Re: teeth aligner
terima kasih di atas respon di post re: gigi kuning. benar, kami sering mendapat soalan seperti; "bahaya tak pakai aligner ni?" (aligner jual di ig/fb warna clear blue) "adakah aligner ini sesuai untuk saya/anak saya/adik saya?" dan seumpamanya.
siapa yg penah buat braces pasti tahu. sebelum nk pasang appliance dalam mulut, 'cop' dalam mulut perlu di ambil untuk mengetahui kedudukan gigi, bentuk rahang, gigi yg ingin di gerakkan, ruang yg ada atau di perlukan untuk menggerakkan gigi dan sebagainya. dah pakai braces atau real aligner (kejap lagi sy cerita pasal real aligner) pun perlukan pantauan dentist setiap beberapa minggu untuk pastikan gigi bergerak ke tempat yg betul, tiada gigi yg mati (lebihan force boleh menyebabkan gigi mati) atau apa2 komplikasi lain. kedudukan gigi setiap org berbeza jd keperluan dlm rawatan juga mengikut keadaan gigi masing2. ia di bawah kepakaran dlm bidang pergigian yg di namakan; orthodontik.
jadi adakah aligner yg di jual di ig/fb ini selamat di gunakan? dentist tak dapat nak menjamin keselamatan dlm penggunaan 'aligner' tersebut sbb ia bukan di bawah pantauan pegawai pergigian berdaftar. macamana gerakkan gigi yg tak cukup ruang nk tumbuh? ada buka ruang ke? kalau ruang tak cukup dan gigi cuba digerakkan, gigi boleh berlapis makin teruk. force yg di kenakan ke atas gigi juga tak dapat di pastikan malah tiada rawatan susulan selepas pemakaian.
jangan keliru dgn invisible aligner/ clear braces yg terdapat di klinik2 gigi. ini adalah 'real braces' yg mana cop gigi di ambil pada setiap beberapa minggu untuk membuat aligner baru. ia masih di bawah pantauan dentist. aligner ni rupa dia macam mouth guard, clear, tak ada besi jadi tak perasan sgt pakai braces. aligner baru yg ditukar setiap beberapa minggu bertujuan gerakkan gigi sikit demi sikit sampai mencapai objektif rawatan yg di inginkan. kos? ~10k ke atas
"berapa lama perlu pakai braces?"
secara purata, 2 tahun. apapun, ia bergantung kepada kompleksiti kes setiap individu. ada yg setahun setengah, ada yg sampai 10 tahun atau lebih. bergantung. setiap org tak sama. ada org gigi cepat bergerak, ada org lambat. lagi tua, lagi lambat gigi bergerak sbb tulang dah padat. jadi, eloklah kesan masalah gigi adik2/anak2 anda diperingkat awal supaya rawatan dpt di buat segera.
saya pun pakai braces :) dah lebih 3 tahun dan tiada tanda2 boleh buka dlm masa terdekat. bertabahlah ya para pemakai gigi besi sekalian
"bleaching merapuhkan gigi?"
ada bacaan sy yg mengatakan 'ya'. bleaching melibatkan bahan kimia yg boleh menghakis tisu2 gigi. tetapi… jika kepekatan bahan2 tersebut di gunakan di bawah seliaan pakar dan dlm kadar yg di sarankan, komplikasi seperti ini dapat di minimakan.
pheww. panjang pula q&a kat sini. terima kasih sekali lagi kerna sudi baca
#masyarakatperlutahu #kamisediamembantu
– cik dentist