Assalamualaikum,
Pernah tak korang mengalami situasi ni. Bila solat jemaah kat masjid/ surau tapi saf tak rapat. Paling saya sedih, bila ada sesetengah jemaah tak nak rapatkan saf sebab nak solat kat sejadah yang dia bawak. Pernah aku tarik tangan mak cik sebelah aku, untuk rapatkan saf, dia jeling aku. Sedangkan niat aku nak bagi rapatkan saf. Sempena bulan puasa yang akan menjelma tidak lama lagi. Bukan sekadar ramadhan jela. Tiap kali solat jemaah, rapatkan lah saf kalian. Sejadah lawa ke tak lawa, tu tak penting. Yang penting, saf kena rapat. Moga solat kita di terima Allah. Jika kalian ada pendapat/ cadangan camana nak bagi jemaah rapatkan saf, boleh la bagi pendapat. Mana tau boleh di praktikkan nanti. Komen murni-murni je tau. Syukran ;)
– Gadis Sarawak
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
belum kira yg ambk port belakang2 dkt dgn kipas lg..
Kalau ada ank kecil yg solat jemaah masa tuu bleh tarik dia utk penuh kan saf…
kalau org dtg jemaah bawak penyakit berjangkit mcm selsema dan batuk2 mcmane hukum dia ek?
Ada pulak perangai yang lagi kita dekat dengan dia lagi jauh dia cuba elak nak rapatkan saf hahaha
Haa yg ni mmg slalu brlaku,,
Lololololol….pompuan pun ada..ingat laki ja..nak rapat saf,bersentuh jari kaki,dia elak.sentuh lagi,dia elak..nak tegur pun pakcik2..kang kata tak reti rapat saf,marah pulak.
I jenis tak kisah. Makcik jeling sampai mata dia terkeluar pun I buat bodoh je. I solat jemaah kerana Allah. Lantak la makcik nak rasa saya jijik ke ape ke. Whatever la makcik.
Saya setuju tp ad makcik2 yg saya slalu dengar senang nak duduk tahiyat akhir… Punggung besar katanya ….hehe
Ada org tak tahu keperluan utk rapatkan saf. Atau mungkin dia risau batal kalau gerak.
Jadi, tegurlah dengan penuh hikmah. Atau minta org yg sedikit berusia yg fhm utk tegur makcik2 ni. Mgkn nmpk kurang praktikal cara ni kan.
So selagi boleh, cuba sembang2 dan selit teguran.
sorang mak cik penah ckp cmni bila aku nak rapat saf.. “jauh cikit, jgn dekat sgt..” sentap jg.. haha
kena rapat kaki ke atau sekadar rapat bahu? utk perempuan memang la bahu cukup tp utk laki?
Aku rapat dia elak Aku rapat dia elak. Haaa ambik habis rapat Aku bagi
Ak penah nk rapatkan saf kt masjid kt kl ni beberapa tahun lepas..ak dgn pakcik tu smpai kt saf imam dh takbir..so pakcik tu bdiri sambung saf and ak sambung sblah pakcik tu…lepas 2 kali ak cuba rpatkan bahu dan tumit and pakcik tu jarakkan diri, baru ak nk takbir pakcik tu pandang ak tajam muka bengang..ak pun yg iman xkuat ni pun trus rasa nk marah..sudahnya solat pum xkusyuk..adoii