Re: gigi kuning

salam. gigi kuning boleh jadi macam2 sebab. most common adalah faktor genetik iaitu warna asal lapisan kedua gigi (dentine). org berkulit cerah biasanya mempunyai dentine yg kekuningan berbanding org yg berkulit gelap. ia tiada kaitan dengan kekerapan memberus gigi.

rawatan yg boleh di lakukan adalah 'bleaching' atau pemutihan. ia boleh di lakukan di klinik gigi atau membeli produk di klinik gigi dan membuat rawatan sendiri di rumah di bawah instruction dentist.

di ingatkan bahawa produk pemutihan mengandungi bahan kimia seperti hydrogen peroxide dan carbamide peroxide. concentration chemicals sgt penting supaya gigi tidak terhakis, gigi mati atau tisu mulut boleh terkena chemical burns.

jd di nasihatkan untuk beli produk yg berdaftar sahaja. sayang gigi Allah bg dua set je. yg bongsu habis dah tanggal yg kekal ni jaga elok2 ya. jangan sbb nk cantik, last2 gugur semua. mitos semua tu kata kalau dah tua gigi slow2 gugur. tak. gigi kita boleh kekal di bawa masuk kubur kalau pandai jaga. fake braces, aligner yg jual kt ig kat fb pun elakkan ya.

terima kasih sudi baca sampai habis :) #masyarakatperlutahu #kamisediamembantu

– cik dentist

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *