rant: expectation vs reality – 4:52 AM

rant: expectation vs reality

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

amaran pihak penaja: post ini kemungkinan agak panjang, jadi bagi mereka yang fobia dengan karangan panjang berjela harap dapat skrol laju-laju. Anda mampu mengubahnya.

Tiba2 aku rasa macam ada something yang nak diluahkan. Mungkin bagi korang tak penting, tapi relakan je la diri tu untuk membaca eh. Hoho.

Korang pernah tak jumpa orang yang korang tengok dia belajar nak tak nak, lebih banyak relaks huha-huha, bawak nota nipis atau kertas sekeping masa pergi kelas tapi bila kuiz ke test ke exam ke result dapat result power meletop kebabom atau mungkin result dia lebih baik dari korang?

Agak-agak apa impression korang dekat orang-orang macam ni ek?
1) eleh, dia saja nak nampak cool tu. Depan orang je nampak relaks, padahal dekat bilik study sorang2 macam nak gila
2) puih! Meniru bolehlah dapat result bagus
3) dia gifted kot. untunglah geniussss. Jeles makk
4) lain-lain ( sila nyatakan di ruangan kosong)

k saje je nak survey. Dah, cut the crap. ekceli aku nak cerita pasal expectation vs reality orang-orang spesis macam dekat atas tu. Tbh aku pun tergolong dalam spesis tu dan expectation orang lain terhadap aku kadang2 buatkan aku rasa stress pasal realitinya aku bukan macam yang diorang anggap. Bila dah diterangkan secara jujur amanah tabligh dan fatanah, diorang still tak percaya dan anggap aku tipu dalam memberi tips rahsia kejayaan aka bagitahu sikap sebenar aku dalam menghadapi pembelajaran. Cewah!! Aku tak tahulah ada tak orang-orang lain yang hadapi isu macam aku ni. Kalau ada . . . *brofist* ifeelchu bruhh

antara senarai-senarai yang expectation orang lain vs reality kehidupan seorang aku (lol) ialah:

1) expectation: dekat dalam bilik, aku sentiasa aka 24jam belajar, menghadap buku, jawab past year punya paper, buat nota warna2, sanggup korbankan masa tidur pasal nak belajar
Reality: kebanyakan masa dihabiskan dengan tengok video/cerita/drama/variety show etc, usha-usha sns sampai tetiba tak sedar dua tiga jam dah habis dok skrol fb/twitter/ig. Baca benda2 trivial macam lifehack lah, urban slang lah apa2 benda je lah. P/s: bed is my other half love you forever muah muah.

2) expectation: sentiasa bersedia untuk menghadapi kuiz/test/exam dengan mengulangkaji pelajaran seminggu lebih awal. Eh over sangat ke? K 2, 3 hari lebih awal.
Reality: malam nak kuiz/test/exam baru ada mood nak belajar aka buka nota (kadang2 nota tak sempat print, baca dalam laptop je) dan selalunya time2 gini barulah datang rasa menyesal pasal tak buat revision dari awal.

3) expectation: Fokus dalam mengulangkaji pelajaran
Reality: serious aku mudah terganggu weh. cuba bayangkan, masa tengah2 buat revision lepas tu ada perkataan yang aku tak faham, konon nak cari makna perkataan tu tapi tiba2 sampai tahap terbaca manga online lah tak pun terhabis baca oneshot fanfiction siap nangis2 bagai. Tragis. Serious.

4) expectation: kedekut ilmu, tak nak ajar orang lain, nak pandai sendiri je. Puih
Reality: cara pemahaman aku lain dengan diorang, jadi kadang2 tu susah nak terangkan ikut kefahaman diorang pasal aku tak tahu macam mana cara nak bagi diorang faham. Err, faham?
N kebanyakan masa aku tak tau apa2 pun pasal soalan yang diorang tanya, tapi ilham untuk jawab tu datang masa tengah exam, takkan time tu jugak aku nak pi dekat meja dia lepastu ajar kot? Hmm sedih tau kena tuduh macam ni.

5) expectation: eleh, dok risau2 sama dengan kitorang pasal masa exam jawab teruk, tapi nanti dapat result okay jugak. Puih lagi sekali
Reality: hat ni aku tak boleh nak cakap apa lah. memang betul pun aku risau pasal jawab exam entah apa2 n aku jawab teruk dan aku rasa aku boleh buat lagi baik dari tu. tapi alhamdulillah la lecturer berbaik hati nak bagi markah n ada rezeki dapat result okay. Tapi salah ke kalau aku nak rasa risau? Ape tak layak ke orang2 macam aku ni nak risau pasal bagi diorang aku gerenti dapat result bagus? tak jugak tau. sampai hati menidakkan hak aku untuk merisaukan diri sendiri. sobsob k emo lebih lol

banyak lagi sebenarnya point nak tulis. Tapi nanti jadi 'cerpan' pulak kan.. panjang cenggini pun tak tau lagi ada orang mampu baca habis ke tidok.

yang pentingnya, just kerana kitorang dapat sikit kelebihan dalam belajar, janganlah terus anggap kitorang genius ke apa.. kadang tu ada jugak zaman2 kejatuhan yang mana tak sempat baca part yang masuk periksa lah, tiba2 blur macam tak baca apa2 lah, ilham tak datang masa nak menjawab lah.. macam2 lagi woo. orang kata kalau dah takda rezeki nak dapat result bagus masa kuiz/test/exam, buatlah macam mana pun, tak dapat jugak. Lagipun kita bukannya sentiasa di atas, kan? So janganlah perli2 dengan ayat 'eh kau bukan budak pandai ke? kenapa kali ni dapat sikit pulak?*insert gelak menyakitkan hati*'

pehhh! Peritnya tuh disini.

– cypher

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *