Raya datang lagi

Assalamualaikum…salam ramadhan sahabat semua..
Tinggal lebih kurang 2 minggu kita sudah nak raya, bagi yang sudah berkahwin giliran raya kena berbahagi, kena adil…tahun ni giliran raya belah suami dulu…raya ke3 baru dapat jejakkan kaki rumah emak ayah sendiri….

Dalam hati sedih, tak seronok, takde mood…bercampur baur. Memang sepatutnya rasa itu tidak patut wujud dalam hati. Bila seorang perempuan sudah berkahwin yang pertama suami, yg ke2 mentua dan kemudian baru la emak dan ayah sendiri. Itu hakikatnya tapi hakikat tu perit. Perasaan ni wujud bersebab..

Saya dan suami berkahwin atas dasar cinta, suka sama suka…takde paksaan..kami bahagia, kerja kerajaan..gaji bulanan mencukupi, rumah ada, kereta pun ada…

Masalahnya ahli keluarga nya ada satu perangai yang kalau bercakap tak pernah fikir hati dan perasaan orang lain.

Suami anak lelaki sulung, ada kakak dan adik lelaki seorang. Saya dan suami pejuang penyusuan susu ibu, alhamdulillah anak saya 2 orang dan semua saya usahakan untuk bagi susu badan..Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi pada saya dan anak-anak.

Kisah bermula 3 tahun yang lepas, kakak ipar bersalin anak yang ke2 dan kebetulan semasa dia dalam pantang kami sekeluarga balik ke kampung. Semasa di kampung, susu kakak ipar kurang, anak asyik meragam dan dia meminta saya untuk breastfeed anaknya…atas persetujuan suami, abang ipar dan mentua, saya breastfeed baby dia…lebih dari 5 kali kenyang dan secara hukumnya baby tu da jadi anak susuan saya….dalam tempoh 4 hari di kampung, memang saya kerap susukan baby..saya tak kisah, sebab saya rasa itu da jadi tanggungjawab saya.

Sekarang anak itu da 3 tahun..Alhamdulillah sihat tubuh badan tetapi hyperaktif yg normal…melompat sana sini, tak duduk diam, memunggah…bagi saya itu perkara yang normal, biarlah anak cergas macam tu daripada dia diam sakit ke demam ke…
Masalahnya bila anak tu buat perangai mesti saya yang disalahkan…cth ayat, ni anak ibu(merujuk kepada saya) la ni tak reti dok diam…
Bila anak tu memunggah, ayat yang keluar kuat memunggah ikut ibu..bila anak tu bergaduh dengan kawan di taska, ayatnya pulak garang ikut ibu…laju je semua tu keluar dalam group wasup famili, kadang kadang berserta gambar sekali..terkesannya saya…sampai kadang-kadang saya rasa menyesal susu kan dulu….
Suami saya seorang yang positif, kalau jadi je begitu dia akan pujuk cakap mintak saya abaikan, jangan ambil hati…

Mana tak amik hati…yang buruk, nakal ikut saya ibu yang susukan dalam tempoh 4 hari tu aje….tapi bila anak da pandai kenal huruf, pandai kenal colour, mulut da mula petah tak pulak ikut saya…itu katanya ikut mama dia…..

Anak saya da 2, tapi alhamdulillah ok saja di mata sy….takde hyperaktif macam tu….sakit hati bila di ingatkan…ni setiap kali raya, family gathering hati saya mula la segala rasa ada…kadang-kadang bila berdepan pun saya kena terus, kalau anak itu kedekut mainan dengan sepupu yang lain…mentua saya akan kata,ni kedekut ikut ibu la ni…mama nya tak kedekut…

Saya memang cuba berfikir positif….tapi bila semua yang buruk jatuh pada saya je setiap kali, hati saya sakit….
Tambahan bila melibatkan anak, susu ibu…

Selalu saya cuba untuk menjawab balik, bagi hati saya puas tapi itu saya buat dalam hati. Saya nampak kepuasan di muka mereka bila dapat menyalahkan saya mcam tu…

Moga raya dan perjumpaan keluarga tahun ni semua da berubah dari tahun2 sebelum ni….Insha Allah…

– Ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Lain kali kalau dia ckp mcm tu lgi dkt wasap, bls mcm ni.. Ank ibu 2 org ni baik je., “ikot mama la tu sbb drh dging mama dia”, acah2 gurau n letak smiley kt situ.. Ada jgk org mcm ni..

  2. doakan anak itu jadi anak pandai.. anak yg hyperaktif mcm tu biasanya bdk bijak..pastu try akak bidas2 sikit dgn dorang, dlm wasap best sikit klu nk membidas.. haha

  3. haha… sy pun penah kena gak….tp anak sendiri…. bila anak nampak cerdas…bijak..baca doa… org ckp cikgu yg ajar….bila anak tgh lasak.. buat huru hara… keturunan ibu la ni…. hahaha… sy diam je… pastu duduk jauh2 ..sesekali balik barula rindu2… duduk dekat2 ni busuk jem..bertabahlah

  4. aku kalau org jenis mcm ni mmg hangin. ade jugak spesis bini/laki bila anak buat mende x elok cakap kat suami/isteri “anak awak la ni”. habis tu, anak tu bukan anak die ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *