Realiti nak kahwin. – 10:20 PM

Realiti nak kahwin.

Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab share kisah ini. Tiba-tiba terasa nak jadi writer pula malam ni. Tajuk realiti nak kahwin. Mesti semua yang bujang-bujang perempuan/lelaki beriya bacakan.

Dulu terasa macam nak kahwin ni simple sahaja. Kenal orang ni 5 tahun,tunggu sampai habis belaja terus kahwin. Simple kan?

Memanglah simple kalau semua perkahwinan awak tu DITAJA.? pernah fikir dak? Bila dah planning dengan pasangan nak kahwin. Tiba-tiba mak ayah tak bagi? Itulah realitinya. Kita merancang. Itu dan ini. Yang menentukan tetap Allah.

Saya telah pon merancang melangsungkan perkahwinan dengan seseorang. Dan kenal dah pon family antara kami. Bila mak saya buat keputusan tahun ni kenduri. Tak perlu tunang (ini realiti ye). Tahu ape yang berlaku? Tiada keputusan disebelah pihak sana. Tiba-tiba rasa macam apa yang jadi ni? Dah macam drama. Tapi bukan drama. Mak biasalah. Dengan excitednya. Beli kain. Beli baju. Saya yang tengok ni. Sedih. Fikir semula. Salah aku ke kenalkan orang ni dengan mak aku? Sedangkan kita tak fikir yang menulis qada' dan qadar kita itu Allah.

Astaghfirullahal A'zim. Mungkin ada dosa kita yang menghalang perancangan kita sempurna. Kita tak tahukan? Realitinya. Diri sendiri. Mampukah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri yang baik? Sedikit sebanyak perkongsian ini. Mungkin boleh membuat adik yang masih sebok melayan diri nak kahwin berfikir semula. Sudah cukupkah persediaan kita?

Saya sendiri kadang tidak bersedia menunggu jawapan dari pihak sebelah sana yang tidak kunjung tiba. Mungkin ada salah saya dengan Tuhan. Moga-moga kita semua diampunkan dosa dan dipermudahkan segala urusan. Doakan saya dapat jawapan yang baik dari sana.

– Si gemok

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *