Raya Yang Malang

Terima kasih sebab sudi baca kisah aku ni. Harap dijadikan pengajaran untuk semua. Lebih-lebih lagi untuk gadis yang masih muda di luar sana. Mohon anda berhati-hati ye :)

Hari Raya Aidilfitri… seronok kan hari itu? Tapi itulah bermulanya detik sejarah hitam dalam hidup aku. Detik yang berjaya buat aku benci sebenci-bencinya dengan satu manusia ni. Biar sudah 6 tahun berlalu, aku tetap benci dan tak dapat lupakan apa yang sudah dia lakukan kepada aku.

Waktu di kampung… ketika aku sedang tidur, dia (adik ipar ibu aku) sanggup mencabul kehormatan aku. Ketika itu aku tidur di dalam bilik bersama adik perempuan dan beberapa orang sepupu perempuan. Bilik tak berkunci sebab ada barang berharga sedara mara. Aku bersyukur, aku bersyukur sebab aku sedar waktu tu. Aku buat keputusan untuk tidur di luar bilik keesokkan malamnya, namun dia tetap buat begitu pada aku! Walhal, ada parent aku di situ! Ada mak saudara aku (isterinya yang ketika itu sedang sarat). Dia sangat berani!

Lebih berani lagi… bila esok malamnya… dia datang kepada aku, cakap "Mintak maaf," Ketika itu aku sedang basuh cawan genggam je cawan tu kuat-kuat dan aku istigfar banyak-banyak dalam hati. Ye, aku masih waras lagi walau ketika itu masih remaja belasan tahun! 14 tahun! Aku cakap, "sebab apa?". Jawabnya "sebab malam tu." Allah! Hati aku sakit. Sangat sakit.

Hari-hari raya aku seterusnya, disambut alar kadar sahaja oleh aku. Aku tak ada mood nak raya. Aku mula benci raya! Tapi sedara mara aku.. pandai buat aku ceria meski mereka tak tahu kisah hitam tu. Aku seronok sambut raya asal dia tak ada depan mata aku! Bila dia ada, atau aku dengar suara dia ke, orang sebut nama dia ke… mood aku berubah dalam diam.

Balik aku ke rumah keluarga aku semula, dia dan mak saudara aku singgah ke rumah. Aku berdoa buruk-buruk pasal dia. Kebetulan ketika itu dia ada anak perempuan… aku doa agar anak perempuan dia rasa lebih teruk dari aku. Ye, aku doa begitu meski aku sayang anak dia macam adik! Aku benci dia! Sangat-sangat! Ketika itu baru aku teringat satu kejadian yang lalu. Sebelum raya tapi pada tahun yang sama.

Waktu tu, parent aku keluar ada hal bersama mak saudara aku (isteri lelaki durjana tak guna tu). Dia diamanahkan oleh parent aku untuk menjaga aku dan adik-adik aku. Saat tu aku mula tak sedap hati. Tapi aku tak layan sangat. Mula lah detik ketika aku dan dia berebut remote TV. Aku mula benci dia. Itu TV rumah aku, kenapa aku perlu ikut siaran yang dia mahu tonton dan bukannya siaran yang aku nak? Dia tu siapa? Aku bawak lari remote tu dan duduk di sofa. Dia kejar dan cari aku. Saat tu… tangan gatal dia juga ambil kesempatan. Aku memandang tajam ke arah dia. Dia buat tak tahu. Waktu tu aku tak sedar mana sebab kejadian sangat pantas. Seolah-olah apa yang dia sentuh tu sebab nak cari remote semata-mata. Dan waktu tu… aku juga fikir begitu. Cuma nak cari remote walau dalam hati… aku dapat rasa satu perasaan lain yang lebih kuat. Aku mulai benci dia sebab dia sentuh aku! Sentuh di tangan tak mengapa la bagi aku walau sebenarnya tak boleh!… ini bahagian sensetif!

Bila kejadian tu berlaku di tambah pula dengan kejadian semasa raya… buat aku bertambah-tambah benci dengan dia. Bila lahir anak mak saudara aku, aku pandang menyampah dan jijik dengan bayi itu. Entah kenapa… bila bayi tu menangis sebab aku cubit dia (baru beberapa minggu lahir)… air mata hati aku mengalir. Apa salah bayi ni? Dia tak bersalah. Ayahnya yang salah. Aku berubah, aku mulai menerima bayi itu sebagai adik sepupu aku. Aku sayang dia persis adik aku.

Sejak kes dia datang rumah lepas raya tu… lama jugak aku tak jumpa dia. Dia sibuk bekerja. Tapi aku dapat rasakan… dia memang takut nak jumpa aku. Bila aku ke rumahnya, dia kerja overtime. Bila isterinya datang ke rumah aku, dia tak ada walhal isterinya siap bermalam lagi di rumah aku untuk beberapa hari bersama anak-anaknya.

Satu hari aku dengar, dia cedera. Tangannya. Aku senyum dalam diam. Yes… padan muka! Aku doa lagi supaya biar putus je tangan tu. Jahatkan aku? Tapi salah akukah sebab membenci? Dalam keluarga… ada je sepupu-sepupu aku yang seksi, tapi kenapa mangsanya aku? Aku pernah menyalahkan Allah. Pernah. Tapi… lama-lama aku mulai terima. Terima apa yang dah berlaku dengan rela hati. Tapi aku tak dapat hilangkan rasa benci pada setan tu. Tak!

Even, raya baru-baru ni pun… aku pandang serong dan semacam je dengan dia. Aku cakap dengan nada kasar macam gangster. Aku peduli apa. Aku benci dia! Menyampah nak tengok muka dia! Aku sanggup tak duduk kerusi kosong sebelah dia, even dah tak ada kerusi nak duduk untuk makan. Aku berdiri terpacak je sebelah ayah aku. Aku benci tengok dia makan masakan ahli keluarga aku lebih-lebih lagi masakan mak aku! Semua tentang dia aku benci! A to Z!

Sungguh benci ni susah nak hilang. Aku jadi pendendam dengan dia. Dia musnahkan usia remaja aku! Raya aku! Saban tahun aku teringat! Kekadang aku menangis sorang-sorang fikir… masihkah ada lelaki mahukan aku? Sebab aku takut… aku akan trauma teruk sekiranya aku berumah tangga nanti. Meski aku masih 'suci' tapi aku rasa aku dah 'kotor'.

Sampai sekarang, detik dan saat aku luahkan ni… aku masih bencikan dia sangat-sangat. Aku tak suka dia ada depan mata aku! Aku suka bila rumah tangga dia mulai bermasalah! Aku mengaku aku suka semua tu. Kalau boleh, biar becerai! Tapi… aku sedih sebab fikir adik-adik sepupu aku yang masih kecil dan perlukannya sebagai ayah!

Aku bukan tak jaga pemakaian bila kejadian tu berlaku. Aku pakai tudung, seluar panjang ketika itu tapi masih jahil. Tapi sejak itu aku berubah… aku mulai pakai tudung lebih labuh, baju lebih besar, stocking, tudung pulak yang tutup dagu, pakai handsokck! Sampai adik aku pernah cakap aku gila sebab pakai stoking dalam rumah bila ada sedara mara. Aku tak peduli! Aku cakap… aurat!

Bila kejadian ni menimpa aku, aku dapat rasakan sakitnya gadis-gadis di luar rasakan. Yang dimana mereka dirogol oleh abang, ayah, atok atau sesiapa pun. Apatah lagi bila benih tu melekat. Aku dapat rasakan… mereka terluka! Sangat terluka! Sampai ambil langkah untuk bunuh baby tu biar baby tu tak dosa.

Sejak kejadian tu… aku menangis dalam hati bila tengok kes-kes buang bayi. Kes-kes rogol. Aku doa… agar mereka kuat dan tabah menjalani kehidupan. Apa yang aku rasa… mungkin sikit dan secebis… tapi aku bersyukur sebab aku masih dara. Cuma… aku takut dan trauma sesekali bila teringat kejadian itu atau pandang muka dia! Aku sangat-sangat bencikan dia!

Remaja dan gadis di luar sana… jagalah aurat anda agar maruah anda turut terjaga. Jaga batas-batas dengan ipar-ipar mak atau ayah. Mereka bukan mahram kita! Boleh kahwin sekiranya mereka bercerai dengan mak saudara (adik beradik mak atau ayah). Jagalah semuanya ye. Pesanan ni untuk kebaikkan anda. Parent… tolong jaga anak-anak baik-baik. Semoga anda tidak jadi seperti aku.

– Gadis Malang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *