Salam sejahtera semua. Nama aku Fatihah (nama yang aku suka). Umur aku 26 tahun dan dah berkahwin. Suami aku di Sabah. Kami dah hampir 6 tahun berkahwin.
Tujuan aku menulis di sini semestinya aku juga ingin berkongsi pengalaman dan ingin pendapat daripada reader sejati semua. Aku mungkin akan mendapat nasihat atau aku mungkin juga dikecam.
Lain orang lain keluarga dan persepsi kan? Jadi, selepas aku baca Conffesion Menyalahkan Takdir, (https://iiumc.com/menyalahkan-takdir/).
Jadi aku juga ingin berkongsi apa yang terjadi sepanjang Ramadhan tahun 2020 sepanjang PKP dan PKPB di rumah keluarga aku sendiri. Mungkin agak panjang. Tapi harap korang baca sampai habis. Terima kasih.
Sedikit aku cerita mengenai latar belakang keluarga aku. Aku anak sulung daripada tiga beradik. Kami semua perempuan.
Abahku seorang pesara tentera dan sekarang jadi pak guard di sebuah kilang yang agak stabil. Aku kerja guru swasta di Sabah tapi sepanjang PKP ini aku tersangkut di rumah keluarga aku sendiri di semenanjung dan aku PJJ sebentar bersama suami.
Bermula kisah, abahku seorang yang baran, suka maki dan caci ibu aku, bergaduh teruk-teruk sampaikan mak aku kena banyak beralah dan kena mengaku segala kesalahan perbuatan jahat abahku dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.
Kes pergaduhan bermula sejak aku tahun 6 (2006) sampailah umur aku 26 tahun (2020). Jadi, nak taknak aku sebagai anak sulung mesti kena tempias jugak.
Jadi, dari kecil aku ni selalu dimaki, dipukul, dihina sebab tak pandai daripada adik-adik aku sehinggalah aku sendiri tiada rasa berani, tiada rasa pandai berdikari dan tiada kekuatan untuk aku kedepan. Sebab apa? Sebab aku dah terbiasa dalam keluarga aku ini aku di”down”kan.
Bila aku masak , aku tak yakin betul ke aku masak ni. Bila aku kemas rumah aku tak yakin rumah ni kemas dah ke di mata ibu dan abahku? sebabnya aku selalu dihiasi dengan kata-kata negatif. sangat negatif sampaikan aku rasa aku dah tak mampu hadap ibu dan abah aku lagi.
Sampailah sekarang, aku gaji RM1k pun abah aku hina aku, kerja swasta pun aku kena hina. Takde siapa pandang aku pun. Sedih aku. Dengan gaji rm1k inilah aku tak pernah culas bagi duit dekat ibuku RM200 sebulan. Itu pun dihina juga oleh abahku. Ada bonus, aku bagi ibuku.
Dekat abahku, aku pernah bagi selalu dia menolak. Hina sungguhkan duit aku? Yela. Aku gaji RM1K je. Bukan macam adik-adik aku belajar kat UPSI, nanti dapat kerja cikgu gaji RM4K-5K dalam tangan. Siapalah aku.
Bagi ibuku pulak, aku sebagai anak sulung yang agak rapat dengan ibuku, aku jadi tempat dimana ibuku meluahkan kata-kata tak puas hati dengan abahku, kata-kata kecewa seorang isteri dihina, dimaki dijadikan hamba, aku juga tempat ibuku menangis.
Ibuku dijadikan hamba abahku dari segi buat kerja rumah dan memasak. Abahku akan duduk di kerusi meja makan sambil mulut memaki ibuku bertubi-tubi yang sedang masak.
Tak puas dengan itu, ibuku mengaji pun ditengking-tengkingnya sampaikan dia rasa puas hati. Tak cukup lagi, abahku maki-maki keseluruhan keluarga ibuku dan anak-anaknya termasuklah aku.
Nak dijadikan cerita, sepanjang PKP ini ibu abah bergaduh. Okay, aku macam biasa. Aku diam. Aku dah lali dengar deorang bergaduh cuma aku tak boleh dengar abahku maki hina mak seteruk-teruknya.
Mulut abah aku bisa namati. Ibuku aku kesian sebab dia cakap pun salah, dia diam pun salah. Ibaratnya ada je abah aku tak puas hati.
Jadi, masuk part bulan ramadhan (2 Ramadhan, 11.30 pagi) aku bangun pagi nak mandi (aku tidur selepas subuh) kebetulan ibu dan abah sedang bergaduh di dapur sebab masalah ikan yang dibeli banyak dan tak cukup nak sumbat dalam peti ais.
Aku yang baru nak buka pintu bilir air, tetiba aku nampak abah aku balik plastik ikan ke tingkap belakang rumah , berderai tingkap tu. Aku ni terkejut sebab aku takut abah aku baling kat ibu aku jadi aku terus menjerit “Apa ni campak-campak makanan? Amboi. Bulan puasa buat perangai.
Tak cukup mulut memaki orang, makanan plak dibalingnya. Siapa ajar ni? Macam ini ke keturunan hang ajar?”.
Okay, permulaan ayat aku menjerit begitu sebab aku tak pernah melawan ibu abah aku. Inilah kali pertama aku menjerit-jerit depan ibu abah aku. Agaknya aku dah lama pendam benci dengan abah kot. Sebab apa? Sebab mulut abah bisa. Mulut abah sangat kurang ajar.
Selepas itu, abah jalan ke ruang tamu dan abah aku cakap kat ibu aku “hang tengok, anak dah kurang ajar dengan aku. Anak tak hormat aku. Belajar tinggi-tinggi tapi perangai macam hang (ibuku). Belajar agama, tapi melawan mak bapak.”.
Aku terus menjawab “Jangan nak hitung derhaka seorang anak jika mak bapak ajar anak derhaka dulu. Hang sebagai suami dan ketua keluarga ini sepatutnya hang tunjuk contoh yang baik…
Aku ni dari kecil hang didik apa? Didik dengan makian? dengan hinaan? Hina sangat ke bini hang (ibuku) sampai hang seksa dia sampai sekarang.?”.
Maka berlarutan pergaduhan sehingga 4 ramadhan di mana waktu pagi dalam pukul 7.40 pagi aku macam biasa dalam bilik. Abahku keluar di ruang tamu sambil maki-maki ibuku dan sebut nama aku anak kurang ajar, iblis, anak air mani haram, derhaka dan macam-macam lagi.
Aku geram betul, dibulan mulia iblis diikat tapi ada jugak yang terlepas. Haih la abahku. Jadi, permulaan pergaduhan berlaku lagi, aku call suami aku supaya suami aku dengar juga apa yang dikatakan oleh abahku dan aku.
Dalam rumah ni semua keluar ke ruangtamu bergaduh mulut dengan abahku. Semua berpihak ibuku dan abahku tiada anak yang menyokongnya. Punca ramadhan ke 4 berlaku adalah disebabkan abahku tak puas hati aku masuk campur ibu abah bergaduh masa ramadhan ke-2.
Pergaduhan berakhir pukul 11 pagi sebab abahku kena tidur dan dia kena pergi kerja pukul 2.30 petang. Abah tiada di rumah, aman je rumah. Tenang.
Ramadhan ke 5, macam biasa abah aku masih tak puas hati dengan aku. Jadi, point abah aku nak bergaduh dengan ibu aku adalah disebabkan aku melawan abahku di ramadhan ke-2.
Aku dah pesan kat ibuku “ibu, lepas ni kalau abah cakap pasal akak, ibu cakap ibu tak masuk campur tau. Biar akak settle dengan abah. Abah ni dah biasa buat macam ni dari akak kecil. Sekarang, akak dah besar, akan akan tunjukkan apa yang dia dah ajar akak.”.
Untuk pengetahuan semua, abah aku hanya pandai cari duit je. Tak tahu duit haram ke halal ke, yang pastinya abah aku tak pernah ajar kami tak tak pernah didik kami akademik, akhlak mahupun diniah (agama).
Tak pernah! Ibuku je ajar kami. Semua ibu yang ajar. Sambung balik cerita 5 Ramadhan tu. Jadinya abah cari point lagi nak gaduh untuk dia menang sebab selama ni abah menang dengan ibu. Tapi untuk pertama kalinya dia kalah dengan aku
. Abah provoke ibu, hasut ibu untuk benci aku. Ibu aku diam dan nangis je. Tetiba ibu aku ketuk pintu bilik aku sambil cakap “kakak, abah hang baling benda ni (alat plastik keras) kena muka ibu. Bengkak kak. Darah”. Sungguh aku terkejut.
Aku pun apa lagi, terus cakap kat abah aku “ini hang kata hang sayang bini hang?”. Ibu aku ajak aku untuk pergi balas polis untuk buat laporan demi keselamatan dirinya di dalam rumah sepanjang PKP. Nak tahu apa abah aku buat?
Abah aku terus tutup pintu dan tingkap rumah. Abah aku cakap, “janganlah report polis. Nanti abang (tetiba guna panggilan abangsebab cuak) jadi banduan habis harta abang yang abang kumpul”. Pergh.
Ibu aku nekad nak pergi balai dan aku pun ambil kunci kereta, tetiba abahku tengking “Hang (nama ibuku) langkah je kaki ke balai polis jatuh talak satu!”. Tengok perangai lelaki dayus abahku. Jahat kan? Jadi aku call suami aku, suami aku cakap call je polis.
Ibu aku call polis dan polis kata save nombor pegawai dia, in case kalau jadi lagi, terus call polis. Dan ibu aku juga salah seorang wanita yang membuat aduan di Talian Kasih 15999.
Aku cakap kat ibu aku, ibu kena buat laporan juga sebab nanti abah dah terbiasa pukul-pukul. Sebelum ni, abah tampar ibu aku.hmm.
Dan sehinggalah ramadhan 30, aku dan abahku masih tak bertegur. Aku selalu doa supaya Allah beri petunjuk sehebat kekuasaanNya untuk abah aku. Abah aku bongkak sebab gaji pencen dan gaji pak guard dia almost nak ke RM5K. Gaji ibu aku dan aku RM1K lebih je.
Abah aku berkira soal nafkah bini dia. Kesian ibu aku. Sungguh perit aku lalui pelbagai ragam sepanjang PKP di rumah keluargaku sendiri.
Orang lain seronok sepanjang ramadhan, buat tadarus, solat tarawikh dan macam aktiviti bersama keluarga. Tapi bagi kami, tidak. Kami lebih suka abah pergi kerja. Aku ni pulak tak sabar bila nak habisnya PKP ni. Aku nak duduk dengan suami aku.
Pergaduhan antara aku dan abah aku pada asalnya adalah aku ingin melindungi ibuku. Tapi berlarutan sehingga hari ini disebabkan keegoan dan rasa betul seorang abah itu tinggi.
Kami adik beradik senaraikan apa abah perlu berubah. Tapi tula, ibarat mencurah air ke daun keladi. Esok lusa gaduh lagi maki hin ibuku lepas tu duduk macam raja mengarah ibuku macam-macam.
Aku ni dah berkahwin, apa yang aku lihat ayah mentuaku tidak begitu. Aku bersyukur, sepanjang aku hidup, aku ingatkan tiada lagi makna keluarga bahagia rupanya masih ada makna keluarga bahagia apabila aku dilayan dan diterima baik oleh keluarga mentuaku termasuk ipar duaiku.
Suamiku pula adalah sebaik-baik lelaki yang aku kenal. Jika aku balik rumah keluarga mentua, ya Allah bahaginya rasa.
Memang rasa suasana erat kekeluargaan. Tapi jika aku duduk di rumah keluarga aku, apa yang jadi? Macam-macam jadi cuma aku tak mampu menulis. Abah aku jahat, zalim dan dayus tetapi dia tetap abah aku. Disebabkan mulut-mulut abah yang puaka, aku jadi stress.
Aku selalu menangis sebab tengok ibu abah bergaduh. Ibuku kalau boleh nak bercerai dah tapi ibuku fikir ada adik-adikku yang perlukan wali abahku jika mereka kahwin nanti.
Jadi, aku dan ibuku selalu buat air yasin bagi abah aku minum. Bagi lembut sikit hati abah. Entah. Allah maha mengetahui.
Aku sampai cakap kat suami, “andai kata Allah cabut nyawa saya dulu dari korang semua, jangan tinggalkan anak-anak kita pada keluarga saya. Keluarga saya toksik. sangat toksik.
Awak jaga dan bela dengan penuh kasih sayang. Bukan hanya semata-mata nak kejar harta dunia sampaikan hina maki habis anak bini sendiri”.
Rumah keluarga saya rumah teres, jiran-jiran pun dah lali dengan abah maki hamun kami. Cuma lepas ni jika abah buat ibu lagi, aku call polis terus. Biar masuk lock up. Pernah aku gaduh dengan abah, abah cakap tetiba “harta aku hang nak. Dah la bodoh. Carilah harta sendiri.”.
Aku menjawab “aku tak pernah sebut tentang harta-harta hang. Hang mati nanti, aku lah anak hang yang hang kata dari air mani haram inilah yang akan tabur duit-duit hang dalam kubur.
Hang kena ingat tu. Allah bagi hang senang cari harta sebab nak tengok hang angkuh atau tawadhuk . Tapi hang dah siap-siap tunjuk kat family hang sendiri perangai angkuh hang”.
Lepas tu, abah aku terus tengking aku cakap aku anak MUNAFIK. Bila aku tanya apa maksud munafik? abah aku jawab “tak payah nk tunjuk pandai”. well, abah aku pun tak tahu makna munafik tu haha.
Jadi, aku menulis malam raya ini aku cuma nak pesan je pada yang membaca sedikit kisah ramadhan aku yang suram ini, didiklah anak. Jangan menghina, memaki anak-anak atau isteri seolah-olah tiada tuhan dibumi ini.
Derhaka anak jangan dihitung dulu tetapi hitunglah dulu dosa-dosa sendiri sambil membimbing keluarga sendiri ke arah yang lebih baik. Bukan membebankan semua isi rumah kepada isteri sahaja.
Ank-anak melihat apa yang ibu abah tunjukkan. Ye, memang berbeza keluarga aku dengan keluarga belah mentuaku. Aku bersyukur aku dijodohkan dengan lelaki yang menghargai wanita, yang menjaga anak penuh kasih sayang, yang sabar melayan kerenah aku dan anak-anak.
Suamiku adalah lelaki pertama yang aku kenal erti kasih sayang, sebarkan kasih sayang dan menyayangi. Kalau tidak, aku kaku. Aku keras. Aku diam termenung. Aku sedih dengan family aku.
Aku setiap kali doa, aku mesti menangis doa untuk family aku. Family aku tak macam family orang lain. Aku dah banyak kali kena halau haha, cuma PKP kan, aku nak lari ke rumah suami aku pun tak boleh. Nak taknak aku stay sini ibarat aku xwujud dalam rumah ni bagi abahku. So, Takpelah.
Aku cakap kat ibuku “sampai masa nanti akak akan keluar jugak dari rumah ni. ibu jangan risau. Akak tahu akak anak yang paling miskin dan jahat. Takpe. Sikit masa lagi. Bagi akan duduk sekejap je sementara PKP ni”. Ibuku diam je. Hmm.
Cepat-cepatlah dunia pulih daripada Covid-19 (aamiin), bukan semua orang bahagia duduk di rumah sendiri. kan?
Sekian, sedikit kisah benar aku. Terima kasih baca penulisanku yang panjang.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :)
– Fatihah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit