Izinkan sy berkongsi sedikit pengalaman. Berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Sebelum sambung belajar peringkat ijazah, dulu sy ambil stpm atas kehendak ibu bapa sy. Memang xnak dan menangis2 sbb malu ke sekolah semula. Tapi mak sy sebut 1 ayat sahaja " mak ayah nampak jalan bila awak di f6". Setahun selepas itu, ya. Sy dapat tawaran ipta. Walaupun malas.
Sebenarnya sy nak tekankan redha mak ayah itu penting dlm apa jua kita lakukan meskipun kita sudah berada di zaman yg moden. Kakak sy berkahwin tanpa restu mak ayah. MasyaAllah. Kehidupannya sekarang sungguh menyedihkan. Berdepan dengan suami yg tidak menjaga solat, mertua yg cukup mengongkong dan ipar yg suka masuk campur menyebabkan mereka hampir bercerai. Berbekalkan kekuatan dr mak dan ayah, kakak masih teruskan perkahwinan. Lihatlah wahai kawan2, tersiat mcm mana sekalipun hati ibu ayah atas perbuatan kita, jarang sekali mereka membuang anak2 jauh dr hidup mereka.
Abang sy merupakan pegawai kerajaan dan bujang. Tidak pernah sekali beri duit belanja bulanan kepada mak ayah. Yes. Setiap bulan ada sahaja perkara yg melibatkan duit berlaku kpd abg sy. Kereta rosak, rumah sewa bermasalah, duit makan xcukup, duit hilang. Berbanding abg sy seorang lg dah berkahwin dan ada anak2. Setiap bulan akan bagi walaupun rm50 pd mak ayah. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus walaupun hidup sederhana sahaja. Benar org cakap kalau nak rasa kaya, hulurlah duit sedikit kepada ahli keluarga.
Dan sy? Biarpun belum berkahwin, sy byk belajar dr ahli keluarga sendiri. Ayah pernah berpesan, biarpun sudah bersuami,jgn pinggirkan pandangan mak ayah sendiri meskipun sy sbg perempuan wajib taat pd suami. Hargailah mak ayah sementara masih ada. Setiap kata2 dr mak ayah tu doa. Buat anda yg ingin berkahwin, sy berharap dapatkan redha mak ayah. Kadang2 naluri mak ayah nie kuat sampai diorang blh rasa akan ada sesuatu yg tidak baik dalam hati diorang sekiranya kita berkahwin dgn pilihan kita. Bagi yg dah bekerja kalau boleh utamakn duit utk mak ayah dahulu. Bg rm10 pon dah cukup kalau itu yg anda mampu. InsyaAllah akan muncul rezeki lain nanti.
– siti