik-adik yang lain masih kecil. Aku ingat lagi, apabila nak masuk waktu berbuka masa tu aku dalam darjah 3, aku akan pergi ke dapur nak berbuka bersama tapi aku tengok tak ada pun pinggan atau cawan disediakan untuk aku atas meja. Masa tu aku kecik dan lebih kepada innocent, aku buat tak tahu dan ambil pinggan cawan aku sendiri dan cedok nasi dalam pinggan aku tanpa memahami isyarat mata yang aku bagi dekat ayah aku. Bila aku duduk sekali mak aku tanya " tak puasa kan, pergi lah naik atas dulu jaga adik kejap lagi makanlah". Masa tu aku diam je, aku senyap je dan aku naik atas. Aku nak berbuka sekali sebab aku memang puasa. Walaupun darjah 3 tu muda lagi untuk berpuasa tapi aku memang puasa sebab dari sekolah rendah lagi aku dihantar ke sekolah arab. Lepas mak aku cakap gitu, aku naik duduk tengok tv sambil jaga adik aku. Actually tak ada pun yang perlu dijaga sebab adik aku tak buat kacau pun. Even hati aku masa tu sedih tapi aku masih kecil nak faham erti 'terasa hati' yang aku tahu aku sedih tak dapat nak makan sekali. Tak pernah bagitahu? Dah banyak kali aku bagitahu aku puasa, puasa dan puasa tapi mereka tak percaya. Mungkin mereka fikir budak darjah 3 macam aku tak mampu lagi nak berpuasa penuh macam orang dewasa. Macam tu lah keadaan aku setiap kali nak berbuka sekali. Sama lah sahur pun, tak ada siapa yang akan kejutkan aku. Aku akan tersedar sendiri kalau ada terdengar bunyi kat dapur, aku bangun ambik pinggan cedok nasi sendiri dan makan. Kalau tak tersedar nasiblah. Kadang-kadang mak aku kejut. Tapi tengok jam dah 6.30 pagi, dia suruh cepat-cepat makan sebab waktu dah nak habis. Aku cakap "memang dah habis pun" and aku memang taknak makan. Tapi dia cakap jam tu tak betul dan jam tu cepat lah apa lah dan aku pulak kena marah. Aku tak faham kenapa mak ayah aku menganggap puasa aku ni tak penting atau menganggap aku tak serius dengan puasa aku. Alhamdulillah aku diberi kesedaran awal mengenai puasa oleh ustaz aku dan dalam darjah 3 aku memang nak puasa betul-betul walaupun aku tahu orang lain ada yang berpuasa mula dari darjah 1 lagi. Begitu lah bulan ramadhan setiap tahun untuk aku sampaikan tiap kali masuk berbuka aku akan tunggu dulu sampai mak ayah aku habis berbuka dan aku akan sambung makan lepas dorang solat maghrib. Tu pun aku ambik sikit je lauk sebab lepas makan mak aku akan simpan lauk dalam peti, nak ambik pun rasa serba salah. Benda ni berlarutan sampai lah darjah 6 baru nampak ok sikit.

Bila dah meningkat dewasa ni, benda-benda gitu dah tak ada tapi tiap kali masuk bulan ramadhan aku rasa teringat zaman aku di 'pulau'kan dari berbuka sekali. Kadang-kadang aku nak tanya tapi bila difikirkan balik, biar jelah takut mak aku kecik hati. Tapi tak dinafikan, perkara yang aku cerita ni nampak kecil, hal pinggan cawan cedok nasi je kot tapi besar effect pada aku sampaikan tiap kali masuk bulan ramadhan, mind set aku masa kecik dulu akan rasa tak suka pada bulan ni, tak gembira, rasa jengkel. Aku tak mintak untuk rasa macam tu, mind set. Seolah-olah aku merasakan bulan mulia ini merupakan bulan bebanan untuk aku. Alhamdulillah sekarang aku bukan lagi macam tu, mind set mengarut tu dah tak ada. Dah besar kan dah tahu mana baik mana buruk.

Aku bukan nak buruk-burukkan keluarga aku. Yes, mereka manusia biasa tak sempurna macam aku dan manusia tak lari dari buat kesilapan. Cuma nya disini aku mengharap pada ibu atau ayah yang ada anak yang cuba berpuasa atau berpuasa penuh even kecil lagi, tolong jangan remeh kan ibadat mereka. Bagi support, ajak berbuka sahur sekali buat macam mereka berpuasa sama seperti orang lain. Tak puasa pun ajak lah makan sekali, tak salah pun kan. Itu saja dari aku. Salam Ramadhan Kareem dari aku.

-strawberry choc-

– Strawberry choc

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ape kata ko bersangka baik je dgn parent ko, diorg mesti pikir ketahanan budak kecik tak sama dgn org dewasa. Diorg taknak ko paksa diri,bukan tak support ko nak puasa. Lainla kalau parent ko tak galakkan solat, mmg patut ko merajuk. Solat lagi penting dari puasa. Maafkan je,tak elok pendam rasa smpai ke tua.

  2. Thats a little emotion trauma during childhood… sy faham. Bila certain episode in life keeping giving a clear throwback to you. Minta pd Allah, supaya diremove perasaan sedih tu.. InsyaAllah.. chin up :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *