Ramadhan menjelma lagi

Ramadhan ini adalah ramadhan yg ke 5 kalinya aku sambut di UIA. Harap-harap semester ini akan menjadi semester terakhir aku di sini. Tak sabar rasanya nak abis belajar. Tak sanggup nak baca kes, akta dan macam-macam lagi lah.

Cakap pasal bulan puasa..teringat pula pada bazar Ramadhan. Pernah juga bazar Ramadhan yg dibuat diantara bangunan CAC dan bangunan engine. Dari EDU ke area KAED..berderet-deret warung. Tapi ramainya orang..Masha-Allah. Tak sanggup lah nak berhimpit. Beratur ok. Sampai kau tak nampak makanan. Nampak orang je. Kalau lah tak kerana aku abis kelas lambat, better beli makanan kat cafe mahallah je.

Sekarang, Alhamdulillah. Bazar kat convest hill. Tempat pun lapang. Cuma kesian pula pada sister2 yg tinggal di Aminah dan sewaktu dengannya. Jauh nak datang. Nasib baik ada bas. Aku? Tinggal di Nusaibah jer. Tapi, still malas nak pergi. Kecuali member paksa pergi. Kata mereka, kau takmo beli makanan, tak usahlah beli, jomlah usha brother-brother yang pi beli makanan kat bazar. Untung2 boleh ketemu jodoh. Maka, selalunya pergi pun beli yg mana perlu jer. Nak jimat duit juga sebenarnya.

Alhamdulillah juga kerana diberi roomates yg baik hati. Dari Ramadhan tahun pertama hingga kini, walau aku sentiasa bertukar roomates, tapi semuanya baik belaka. Ramadhan kali ini aku berpuasa dgn 2roomates sahaja. Sebab satu bilik lagi kosong. Setiap kali berbuka, kami berbuka bersama didepan pintu bilik, berkongsi kurma yg dibelikan oleh ibubapa roomates. Aku yg sememangnya tak berapa suka makan kurma pun dipaksa makan. Aku yg juga ikat perut, duit tak cukup untuk makan, hanya makan nasi putih dan telur dadar yg dibeli di cafe mahallah, mereka berdua lah yg sanggup berkongsi makanan. Aku malu n tak sampai hati nak makan daging atau ayam mereka. Maka aku hanya ambil bawang.

Ramadhan di uia..indahnya lain dari lain. Ukhwahnya dapat dilihat dan difahami. Beramai-ramai pergi menunaikan solat terawih. Xdapat solat di masjid, di surau mahallah pun dibuat juga. Ada antara kawan-kawan aku yg pergi solat terawih di surau mahallah hanya kerana imamnya yg handsome. Pape jer lah. Janji korang happy.

Kalau di masjid, ramai dilihat habiskan masa beribadat sempena bulan yg penuh berkat ini. Sejuk hati melihat sister-sister yg kusyuk membaca al-Quran. Dilihat dari tingkat atas, cair hati melihat brother-brother yg segak memakai baju melayu, berkain pelikat dan ramai juga berjubah sedang asyik membuat solat sunat. Sesekali melihat suasana ini, buat aku kagum. Alhamdulillah, moga-moga lebih ramai akan beribadat dalam bulan Ramadhan ini. Malahan bulan-bulan seterusnya.

Itu adalah aku. 5 tahun yang lalu.
Kini, aku masih bujang, masih malas nak pergi bazar ramadhan dan masih lagi merindui saat-saat menyambut bulan Ramadhan bersama rakan-rakan di UIA ketika ahli keluarga jauh dari sisi.
Kalaulah boleh, aku nak putar kembali masa dan menikmati sekali lagi Ramadhan bersama rakan-rakan seperjuangan di UIA.

Wahai alumni iium semua..
Adakah anda berperasaan seperti aku?

– Cik Nusaibah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *