Assalamualaikum semua. Aku Joe (bukan nama sebenarrr). Kisah yang aku nak cerita ni berdasarkan pengalaman zaman aku masih kecil kira2 berumur 10 tahun.
Korang semua mungkin fikir cerita yang aku bagi ni cerita tipu, atau lebih kurang macam dalam movie, atau rekaan, tapi bagi aku inilah pengalaman yang aku tengok dengan mata aku sendiri.
Sebelum tu aku nak cerita dulu pasal latar belakang keluarga aku yang kebanyakkan berasal dari keluarga bomoh atau dukun.
Nenek aku sekarang berumur 78 tahun masih lagi kuat, masih kuat lagi naik basikal 20km ke 30km menjaja menjual makanan sayuran.
Nenek aku boleh berubat orang sakit terseliuh, sakit gigi, sakit puan, sakit tuan dan bermacam2 sakit lagi. Dulu dia juga berkerja sebagai Mak bidan bersalin. Betulkan kedudukan bayi dalam perut, putuskan susu badan dan bersunat bayi perempuan.
Kebanyakkan ilmu ini diwarisi turun temurun. Dan dia juga bleh berubat orang kena rasuk, histeria ni. Banyak kisah misteri atau pantang larang yang aku tengok pada nenek aku.
Atok aku juga ada ilmu ni, orang lama la katakan. Tapi aku rasa atok aku ni ada pelihara hantu dekat rumah. Hantu tu aku tak pasti sama ada hantu raya si penjaga, atau saka pedamping.
Aku kadang2 terlihat seekor lembu hitam besar seakan gajah dekat kawasan rumah atok aku ni. Malam2 walaupun dalam gelap gelita, benda2 ni still kita dapat tengok sebab mata dia ada sedikit cahaya.
Tapi sekarang dia dah meninggal. So aku tak tahu Hantu ni sapa yang ambil, mak bapa sedara aku ke atau benda ni dah di buang.
Ayah aku pula dia takde mewarisi ilmu perubatan ni, cuma kadang2 dia dapat bantu orang yang kena rasuk dengan cara bergabung tenaga dengan nenek aku.
Sebab ayah aku ni tak nak mewarisi ilmu2 ni, dia bagi kat mak bapa sedara aku yang mana nak jer ambil.
Kisah ni bermula dekat kampung pisang (bukan nama sebenarrr), kampung yang berada di lering2 bukit gunung ganang.
Bapa sedara aku 50an ni kena rasukan hantu selepas pulang petang dari mendaki gunung. Sini aku gelar dia sebagai Roni (bukan nama sebenarrr). Roni ni terkena Rasukan Gunung.
Semasa mendaki bersama anak2 nya, dia telah dapat rasakan ada sesuatu yang mengikutinya ketika balik namun dia beranikan diri untuk turun kebawah gunung sebagai orang yang terakhir kerana tidak mahu anak2nya terkena gangguan ni.
Malam pukul 8.00 selepas pulang dari gunung, Roni dah mula tak sedarkan diri. Dia tido merata tempat di bahagian dapur rumahnya, biasalah rumah kayu orang dulu2, bahagian dapurnya luas dan bersemin batu.
Badannya panas, mata tertutup, mulut meracau2, memanggil2. “panasss!!! panasss!!!” dengan suara yang garau. Dia juga marah jika ada orang memegangnya atau menegur nya.
Pada awalnya keluarga nya cuba untuk berubat sendiri dengan cara rukiah atau membaca ayat suci al-Quran.
Tapi rasukan hanya bergelak ketawa “haàaaa haàaaa!!”. Sambil gelang kan kepala (slowmo).
Di sebabkan hari dah sangat lewat, keluarganya bercadang untuk sambung esok. Maka tidolah Roni di bahagian dapur tidak sedarkan diri, tidak berbaju, tidak makan minum.
Keesokkan harinya, hujan turun dengan lebatnya. Suasana tengahari gelap dengan hujan dan berangin menambahkan lagi seram.
Datang seorang bomoh tua perempuan yang tinggal bersebelahan kampung tersebut. Dia berpakaian seperti orang minangkabau yang memakai kain batik di atas kepala. Bomoh itu membawa limau purut, dan dipotong diletak didalam mangkuk bersama air.
Roni dah dipegang erat oleh orang ramai, 6 orang yang gagah dan berani pegang Roni agar tidak melarikan diri, bomoh tua itu mula membaca mantera dan berdialog dengan Jin tersebut,
“Hey siapa kamu, dari mana asal mu, kenapa kamu gangu anak ini, baliklah tempat asal mu”.
Jin dengan suara Garau, “Dia gangu tempat aku, tempat aku ghaa!!!!”.
Selepas beberapa minit berdialog, Bomoh tu mula merenjis air mantera ke badan Roni. Mengelepur, marah jin tersebut, habis orang di tendangnya, dibaling.
Hampir setengah jam, bertengkar, bertarung namun rasukan masih kuat. Roni dia bangun keluar rumah mandi air hujan sambil mulut menyebut ” panas!! panas!!”. Bomoh tadi letih terduduk mengalah.
Seterusnya, giliran Nenek dan Ayah aku pula bertempur. Ayah aku pegang bahu dan pinggang dari belakang Roni yang sedang duduk berlunjur, dan mula membaca tahlil.
Dalam beberapa minit, ayahku mula tak sedarkan diri. Dan nenekku mula membuka silat harimau,nenek duduk merendah badan dilantai seakan harimau.
Aku yang masih kecil melihat situasi ini sampai terkeluar air mata kerana ketakutan. Pertarungan nenek aku dengan Hantu tersebut cukup bising, bergegar rumah, suara nenek ku juga jadi garau kasar, tak pernah aku dengar suara seperti ini.
Hampir 10 minit bersilat, menumbuk menendang, namun akhirnya nenek aku dan ayahku tewas. Nenekku lelah dan mengalirkan air mata sama seperti ayah ku. Terlalu kuat hantu rasukan ini. Tidak terbanding kekuatan rasukan gunung ini.
Malam hari, ada lagi ustaz datang, yang ini datang dengan cara mahu memasukkan rasukan hantu tersebut kedalam agama Islam.
5 orang memegang Roni dan ustaz mula membaca pelbagai ayat dan seterusnya berdialog dengan rasukan, “kamu takut Allah, kamu percaya nabi Muhammad saw” .
Rasukkan meraung kuat, sakit!! sakit!! panas!! panasss!!!” kerana ustaz tersebut menekan memegang ibu jari kaki nya sambil berdialog.
Rasukan itu di ugut, disiksa, berkali2, hampir 20 minit berlalu, ustaz mula membaca ayat2 suci dan terus ustaz ngajar rasukan hantu untuk mengucap 2 kalimah syahadah.
3 kali percubaan gagal, rasukkan hantu hanya menyebut kalimah pertama, dan kalimah ke dua dia tidak sebut dengan jelas, ini kerana dia tidak mahu taat dan percaya nabi Muhammad saw. Masih lagi degil dan kuat.
Uztaz tewas dan mengalah. Baliklah ustaz itu dengan misi yang tidak tercapai.
Semua percubaan gagal, cukup besar ujian ini, badan Roni dah susut, kerana hampir 2 hari lebih tak makan, ada 2 ustaz dan 3 bomoh datang kesemuanya tidak berjaya.
Akhirnya setelah berada lama dalam badan Roni, rasukan tersebut mengundurkan dirinya sendiri. Mungkin sebab berkat doa dan usaha keluarga dan orang ramai. Mungkin juga dia dah bosan bertarung dengan manusia.
Kisah ni antara kisah yang paling aku takut. Ini kerana hantu atau Jin yang merasuk Roni ni antara Jin yang paling kuat pernah aku tengok.
Banyak jer kisah hantu mengangu kehidupan harian yang aku lalui, cuma yang ini aku cerita pasal rasukan dulu. Nanti ada masa aku tulis lagi. Tu pun kalau dapat feedback yang baik dari comments. Jangan cakap aku menipu dah lah.
– Joe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit