Rambut..Bulu Mata dan Bulu Kening

Hai Assalamualaikum semua.. Harap admin approve..

Aku ada satu habit.. Dan sngt2 susah nak buang habit ni.. Habit ni dtang time aku tnga stress.. Tengah tertkan yg terlampau..

Habit ape? Cabut rambut,bulu mata dan bulu kening..

Whaaaaaaaat!

Kan..kan.. Pelikkan.. Mende ni start mse arwah ayah aku meninggal.. Lame dah.
Dah nak dekt 20 thun.. Start lpas tu aku tertekan sngt.. And kdang2 mende tu aku tak seda pun.. Tahu2 je mak aku dah bising bulu kening dah takda.. Bulu mata dah botak.. Kpale dah almost licin dan berdarah sbb cabut bnyak sngt rambut..

Dulu mse kecik2 aku ingtkan aku seorang yg pelik.. Aku sendri tak tahu knape.. Bile aku stress aku cbut rambut.. Bulu mate tak payah crite la dah bnyak kali botak.. Bile kawan2 tnye aku senyapkan.. Aku pun takde jawapan knape aku jadi mcm tu..

Habit tu tak hilang smpai skrang.. Time aku stress..aku tertekan..aku akn buat mende tu.. Ada yg tnye.. Tak sakit ke? Lgi2 tang bulu mate.. Aku ckp sakit.. Mmg sakit.. Tapi aku rse maybe aku buat mcm tu sbb nak alihkan minda aku dri sakit psal mende lain ke sakit yg lain.. Ibarat mcm orng yg ada mental illness..they tend to hurt themselves? Maybe.. Maybe aku mmg ada mslah kot..

Aku konfess kt sni yelah mne la tahu ada antra korang2 ni yg ada pengalamn ada sedara mcm aku ke.. Yg tang suka cabut rmbut rmai aku jmpe.. Tang cabut bulu mata tu.. Nak kata nak cantik? Korang ingt lawa ke tak ada bulu mata.. Tapi mende tu aku tak boleh control.. Siyes aku ckp lg2 time aku tengah tertkan..

Tu jela kisah aku..

Sekian

– The Weird

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

26 Comments

  1. Hahahaha aku pernah ada perangai selekeh ni waktu umur sekolah rendah. Suka tarik rambut saja saja. Sebab aku suka tarik part akar rambut yang warna putih kat hujung tu. Kalau duduk sorang2 mesti kerja nak tarik. bukan sebab stress ke apa tapi sebab saja saja. Pernah lah ada sejarah hitam botak kepala dulu sampaikan parents bawa pergi lab takut diagnose leukimia. Sumpah aku tak cerita kat sesiapa yang benda tu jadi sebab habit selebet sendiri. Pergi lab diorang just bagi syampoo and ubat pebenda entah and doc tu dapat detect itu punca dari diri sendiri. Tarik rambut padan lah tak sakit sebab akar rambut tak kuat. And please fyi itu sebenarnya part of masalah psycho Nasib lah sekarang terus hilang dah habit tu. Kalau tak meroyan jugk aku tengok kepala sendiri takda rambut. Bawa bawa lah hentikan habit ni tak pun cari alternatif. Kawal tangan tuuu

  2. Pernah tgk cerita.. sorg mamat ni kalau stress cabut bulu kening. Sampai botak kening dia n kena lukis balik kening tu. Huhu.. rupanya mmg ada dalam real life.. dan baru tahu tu ada kaitan dengan masalah psikologi.
    Apepun..mga confessor boleh ubah habit tu k. Dan dipermudahkan hadapi setiap masalah yg buatkan awak stress tu ;)

  3. adik aku pernah buat perangai ni masa dia kecik2 dulu.tengok2 je rambut dah tobek.bulu mata tggal sikit.pelik sangat tengok dia cabut bulu mata cemtu je huh.tapi cabut bulu kening takdelah.lepas kene tegur dengan sedara mara semua baru stop habit pelik dia tu.

  4. Tricotilomania. Blh try search kt youtube “story about my ocd by arden rose” dia cerita psl habit dia cabut bulu kening mcm ni jgk. Punca trigger dia is mostly sb stress/sedih. Tp dia dh overcome trico dia means dia dh blh kawal slow2. Confessor blh try tgk

  5. Cdgn. Apa kata kau ubah habit kau tu kpda habit yg lebih kurang sama tapi pada bhgian lain. Cth korek telinga/ hidung ke. Cabut bulu hidung ke. Hahaha. Sekurangnya tkde la kesan di bahgian yg org leh perasan. Cth dlu mgkin suka pecahkan jerawat. So lepas tu ubah la pegng2 hidung. Sya pernah jgk tgok habit org pgg2 hidung. Sekurangnya dgn kaedah tu boleh la tinggalkan habit yang lagi teruk iaitu pecahkan jerwat tu dpt mengurangkan masalah jrwatnya. InsyaAllah

  6. Aku pulak kopek bibir sampai berdarah. Bila darah sampai mengalir,lg best. Rasa nikmat bila tngok darah tu.Lagi bnyk darah,lagi aku suka.Tapi aku tak hisap pon darah tu. ni penyakit ape pulak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *