Ramai sahabat yg tetibe berubah ke arah keburukan bila kena musibah … sedih …
Dunia ni penuh dgn ujian.
Kau pernah kena, aku pon pernah kena.
Ujian ni memang sakit. Memang pedih.
Tp ujian ni x lama. Sekejap sgt.
Cuba ingat balik masa kita sakit gigi pastu doktor gigi nak cabut gigi kita dulu2.
Doktor akan kata "Ok saya akan cabut gigi you ni. Tahan sikit ye"
Sakit tu memang sakit la wei. Tp kita tau yg doktor tu buat untuk kebaikan kita gak.
Dia akan kata "Ok tahan ye, 123" PLUKKKKK … gigi tercabut … Aduuuhhh!
Dia pon kata " Ok dah cabut, dah tak sakit dah, semua dah ok"
Kita pon rasa lega. Rupanya sakit sekejap je.
Samalah macam dunia.
Gigi kita kena tarik mungkin selama 70 atau 80 tahun paling maksimum.
Tp bila dah kena cabut, semuanya dah ok. Kau dah x sakit dah. Selama2nya.
Apalah sgt 70/80 tahun tu berbanding kehidupan yg infinity. Xde penghujung.
Pernah x kau timang anak/adik kau tinggi2.
Cuba tengok muka dia. Memang panik. Muka terkejut.
Tp bila dia jatuh balik kt tangan kau, dia ketawa. Dia suka.
Itulah Dunia. Kau dtg dri Tuhan. Kau akan kembali juga kepada Tuhan.
Memang ada satu masa kau akan panik. Tp cubalah relaks. Tenang.
Tangan yg akan sambut kau tu tangan yg baik. Tangan yang xkan mengapa2kan kau. Dia Ar-Rahman.
Ingat lg x masa kau mula2 belajar berenang?
Klau kau tanya aku, memang aku xkan lupa.
Cikgu aku pegang belakang aku. Dia kata "Relax completely."
Mase tu aku kata "Relaks? saya mcm nk mati ni cikgu kata relaks? Nanti tenggelam la saya" Cikgu tu kata "Tak, kamu akan terapung nanti"
Rupa2nya bila aku dah relaks, dengan sendirinya aku terapung. Aku dah x panik. Semuanya dah ok.
Itulah Dunia. Korang kena belajar relaks. Kita sekarang ada kt lautan Dunia.
Kita hanya perlu terapung je, jangan tenggelam.
Ada berjuta2 manusia kt luar sana yg dah tenggelam. Sebab mereka panik.
Bila ada ujian je mereka jd panik. Mereka merungut. Mereka mengeluh. Mereka marah. Mereka mula terpesong dari agama. Mereka x percaya pada rahmat Allah lg. Mereka mula membuat dosa. Mereka jd gila.
"Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir." Al-Ma'arij 19-21.
– Encik Kacang
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Ni ambik dari ceramah Syeikh Hamza Yusuf ni.
https://www.youtube.com/watch?v=G32w2F79kK8
nice write up!
well said bradur