rasa bersalah dan berdosa
Assalamualaikum. Tq admin post kisah aku ni. Kisah aku ni bukan la pasal bercinta2 ni. Sebenarnya lebih kepada aurat.
ok macamni cerita dia. Aku ni perempuan. Kalau bab aurat aku ni jenis cukup pakai tudung n baju lengan panjang dan aku anggap kira dah tertutup la aurat aku tu.tapi aku tahu pakaian yang menutup aurat sepenuhnya macamana sebenarnya. Aku ada boyfriend. Mula2 dia tak pernah tegur pasal aurat aku. Dah lama2 ni dia selalu tegur cakap pasal tudung aku atas dada,baju aku pendek n tak pakai stoking. Dia cakap semua2 tu nak tunjuk kt sape. Mula2 aku buat bodoh je malas nak amik port apa yg dia ckp tu, lama2 bila setiap kali kitorang jumpa dia mesti membebel pasal aurat, aku jadi serabutttt sebab makin lama ayat yg dia guna untuk sedarkan aku tu makin pedihhhh wehhh. Takde dah tegur lembut2. Takde ayat2 manis dahh. N aku pun disebabkan serabut sangat sangat aku ubahlah dari tudung selempang kepada tudung yang tutup dada. Mula2 sebab aku dah malas sangat dah dengar dia membebel dengan ayat pedas dia tu. Tapi lama2 aku sendiri rasa nak berubah sikit sikit. So aku mulalah pakai baju yg besar dan labuh walaupun pakai tshirt. Masa tu tak terfikir pon nak pakai stoking sebab aku rasa kalau pakai stoking tu untuk orang2 yg pakai tudung labuh ngn jubah ni je. Jahil kan pemikiran aku.
Lepastu bf aku tu dy dah nmpk aku mula berubah dia mula masuk line untuk suruh aku pakai stoking pulak. Mula2 aku buat bodoh je. Dah lama2 tu dia pon mula la dengan ayat pedasss dia tu n aku pon pakai la sebab terpaksa dan malas nak dengar dia bising. Memang serabut weii. Aku pakai stoking bukan sebab aku ikut ckp bf aku sbb aku sayang dia. Tapi aku serabut sangat hari2 kena marah.
Dah lama2 ni aku dah mula ikhlas utk tutup aurat. aku dah terbiasa dengan pakaian aku sekarang n aku dah labuhkan tudung aku ke bidang 50. Walaupun bidang 50 tu bukanla bidang besar tapi aku slow2 berubah. N aku berubah sebab diri aku sendiri bukan sebab bf aku membebel dahh.
Tapi masalahnya kat sini, aku rasa bersalah dan berdosa sangat dekat mak ayah aku. Sebab mak ayah aku dari dulu suruh aku berubah tutup aurat tapi aku buat dekkk je. Mak ayah aku ni mmg jenis tutup aurat dan pentinhkan kami adik beradik pasal ilmu agama ni. Tapi aku ni je degil sangat taknak dengar. Bila bf aku suruh aku tutup aurat aku buat pulak. Aku rasa bersalah wehh. Aku rasa macam perubahan aku ni tak diterima Allah sebab aku lagi ikut cakap bf aku berbanding mak ayah aku. Bukannya suami aku pon. Macam yang aku cakap tadi, aku berubah bukan sebab aku ni jenis perempuan yg ikot je cakap bf. Aku serabut sangat wehhhh. Hari2 kena marah kena perli sebab x tutup aurat.
Tolong aku kawan2. Adakah perubahan aku ni perubahan yg sia2.
– lampu