Salam Hari Raya buat semua. Terima Kasih admin kerana menyiarkan artikel ni…
Aku tak pernah ada Raya yang tenang sejak parent aku bercerai masa aku sekolah.. Sekarang, aku ada 3 Mak 3 Ayah :
1) Mak Kandung + Ayah Tiri
2) Mak Mertua + Ayah Mertua
3) Ayah Kandung + Mak Tiri
Aku selalu cakap dekat kawan2, aku insan terpilih sebab ada 3 Mak 3 Ayah. Bukan senang nk jaga hati 3 pihak ni..
Aku, Suami dan Anak tinggal di Perak. Keluarga kami semua tinggal dalam 1 negeri yang sama, Selangor. Dipendekkan cerita, ketiga-tiga Ayah Mak kami ni tinggal berdekatan (beza dalam 10 km sahaja). Orang cakap, senanglah balik 1 negeri je, tak pening macam pasangan lain kena balik 2 negeri yang berlainan.
Aku dan Suami selalu buat mcm ni, setiap kali balik Selangor, kami bahagi sama rata spend masa bersama Mak aku dan Mertua. Ayah aku ikut nasib, kalau sempat kami jumpa lepak di kedai sahaja. Kadang, langsung tak sempat jumpa.
Alhamduliah, 5 tahun kawen.. Aku dan Suami tak pernah gaduh nak balik rumah mana dulu atau berapa hari nak duduk rumah mak-ayah kami. Tapi kami diberi ujian lain pula….
Raya 2019, dari puasa terakhir ke malam raya hingga tengah hari Raya Pertama, kami spend masa dengan keluarga belah Suami (mertua). Solat raya di masjid bersama-sama, sesi bermaafan, bergambar dan makan-makan.
Tengah hari, kami ke rumah Mak aku pula. Mak aku baru lepas operate bulan puasa lepas. Kes mak aku, dia bermadu. Setiap kali raya, bapa tiri aku memang tak ada. Mak aku almost tiap2 tahun raya sorang2 drive sendiri balik kampung. Mak tak pernah kesah dan tak pernah paksa anak menantu dia balik raya ke tidak. Sebab mak jenis tak kesah lah, mak selalu raya berdua saja dgn adek bongsu kami yang belum kahwin!
Tapi tahun ni, suami nekad nak spend raya lebih dengan Mak aku dan bawa mak yang masih belum sembuh luka operate balik kampung jumpa nenek. Tahun lepas kami tak sempat beraya di kampung. Aku bagitau suami, tak boleh macam tu. Kena spend juga masa raya dengan keluarga dia sebab mak-mak kita duduk dekat je. Sebab tu la aku ajak suami spend raya dengan keluarga suami dahulu.
Aku amek alih tugas masak lauk raya sebab Mak belum kuat nk masak lagi. Lauk-lauk raya yang aku masak tu lah Aku bahagi hantar kt rumah Mertua dan Nenek (adat munjung)
Baru 2 jam kami tinggalkan rumah mertua, mak mertua dah call suami aku tanya ” kat mana, tak ikut beraya rumah Tok Naim ke” (sepupu Mak Mertua). Walhal, kami masih dalam perjalanan pulang ke rumah Nenek belah Mak aku.
Aku masih ada keluarga terdekat, Nenek, Makcik Pakcik dan Sepupu kat Selangor ni. Suami pula hanya ada saudara2 jauh di Selangor. Tapi isu nya bukan pasal saudara jauh atau dekat. Tapi, ktorang baru 2 jam tinggalkan rumah dorang kot ! Suami hanya membalas, nanti kami singgah rumah sepupu Mertua lepas selesai beraya di Kampung aku.
Dari lepas Zuhur sampai ke maghrib kami beraya di Kampung belah Mak aku. Jumpa Nenek dan saudara mara, seronok sangat.. Soalan biasa setiap tahun, ” Tak tidur kampung ke”.. Bila bagi jawapan, “Tak, malam ni balik rumah mertua.. “, setiap kali tu la raut wajah kecewa kt muka saudara dan Nenek aku.
Malam tu juga kami bergegas ke rumah sepupu Mak Mertua dan pulang bersama-sama bermalam di rumah Mertua. Malam tu juga sebelum tidur Mak Mertua warning jangan kemana-mana esok (Raya Kedua) sebab nk ajak beraya. Malam tu, dia tunjuk tak puas hati kami pulang beraya ke Kampung aku.
Raya Kedua, dari pagi sampai petang, Ayah Kandung aku sibuk whatsapp bila nak jumpa dia dah Raya Kedua tak muncul lagi walaupun rumah dekat je. Aku membalas, ” Nanti jumpa, masih sibuk beraya dengan Mertua”.
Raya Kedua Malam, baru kami sempat ke rumah Ayah dan Mak Tiri aku. Tak ada angin dan ribut, kenapa la Mak Tiri aku bermasam muka dan raut muka marah kat kami. Salam macam nak tak nak. Ajak borak pon sibuk main hp dalam keadaan tegang. Tak bercakap sepatah pun. Ayah aku pon mendiamkan diri saja. Aku sedih, nangis dalam hati dan balik.
Susah nak jaga hati banyak pihak. Benda akan jadi mudah kalau masing-masing faham dan bertoleransi. Ayah aku pon patot faham aku dah ada suami, tak boleh lah nak jumpa dia cepat-cepat time raya. Mertua aku pula patot faham keadaan mak aku yang beraya tanpa suami, anak2, masih belum sembuh pula dari operation aritu. Walhal, adek beradek suami aku semua ada kat rumah.
Kami anak broken family, seboleh-boleh nak jaga hati semua pihak. Kami minta maaf buat semua keluarga kami jika kami tak dapat luangkan masa lebih dengan kalian. Jangan terasa hati. Tapi apakan daya, kami hanya ada 2 kaki dan 1 kepala. Kalau lah badan ni boleh dibahagikan…
– Maimunah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit