salam.rasa terpanggil nak kongsi cerita aku.baca lah tajuk dia macam mana.hmm aku dilahirkan dlm keluarga yg beragama. ayah aku kaki masjid dan ibu aku pulak mngajar budak2 mengaji Quran di rumah.
semenjak dua menjak ni,aku selalu tinggal solat.bukan overslept ke ape,tapi memang sengaja sebab aku malas yang amat dan aku tahu bnda tu salah.aku seorang yg pengemas,aku suka bilik aku kemas,even ade rambut sikit pun aku kutip.lately, aku ada masalah.hutang orang keliling pinggang.duit tak pernah cukup.aku tak amik pt sebab keluarga aku tak kasi.
dalam aku menghadapi masalah hutang dengan orang tu, aku jadi manusia yang paling tak berguna terutama pada Allah. aku tinggalkan solat dengan sengaja,sebab aku takde mood nk solat.sebab aku terlampau serabut.bilik aku yang dahulunya tempat yg paling kemas dan bersih,telah jadi tempat yg paling semak dan bersepah.sebab aku takde mood, srabut nak mngemas
aku jadi manusia yang lain dari hidup aku dulu, aku tido terlajak subuh,dan bangun tengah hari,seperti 1 petang.aku tak sedar dan tak tahu apa yang aku buat.aku hnya mahu tidur dan tak mahu bangun untuk menghadapi masalah hutang dengan orang.aku xde duit lagi nak bayar.selepas itu, aku tak solat zohor kadang aku solat tengok lah ats mood aku.pastu asar aku biar sampai ke pukul 7 mlm dan aku tak solat jugak.mgrib aku solat.lepastu contoh ade meeting, aku pergi meeting dan balik dari meeting aku terus tido sampai esok pagi dan tak solat isyak.
aku menyesal dgn ape aku buat.tapi aku tak berubah aku lupa Allah.assingment aku tak hntr,malah aku tak buat pun.even sikit.dah 3 minggu aku macam ni. aku takut dengan Allah.dalam bilik aku,macam2 ada.dengan bersepahnya,sampah aku tak buang.baju yang dah basuh aku tak lipat.mknan semalam aku tak tutup,dan aku biar mcm tu je ats meja.hidup tunggang langgang.duit pulak tak pernah nak lekat.hutang makin bertambah dan solat aku jugak makin aku tinggal.
pernah sekali,dlm keadaan aku tengah serabut dengan asingment,hutang orang aku rasa macam nk gila! mcm ade sesuatu suara atau halusinasi yg suruh aku buat mcm2.nasib aku istifar waktu tu.aku tak mndi whole day.tak pernah lagi aku tak mndi sehari.dulu aku lah org yg kerap mndi dlm bilik, aku lah orang yg suruh kawan2 aku mndi dan solat serta mngemas bilik diorang kalau bersepah.pernah jugak aku duduk dlm bilik,dan aku nak gelak sorang2 macam orang gila tu.yang gelak tanpa sebab. waktu aku tgah serabut betul2, memang aku rasa nak je gelak dan ketawa sorang tanpa sebab.dan bnda tu nk terkeluar, macam org gila.tapi aku tahann dan istifar.nasib aku egt lagi istifar.
harini aku tak mandi whole day.aku tak solat subuh. aku sedar pukul 1 tgah hari.dan aku bangun aku duduk ats katil sambil termenung. aku bingkas bangn dan solat zohor.aku tak mndi terus tapi aku kemas bilik satu persatu.aku buang sampah,aku sapu lntai,aku kutip baju kotor,aku buang semua habuk dan rambut dalam bilik aku dan aku mengemas semua biar nampak kemas.
selepas berkemas, aku teringat dekat Allah dan al Quran. dah lamaa aku solat ikut mood aku jer, dah lama jugak aku tak sentuh kitab suci tu.aku pergi mndi,dan aku mndi wajib sebab aku nk sucikan diri aku sepenuhnya sebelum aku bercakap dengan Allah. aku solat asar,dan lepas mgrib aku pegang al Quran dan aku baca.sayu.lama aku tinggal dan tak baca. alhamdulillah aku egt lagi bgaimana nak baca.
mlm ni aku rasa tenang walaupun hutang dan masalah aku belumselesai.tapi aku tenang.mungkin kerana aku solat betul2 dan mengaji Quran. aku cuba untuk menyiapkan semua asingment aku yg tertunggak dan cuba untuk tenang.aku tahu perasaan nk gila serabut, sebab aku lupa Tuhan aku dan kitab suci al Quran. aku ingin berubah dan kembali ke jln yg betul.
aku sister dan aku bukan seorang yang alim mana pun.tapi yg aku tahu,jgn sesekali lupa Allah even macam mana pun.ambil lah kisah aku ni buat teladan aku takde bnda menarik pun dlm cerita ni,tapi saja aku nk kongsi.kalau aku betul2 ikut hati dan lupa Allah, aku rasa dah gila betul kot aku nanti. doakan aku terus kuat nak berubah dan boleh bayar semua hutang orang tu.terima kasih
– unknown