Redha
Setiap perkara yg dilakukan dimulakan dengan Niat.
انما الاعمال بالنيات..
Nak study perlu niat kerana Allah @ nak raih redha Allah..
Bukan kerana nak kejar sijil Master @ PhD..
Bukan nak kejar gred 45@52 ..
Bukan nak dipandang alim @ hebat di sisi manusia..
SEBAB semua tu hanyalah Nilaian Manusia..
Kita semua adalah sama di sisi ALLAH & apa yg membezakan kita adalah nilai IMAN & TAQWA..
SYURGA itu Manis & Jalan ke Syurga itu penuh dengan onak dan duri..
Beruntunglah buat mereka yg Hatinya sentiasa dekat dengan Allah..
Sentiasa redha dengan ujian yg menimpanya..
Kadang pelik dengan sikap segelintir orang yg suka jaga tepi kain orang..
Katanya, " xperlu study tinggi2, tak perlu habis wang ringgit utk study, xperlu bazir usia dgn study, takkan nak study sampai tua, study je, bila nak kahwin? ".. pedulikan kata negatif manusia & berusaha utk raih redha Allah.
Sedangkan mencari ilmu itu merupakan fardu kifayah buat kita..
Nak dapat ilmu? Depan tv pun blh dgn tonton rancangan ilmiah spt, " Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Barakah, Forum Perdana, Cinta Ilmu TVAH, etc.. dengar radio ikim..
Kenapa kita perlu sibuk dgn anak orang, sedang nasib anak sendiri kita tak pasti.. dia sambung study pn bukan minta duit dgn mak orang . Jadi, lebih baik jaga tepi kain sendiri drpd jaga tepi kain orang. Tak untung sedikitpun.
Lagi satu, jodoh tu di tangan Allah, bukan di tangan manusia. Lecturer saya pernah ckp, "Awk sambung study, mungkin nak elak soal jodoh kan? "
U're right Dr.
TAPI kan.. setiap kali balik rumah, mesti mak tanya, "Dah ada calon ke? " .
"Jangan memilih sangat " .
"Habiskan master, then kahwin".
"Jangan sambung PhD selagi tak kahwin, nanti orang segan nak minta ".
Bukan mak saya je yg tanya soalan mcmni tapi family , rakan2,kawan mak..
Mak saya bimbang sbb umur sy dah lebih 25 & xsampai 30 lg.. Bukan saya tak try, tapi dah berusaha.. byk kali dah gagal. Saya cuma pegang kata2 Ustazah Dr Nik Salida, " Kadang yg lambat adalah yang Terbaik ".
Nak kata saya tak cantik, kawan sy ckp sy cantik je..
Agama pun ok, ( maaf, bukan nk puji diri sendiri ).
Kadang orang suka kt saya, tapi sy pula tak suka..
Kadang saya suka, orang pula tak suka,
Kadang sama-sama suka tapi banyak pula halangan.
Cuma satu je saya ingat, jodoh akan datang pada saat yang tepat. Mungkin saya belum bersedia. Mungkin saya tak cukup baik.
Doakan saya dapat habiskan Master dengan jayanya & setetusnya dapat sambung PhD.
#fastabiqulkairaat
#selfreminder
#redha
– jannah