re: mummy, daddy n along

assalam. 1st, sorry sbb guna iium confession as a platform. Bkn xnk dedahkan diri, tp masih x kuat utk berhadapan dgn org ramai.

Sy dh baca semua komen2 kakak2 n abang2 dkt sy punya confession. Thanks pd admin sbb approve post sy. Im speechless. Ramai sgt yg nk bantu sy. Seriously, im so happy sampai menangis2. Ramai bagi sokongan, nasihat mcm mne nk bangun balik. Sy hargai semuanya.

Arwah mummy ada pesan, dekat dunia ni kita x sorg2. Ada ramai yg akan bantu kita. Saudara2 se-Islam kita ramai. And ape yg arwah mummy ckp, semua betul. Sy baru nmpk semua tu. Sblm ni sy menyendiri, sy fikir yg bila kita hilang org tersayang, sy akan stay alone. Tapi x, actually ramai sebenarnya yg ada dgn sy, bagi support, nasihat pd sy.

Pd sis ieyka(kalo x silap) yg offer sy utk beraya , ajar masak kt rumah sis, sy hargai tawaran sis. But, bkn senang utk sy nk berhadapan dgn org yg baru sy kenal. Sy nk bangun pun merangkak2 lagi. Sy masih lg rasa takut. Sy takut if sy bwk malang. Sy nk atasi kemurungan n ramai yg cadangkan sy utk bergaul dgn org ramai. But how? Cmne sy nk bergaul sdgkan sy masih lagi ade perasaan takut?

Terima kasih sekali lagi sy ucapkan pd yg sudi bg sokongan dan nasihat. Walaupun susah, insyaAllah sy akan cuba. Doakan sy agar sy dpt atasi mslh kemurungan sy.

Dua tiga bulan kebelakangan ni, sy mula alami halusinasi. Mcm2 suara sy dgr. Tp sy tau sy kuat. Sy cuba bertahan. Sy mintak doa dari kakak2 and abang2 supaya sy sembuh mcm dulu. Sy nak bangun balik. Sy harap sgt sy dpt jd sy yg dulu.

Utk pengetahuan semua, jiran sy tau yg sy mengalami halusinasi, jd dia mintak sy tinggal kt rumah dia. Utk sementara waktu, sy tinggal kt rumah dia. sy stay smpai sy sembuh.

Sekali lagi, sy ucapkan terima kasih banyak2. Semoga Allah balas jasa baik korg dan semoga Dia limpahkan rahmat pd korg. Thank you. Doakan sy.

– adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

33 Comments

  1. Stay low profile dlu, perlahan2 naik. Fikir camni, ramai lagi manusia yang lebih bernasib kurang baik dari diri kita sendiri. Well, aku pun kekadang sembang juga, hanyut dengan duniani hhu. Ganbatte!

  2. May ALLAH ease everything dik. Akak ade bace confession adik tu.. Tapi, xterkomen.. Sedihh sgt. Iyelah. Kite yg bace ni pon sedih, ni pulak yg menanggungnya..

    Betul ckp mommy adik tu.. Adik xkeseorangan kt sni. Ramai yg beri kata2 smgat kt adik aritu kan? Dan ramai jugk sbnrnya yg sdg mendoakan adik dlm diam dibulan posa ni. May ALLAH ease everything. Dan moga semuaaa yg terima nasib yg sama, atau hampir sama atau jauh lebih hebat, diberi kekuatan utk hadapi setiap ujian drpd-NYA. :) terus kuat ye dik. InsyaALLAH.. :)

  3. Sis sayang.. Allah telah berjanji dlm bulan ramadhan ini, Allah akan tunaikan segala permintaan kita, jika kita meminta padaNya. Jadi sayang, mintalah pada Allah. minta shj apa yang sis mahukan. bangunlah bertahajud,. menangis padanya, minta dan merayu padaNya bersungguh2. cakap melayu pun takpa sebab Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang. sis ada kurang 20 hari sahaja lagi utk manja lebih dgn Pencipta kita. Bercakap2 dgn Allah itu lebih baik kerana hanya Dia tempat kita bergantung, berharap dan meminta pertolongan.
    banyakkan berdoa dan meminta sebelum berbuka pun boleh juga.
    dlm bulan ini yg tak sampai 20 hari jer lagi akan berakhir, sis lupakan lah hal2 lain tetapi fokus kpd beribadah dan mendekatkan diri kpd Allah.. Insyaallah sis.. Insyaalah.. Allah akan permudahkan semua urusan sis, tunjukkan jalan kpd sis, lindungi sis dari gangguan iblis dan syaitan..

  4. tanyakan lah kpd Allahbagaimana hendak mengatasi kemurungan.. katakan padaNya bahawa kita ini lemah dan tidak tahu dan minta ajarkan bagaimana.. mintalah pada Allah perlindungan dari problem halusiinasi yg sis hadapi.. mintalah padaNya kekuatan hati dan fikiran agar sis dpt bangun semula. pohonkanlah dariNya pertolongan dan bantuan.

  5. xpe.. insyaAllah yakin Allah tolong ok, Allah ade. slalu senyum sebab senyum boleh buat kita lebih tenang.. dan slalu ckp dlm hati.. saya boleh, Allah ade..slow2 xpe, insyaAllah nnti smpai tempat dituju, akan lega seleganya..may Allah ease you sister

  6. Kalau rasa give up baca ayat ni:
    “Sungguh, aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah.”[Surah Yusuf : 86]
    halusinasi tu lebih kpd emosi tak stabil..tu kta klinikal la kot.dgn kata lain permainan syaitan..byk2 istighfar..baca al-quran..jgn biarkan diri dlm kesedihan..glad adik ada jiran prihatin.means masih ada yg syg..sis jgn pk bukan2 k..what do u mean pembawa malang??dik..malang tak berbau tau..klu adik pembawa malang mesti adik bau sbb adik pk cmtu..hidup mati jodoh pertemuan di tangan Allah dik..dh rs cam zaman cerita dolu2 dik men pembawa malang bagai..hahaha..jgn marah..jgn kecik ati..hati kene kuat utk nmpk sinar..klu sakit terlantar atas katil kne kuat utk bangun selak langsir agar sinar mentari menyinari bilik yg gelap (faham x bahasa kiasan)

  7. Saya doakan awak kuat k. Rasa mcam nak peluk awak ketat2 skrg ni. takpa wak. Pelan2 naik. Awak ad Allah, ada masyarakat yg sayangkan awak. Stiap ujian yg Allah bagi tu semuanya ada hikmah. Sy doakan awk berjaya dunia akhirat. jia you!

  8. dik, cuba tiap kali solat adik pegi masjid…jemaah, ngaji kat sana…dkt umh allah kita akan rasa lebih tenang…bila halusinasi tu istighfar byk3..amalkan ayat3 ruqyah..

  9. Tak ada siapa yg bwk malang dlm dunia ni. Baik buruk semua datang dari Allah. Dunia ni mmg tempat ujian. Mintaklah dkt allah mintak disatukan keluarga dkt syurga firdaus. Tak ada sapa ckp senang tp dengan izin Allah semuanya akn mudah. Keep strong

  10. Adik.. satu je akak nk pesan. Allah tak akan buat seseorang itu dilahirkan sbg pembawa malang. Perkara buruk yg jadi dlm hidup kita ni semua ujian dik. Akak tau adik kuat. Akak doa agar Allah berikan adik kebahagiaan lepas ni. Ingat, setiap apa yang Allah ambil dari kita, Dia akan gantikan semula dgn perkara yang baik. Adik kuat tau. Stay Strong. Apa2 roger akak tau

  11. Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun (Paus)

    لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN
    Artinya :
    Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat dzalim.

  12. Semoga kamu tabah sayang..kamu seperti saya dan adik2..kehilangan ibu pada usia yg terlalu muda..tp sy tahu..adik2 sy org kuat dan tabah..seperti kamu..semoga kamu berjaya dunia dan akhirat..

  13. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup adik… Insyaallah Allah gantikan kehilangan keluarga adik dgn org yg mampu membahagiakan adik dunia dan akhirat nanti..amin

  14. Jgn layan perasan tu sgt.ingt allah sllu..tkot syaitan akan masuk kdlam bdan klo terlalu lemah… jaga solat berdoa… insha allah bakal ad peganti yg lg baik… keluarga mertua.. mna thu tu semua hikmah allah dsbalik kejadian ni..

  15. whoever you are, feel free to add me. we can have a coffee and a little chat. i used to have a depression before. but now skit2 dah overcome depression. kalau saya boleh awak pun boleh. be strong. saya doakan

  16. Better jumpa psychiatrist utk hallucination tu. Benda ni bukan permanent so takyah risau. Tapi still, jika dah mengganggu, better go see a doctor.

  17. Setahu saya dalam al-Quran, Allah dah berfirman tiada anak yang lahir membawa tuah ataupun membawa malang. Apa yang berlaku tu mungkin takdir, Qada n Qadar.
    Tu kan rukun iman ke-6.
    (Maaf kalau saya salah)

  18. stay strong.dugaan sy x seberat adik.tp gngguan halusinasi tu salah satu puncanya mmg daripada stress,murung, sifat menyendiri. sy pernah alami smua tu.pernah rujuk dgn doktor n masuk wad ‘khas’ tp sebenarnya cuba rawat rohani kita dlu.itu lebih baik.rawat dgn perbanyakkan bergaul, fikir positif, n beribadah.inshaa Allah cuba la pelan2 utk keluar dpd semua tu. kalau masih lg x kuat, boleh cuba minta tolong ustaz or ustazah. ye mmg x mudah nk bangkit balik.sedangkan sy sendiri yg dugaan x seberat adik pn umpama bayi merangkak nk bangkit smula. boleh cuba. wat ibadah cuba la perbanyakkan Di masjid dpd dok sorang2 dlm rumah or bilik. skurang2nya kita bkn sorang.bila dok sorang syaitan ambil kesempatan. kalau x kuat utk bergaul Di luar.cuba bergaul kt fb dlu.bina kekuatan.tapi pilih kawan dikalangn org yg baik. seeloknya kwn perempuan. bkn rendahkan sape2 tapi cuba terbaik utk elak dpd org yg suka ambil kesempatan. akan dtg mgkin adik leh join mana2 group usrah ke.skurang2nya dpat jgk tambah ilmu agama n elak dpd khidupan yg x elok. sy yakin ramai akak2 yg follow kisah adik ni leh bimbing n Bantu adik. banyak je program2 agama yg Adik boleh ikut serta akan datang. sy n skalian yg ikut pkembangan adik ni sntiasa doakan.inshaa Allah. perbanyakkan la sedekah fatihah utk arwah2 n diri sendiri

  19. Sis, if anytime you need to talk to someone or just need a hug or a shoulder to cry on, come see me. My office is on the 4th floor, Business Department, Kulliyyah of Economics and Management Sciences Building, IIUM Gombak campus. Insha’Alah kami akan berdoa utk sis semoga sis bertabah dan berdoa kepada Allah. Al-Fatihah utk your parents and Along. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *