Rawatan Ketagihan Yang Menyiksakan

Assalamualaikum semua. Harap admin dapat siarkan wacana yang tak seberapa ni.

Aku terpanggil untuk berkongsi pendapat selepas terbaca kisah ni di IIUM Confession.

https://iiumc.com/ketagihan-yang-menyiksakan/

Ya, kisah tentang ketagihan yang menyeksakan.

Aku tak pasti sama ada dapat membantu atau tidak.

Aku perkenalkan diri aku Liya. Aku ni dari kecil dah jadi mangsa seksual dengan sepupu.

Akibat daripada tu, aku ketagihan jugak dari sekolah sampailah dewasa.

Tapi, aku tak nak berkahwin untuk hilangkan ketagihan ni. Sebab aku fikir, kalau kahwin untuk nafsu, hanya nafsu sahaja yang aku akan dapat.

At the end, kalau pasangan tak mampu puaskan, mesti akan kecewa juga.

Jadi, sebelum aku berkahwin, aku nak berubah. Aku nak kahwin sebab Allah & agama. Insyaallah, kalau aku berkahwin kerana Allah & agama, aku tak akan kecewa.

Bertahun aku struggle nak hilangkan. Jatuh bangun, hanya aku yang rasa. Cuma, aku tak berapa gemar menonton p*rn. Aku lebih kepada on*ni.

Di sini, aku setakan tips untuk berubah. Insyaallah, pasti Allah akan tolong.

1. Positif.

Setiap kali nafsu datang, terus bangun mandi or buat aktiviti untuk hilangkan nafsu.

Contoh, workout, kemas rumah, membaca, berzikir. If tak boleh, cuba tidur, peluk bantal kuat-kuat dan cakap dekat diri sendiri, “aku kuat, aku kuat. Ya Allah, ya Allah”.

Ini yang aku praktiskan sampaikan menangis kadang-kadang.

2. Setiap pagi selepas subuh, cuba baca yassin, al-quran.

Buka tv, tengok & dengar ceramah-ceramah tanyalah ustaz. Insyaallah, hati tu terisi dengan sesuatu.

3. Cuba perbanyakkan diri untuk berpuasa sunat.

Insyaallah, lama-lama akan ada kesan. Ini yang aku amalkan sampai sekarang.

Ni je sedikit sebanyak yang aku buat.

Kalau ikutkan, berlambak apps seperti michat, omi, boleh dapat khidmat fones*x. Tapi, sampai bila?

Aku nak kehidupan normal. So, aku cuba rawat diri.

1 je nak pesan… Syaitan ni suka jiwa orang yang kosong. Jadi, isikan jiwa kita dengan zikrullah.

Doakan aku terus kuat wahai pembaca. Sebab aku sudah makin hampir dengan kehidupan normal. Hehehe.

– Hanya Seorang Hamba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *