re: tidak sekufu..?

salam sis nora.

bila baca confession sis rasa macam dejavu kejap. sy lalui lebih kurang dengan apa yg sis lalui. background family kita sama. lelaki yg nak berkenalan dgn sy jenis tak terjaga pergaulan, join event di club walaupun dia tak pernah mabuk. bila saya tanya kenapa pilih saya, kenapa tidak kawan2 perempuan yg selalu bersama2 dgn dia. jawapan yg sama. inginkan isteri yg solehah, yang boleh mendidik anak2 mereka. fitrah.. semua mahukan yang terbaik kan.

awalnya sy fikir, boleh jadi kita ni asbab kepada org lain untuk mendapat hidayah Allah. saya selalu ingatkan diri yg sy takda hak nak judge org. masa awal2 berkenalan dengan saya memang perasan perubahan dia. ke arah kebaikkan. solatnya terjaga, pakaiannya lebih sopan,pergaulannya sedikit terbatas. dia tak pernah berzina atau mabuk. ni yg sy risik dr kawan2 yg baik agamanya. cuma dia masih tetap dengan aktiviti2 dia, kawan2 dia jenis bertepuk bertampar lelaki perempuan, jenis merokok ambil dadah, berzina, gangster, gay pun ada. kalau dia jenis firm, faqih agama tak apa lah juga. tapi dia pun masih baru nak berubah..

tapi sy serahkan jg pada parents sy. sy kata pada dia segala keputusan terletak pd mak ayah sy. entah apa instinct parents sy, mereka menolak. walhal parents sy taktau pun sejarah lelaki tu. hanya dgn melihat gambar & sedikit deskripsi dr sy.

awalnya sy sangat terkesan. bkn sbb sy cintakan dia tapi sbb sy kasihankan dia. sis juga kena bezakan antara sayang dan kasihan. sy kasihan sbb memberi selaut harapan pd dia meski sy tak pernah kata ya. dia ada potensi untuk jadi lelaki yg baik tapi kalau dia sendiri tak tekad, takda siapa boleh bantu.

sejak penolakan tu sy nampak dia berubah ke perangai lama dia. kehidupan lama dia. sy sedih dia berubah balik tapi bersyukur. Allah tunjuk hikmah kenapa parents sy tolak. sy cut off contact dgn dia. sy tau dia sgt terkesan. tapi sy taknak dia terus menyimpan harapan. sy juga taknak kalau dia berubah sekadar sbb sy. sampai bila? setahun dua tahan lagi. lepas2 tu..?

sis istikharahlah & minta pandangan parents. mak ayah yg besarkan lagi faham kehendak kita, perangai kita. lagi2 parents sis memang org yg baik agamanya.

– sisfaham

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Betul cakap sis..boleh jadi kita lah asbabnya untuk si dia peroleh hidayah daripada Allah..saya turut terkesan kerana melalui situasi yg hampir sama..nak merubah lelaki ke arah kebaikan bukan senang lagi2 kita sebagai perempuan pon masih banyak kurangnya. Tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..pasti ada hikmah di sebalik semua ni..banyakkan istikharah,berdoa dan minta petunjuk Allah.

    • Aok. Kmk pun setuju. Kita mungkin jadi asbab kepada hidayah orang lain. Orang lain pun sama. Tapi mun orang ya dirikpun sik tekad, yang terpulang gik dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *