Ramadhan Yang Hiba

Assalamualaikum. Alhamdulillah kita dapat bertemu Ramadhan sekali lagi. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua. Setiap kali datangnya Ramadhan saya akan ada mixed feelings.. Excited sangat tapi dalam masa yang sama takut dan sedih.

Saya datang dari keluarga yang berpecah bela cerai berai. Semenjak kecil kalau nak raya mesti akan ada pergaduhan dalam keluarga. Hampir selalu bergaduh. Tapi paling sedih semenjak Ramadhan 4 tahun lepas dan selepas arwah datuk dan nenek saya pergi menghadap Ilahi.

Saya membesar dengan datuk, nenek dan makcik. Selepas habis belajar saya bekerja di luar negeri. Cerita duka saya sebenarnya dari kecil lagi tapi panjang sangat nak cerita dalam ni. Tetapi semenjak 4 tahun lepas setiap kali Ramadhan saya akan rasa sedih yang amat sangat.

Sebab saya dianggap sebagai bukan ahli keluarga oleh makcik sendiri. Setiap kali balik kerja, makcik akan paksa beli makanan walaupun pembantu dah masak dan makanan dah cukup. Saya macam tak di ingini berada di rumah tersebut. Beberapa kali jugak di halau dan di kata sebagai penumpang walaupun saya memang membesar di rumah tersebut. Kenapa saya tak duduk bersama ibu dan bapa? Sebab mereka ada keluarga masing-masing dan rumah arwh datuk dan nenek saya anggap sebagai rumah sendiri sebab membesar di situ walaupun sentiasa rasa tak diingini. Saya sampai sedih sangat dan beli rumah untuk pindah tapi tak sampai hati nak tinggalkan makcik walaupun sejahat mana dia treat saya. Sebab saya kesian dia akan keseorangan kerana tak berkahwin.

Adik beradik saya semua dah pindah luar sebab tak tahan duduk di rumah itu. Tapi sebab saya rasa kesian dan bertanggungjawab untuk jaga makcik dan rumah tersebut saya sanggup sabar dan kekal di situ. Mungkin satu hari saya akan keluar bila sesuai masanya. Tapi saya di layan macam bukan darah daging sendiri.

Kalau nak sahur pun makcik tak bagi sahur sama. Selepas dia sahur baru saya dapat sahur. Makanan pun berkira bila nak sahur dan berbuka. Padahal duit bertimbun. Dengan orang luar tak berkira tetapi dengan darah daging sendiri berkira bukan sahaja saya tetapi ahli keluarga lain.

Setiap kali saya pulang keje untuk berbuka saya akan fikir banyak kali nak balik rumah ke tidak. Sebab ada je dia tak puas hati dan marah-marah jadi dan mood kalau balik rumah terus jadi tak best. Jadi saya selalu akan buka seorang diri di masjid. Sedih kalau nak dikenangkan. Nak buka rumah bapa atau mak jauh dari tempat keje dan dugaan lain pulak.

Apa-apa pun saya sentiasa berdoa untuk dia semoga bertaubat dan Allah berikan petunjuk.

Saya minta semua yang membaca cerita saya mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga.

Selamat menyambut Ramadhan buat semua. Semoga amal ibadat kita diterima Allah.

Wassalam.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *