Hi. Aku Ayong, menantu sulong.
Aku agak triggered bila orang pertikai tidur homestay bila raya. Kenapa? Berdosa ke? Bukan semua orang ada rumah besar, bilik cukup, ruang tidur cukup. Kan?
Lately ni banyak page2 besar yang suka mainkan isu macam ni hanya sebab nak kejar rating ke, nak naikkan algorithm ke, entah lah. Tapi, come on la. Ajukan la soalan yang bermanfaat sikit.
Ok. Done bebel.
Aku nak masuk bab kenapa sebenarnya tak berdosa pun tidur homestay bila-bila kau balik bercuti kat rumah ibu bapa or mertua.
Aku dah suami, ada 3 anak lelaki. Dah makin besar. Yang sulung, Ali dah umur 8 tahun.
Kadang bila balik rumah mertua hujung minggu, nak pergi solat Jumaat, dia dan suami dah siap, tapi pakcik2 dia tak ada gaya langsung nak ke masjid. Sorang tak bangun lagi. Sorang acah-acah busy.
Diorang dah umur 28 dan 17 tahun. Tak kan nak kena paksa, nak kena marah lagi? Tak cukup ke ajak 2x ? Nak bentang karpet merah ke?
Kesudahannya, suami dan anak pergi sendiri je. Anak tanya juga… pak ngah tak ikut sekali ke? Suami jawab… pak ngah pergi sendiri kejap lagi.
Ye, selagi boleh bohong, kita bohong la kan? Bohong sunat jaga air muka. Tapi, tak lama dah kita boleh back up. Anak-anak makin besar, ada mata, ada akal untuk timbang tara.
Sumpah, kadang-kadang kami penat. Kami kecewa, Kami sedih, marah. Semua bercamur baur. Di mana silapnya?
Baru-baru ni, kami balik kampung 2 hari sebelum raya. Aku dah siapkan juadah untuk sahur sebab memudahkan kerja aku, sebab aku chef utama rumah tu. Mak mertua tak larat tapi masih boleh berjalan slow-slow.
Waktu sahur, cuma aku, anak 8 tahun, suami, mak mertua, biras (aku namakan Mariam, dan adik ipar (Mimi).
Laki Mariam (Pak Ngah) dan adik bongsu suami (Pak Su), tak nampak bayang. Pak Ngah suruh bini dia buat milo + nestum bawa masuk dalam bilik.
Memang tak keluar bilik langsung. Pak Su, roh berkeliaran cari tak jumpa, memang tak pernah bangun sahur. Anak aku tanya juga. Kami jawab Pak Ngah dan Pak Su dah sahur awal.
Pak Su, lepas zohor baru bangun. Terus keluar je entah ke mana. Bila nak berbuka, aku pelik Pak Su dan Pak Ngah tak naik-naik walaupun dah 5 minit berbuka puasa.
Kami yang lain-lain memang makan sama-sama. Aku syak diorang tak puasa. Tapi aku diamkan je. Aku tak tanya bini dia, Mariam. Kami sembang macam biasa.
Sahur esoknya, masih sama. Hanya kami. Rutin yang sama Pak Su buat. Tak keluar bilik sampai Zohor.
Lepas tu keluar dan duduk di hujung rumah dengan kawan2 dan Pak Ngah. Aku tak perasan sampaikan kami nak keluar ke kedai hardware.
Dia lari ke arah kami dan tanya nak ke mana? Aku cakap nak ke kedai hardware. Aku perasan banyak kereta dah motor tak dikenali ada juga di tepi lorong tu.
Naik je kereta, aku tanya suami. Dah kenapa banyak sangat kereta? Suami kata, hmm diorang tak puasa la tu. Minum “air penawar” belakang tu. Aku memang dah agak cuma benda tak nampak depan mata kan.
Entahlah, aku sangat frustrated. Benda ni actually dah lama. Cuma bila anak dah besar ni, dia dah mula tanya soalan2.
Sampai bila aku nak kena back up? Aku penat. Dulu masa anak-anak kecil, aku biasa akan setel masak makanan anak malam pukul 11 gitu.
Tapi time tu juga Pak Ngah duk proses “air penawar” dia kat dapur. Masak sampai kaw kaw pekat sampai 3-4 jam. Letih aku menunggu.
Aku sebolehnya memang elak bila dia duk proses “air penawar” dia tu. Habis proses, bersepah dapur, basah lantai.
Lewat petang tu pula, adik mak mertua pun datang. Sama naik je. Sama-sama togak “air penawar”. Mak mertua? Dia tahu je. Dia nampak je. Tak ada tindakan. Tak tegur apa. Sumpah aku penat.
Hari raya pertama, hambar. Aku sedih. Geng perempuan bersilat di dapur dari subuh. Penat. Mak mertua aku, kami semua cakap dah tak payah buat ketupat, dia kata sikit je.
Nahhh ambil kau… 4 kg rupanya dia buat. Pukul 2 pagi baru dia habiskan. Kami semua anyam ketupat tak cantik wey.
Ketupat manis bukan ketupat nasi. Jadi memang tak ada orang boleh tolong dia buat. Pah tu? Esok pagi raya terbungkang sahaja.
Pukul 9 pagi suasana suram macam hari-hari biasa. Pergi solat raya? Jauh sekali. Bukan tradisi keluarga diorang.
Jadi, berbalik kepada tajuk ‘Raya tidur homestay’’, jangan lah dikecam orang yang pilih untuk tidur homestay. Mesti ada alasan yang kuat disebalik tindakan tidur homestay tu.
Pertama yang aku nampak, ialah mungkin nak elakkan episod-episod macam yang aku cerita ni.
Aku nak jelaskan, aku sekeluarga tak tidur homestay. Kami memang ada bilik sendiri di rumah ni.
Cuma insiden-insiden yang berlaku membuatkan kadang-kadang aku terpikir nak tidur homestay, or mungkin di masa ke depan ni memandangkan kalau Mimi kahwin, memang tak akan cukup bilik.
Sebenarnya, yang penting… kau tidur homestay ke, tidur situ ke, kena ringankan tulang.
Duduk situ pun kalau terperuk dalam bilik tunggu makan terhidang, tak guna juga kan? Pandai-pandailah bawa diri.
Sekian, secebis dari kisah ku. Moga ada perubahan yang baik di masa depan.
Selamat Hari Raya dari Ayong sekeluarga.
– Ayong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit