Awak, awak baru tunang tau dan awak lelaki. Awak pernah ke tahu perasaan seorang wanita yang dipoligamikan. Wallahi rasanya lebih berat apabila perempuan itu sedar dan tahu bahawa suami yang dicintai bukan setakat boleh pegang, peluk malah lebih daripada itu tetapi apa yang isteri ini lakukan? Dia tetap kuatkan diri, pasakkan hati buat Illahi. Dia ingat balik kenapa dia mengahwini lelaki tersebut. Dia perlu kuat untuk menjadi kekuatan buat suami. Tak mudah seoranh perempuan nak berhadapan dengan emosi. Nak bermanis muka di saat hati remuk redam. Sangat tak mudah tapi wanita ini mencari bahagia dan dia tahu perkahwinannya itu memiliki jutaan hikmah yang dia sendiri tak ketahui tapi dia yakin akan caturan Illahi.
Apa yang saya nak sampaikan ialah kepedihan dan ujian yang dihadapi itu berbeza tetapi jika hati tetapkan pada Allah, in shaa Allah sakitnya akan berkurang. Apa yang wanita itu selalu buat di saat dia sedih rasa nak meraung? Dia letakkan tangan pada hati lalu tak putus-putus istighfar. Esoknya berjumpa suami dengan wajah yang manis seolah tiada tangisan semalam. Semuanya cuma pinjaman. Ingat Tuhan. Ingat. Ingat. Nak exam pun ingat Tuhan. Wanita tu nak exam tak jumpa suami tapi ingat Tuhan. Tuhan tak pernah mungkir janji atau menghampakan manusia. Ingat tu. Ingat
– Saya