RE: Tolong Aku
Kepada Insan,
Saya tak tau cerita saya ni boleh tolong awak atau tak. Tapi saya harap ianya membantu :)
Saya memang malas solat. Dulu. Masa tu sekolah menengah. Berat betul nak angkat kaki pergi solat. Selalu sangat tipu cakap tak boleh solat.
Sampailah masa saya Form 4, tiba-tiba ada cikgu tu cakap pasal solat. Dia baca terjemahan Azan.
Hayya 'alassolah
(Marilah menunaikan solat)
Hayya 'alalfalah
(Marilah menuju kejayaan)
Cikgu tu cakap, cuba awak semua fahamkan terjemahan ni. Kita nak berjaya tapi kita tak solat. Sedangkan Allah dah ajak kita untuk menuju kejayaan dengan solat. Jadi macam mana nak berjaya kalau tak solat?
Sepanjang penerangan tu saya cuma diam sebab rasa macam kena tuju kat diri sendiri. Sepanjang hari saya fikir apa yang saya buat selama ni.
Dan lepas hari tu, saya paksa diri untuk solat sebab saya nak berjaya. Dari hari ke hari saya paksa. Bila malas saya cuba ingatkan balik apa yang cikgu tu bagitau dalam kelas. Sampai ke hari ni pun saya sentiasa ingatkan diri sendiri. Lama-lama dah jadi kebiasaan. Rasa seronok dapat solat.
Kalau keluar lepak dengan kawan-kawan pun saya selalu ajak singgah masjid kalau tiba waktu solat. Saya bukan baik sangat pun tapi selalu ingatkan diri sendiri, kalau jadi apa-apa sebelum aku sempat solat macam mana?
Awak,
Berjayanya kita bukan sahaja dengan ukuran berapa banyak A kita dapat, bukan juga dengan dean list. Tapi berjaya tu juga bagaimana hubungan kita dengan Allah, dengan sesama manusia, akhlak kita.
Paksa lah diri untuk solat. Paksa dan terus paksa. InsyaAllah mudah-mudahan kerana terpaksa itu jadikan kita ikhlas.
:)
– Puteri