Salam semua. Cerita aku ni adalah kisah benar jadi dalam hidup aku.
Tak tahu nak ketawa atau sedih dengan cerita hidup aku ni, korang judge la sendiri lepas habis baca.
Aku ni anak bongsu mak. Atas aku semuanya kakak2. Korang fahamlah bertapa tatangnya mak ayah kat aku.
Lepas aku habis degree, aku temu jodoh aku di alam maya. 3 bulan kenal, dia ajak aku kahwin.
Munirah namanya. Orangnya cantik, bekerja di sektor kerajaan sebagai pegawai.
Kalau diikutkan semua serba serbi sekufu. Family masing2 keluarga bekerjaya.
Aku bekerja sebagai akauntan di GLC. Kiranya bakal isteri tak perlu risau. Masuk rumah nanti cuci kaki je.
Yang jadi masalah lepas kami kahwin ni, mak aku. Apa yang Munirah buat ada je tak kena. Masak dah sedap, dikatakan masin.
Aku ni serba salah nak puji depan mak. Nanti datang angin jeles dia, aku dengan Munirah plak bermasam muka.
So, memang aku sedaya upaya elakkan mak datang rumah kami. Biar kami sahaja yang pergi melawat dia.
Munirah ni workaholic. Kerja siang malam.
Aku tak kisah, tapi aku akan bagi alasan kat mak aku, aku yang busy. Sebab tak nak mak aku masam muka dengan isteri.
Aku yang jadi orang tengah ni memang kena pandai main peranan. Jaga hati isteri dan mak.
Susah oii, tapi aku cuba sedaya upaya.
Bila Munirah beli barang, aku pesan… Guna duit aku untuk belikan something kat mak. Jangan dok post apa2 kat fb.
Aku pesan create fb lain yang takde ahli family kitaorang.
Biasalah perempuan, memang kalau boleh beli apa2, pergi mana2 nak post kat fb. Tu tanda diorang happy, bangga ada suami mithali, ceewah. Haha..
Balik je rumah mak, Munirah akan pakai biasa2 je. Barang kemas pun satu dua je nampak. So mak aku takde benda nak komplen.
Bila dah takde tajuk nak bising, mulalah dok desak kami bila nak ada baby. Nak cakap Munirah mandul lah tu.
Mak dan kakak2 aku dah mula bersuara. Aku memang tak nak Munirah tahu hal ni, sebab Munirah ada cyst.
Doktor cakap peluang mengandung tu ada, tapi ambil masa. Aku tak nak dia terasa hati dengan family aku.
So, aku dengan beraninya bagitau seluruh family aku, aku yang ada masalah kesihatan.
Pendek kata… Mandul!!!
Terkejut mak aku sampai menangis2. Kakak2 aku terdiam tak kata pape.
Mak aku sampai call Munirah nangis2 minta maaf.
Mulanya isteri aku macam pelik, sebab aku tak cerita apa2 kat dia. Tapi bila aku bagitahu hal tu, Munirah terdiam.
Mungkin dia rasa aku sanggup berkorban untuk dia sampai kata aku yang mandul.
Lepas pada episod tu, mak aku terus slow down. Dok puji isteri aku sebab sanggup kahwin dengan aku walaupun aku serba kekurangan.
Nasib baik dia tak heret aku pergi check kat doktor weii. Kalau tak kantoi aku, haha.
So dah 3 tahun aku dan Munirah, masih dalam fasa bulan madu.
Tapi ada jugak mak aku dok bawak balik ustaz2, bomoh2 nak sembuhkan aku.
Aku follow je, sebab aku tahu yang dok tilik2 ni bukannya betul sangat. Aku relax je beb.
Sebab aku tahu one day kami akan ada rezeki untuk menjadi parents.
Tapi kalau takde rezeki pun takpe… At least family aku tak kacau hidup kami.
Aku tak kisah if mak aku nak kacau aku seorang je. Tapi janganlah babitkan isteri tercinta. Jadi anak mak ni memang payah nak control keadaan.
Tapi itu saja jalan yang aku nampak untuk kebahagiaan semua orang.
Buat Munirah isteri tercinta,
“Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kerenah family abang. Happy anniversary yang ketiga sayangku. I love you.”
Ikhlas dari suamimu,
– Safwan Hensem (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit