Relationship Goals

Kalau perasan , currently tengah trending pasal seorang lelaki ni buat surprise untuk girlfriend dia .Layan girlfriend macam princess kemain . Siap dah viral merata rata website ,sebabbbbb… inilah yang orang kata " RELATIONSHIP GOAL" .

Tak perlu lah mention siapa kan , I bet ramai je dah tahu . Even aku asalnya tak kenal siapa diorang ni boleh teruih kenal sebab orang share kat facebook cerita pasal dorang .

tujuan aku menulis bukanlah untuk memburuk buruk diorang tetapi untuk mengingatkan balik diri kita , apa yang betul apa yang salah .

sebenarnya lama dah aku peghati lovebirds yang beragama islam ni , lagi lagi kalau dua dua tu sejenis public figure , insta femes , twitter femes dan lain lain . Kalau dah nama femes , haruslah ramai followers dan haruslah ramai yang memerhati .

Kalau dulu , bila aku nampak lovebirds ni post gambar berdua kat social media , caption sweet sweet , lepas tu ramaii gilaaaaaa lah yang komen kat bawah tu macam ,

" relationship goal "
" i-ship "
" untungnya si girl ni "
" bertuah si boy "

dulu aku tak rasa apa sangat , sebab seolah olah benda tu macam dah jadi trend , kalau tengok macam pfttt.. pfttt , pfttt .macam, alah , normal lah orang bercinta . pastu scroll bawah . Aku rasa ramai je yang rasa macam tu.

See,

punya lah benda tu dah selalu sangat jadi ,sampai orang tengok pun macam alah dah biasa kot . ramai yang bangga tunjukkan pasangan-belum-halal masing masing and berlumba lumba nak jadi pasangan ' relationship goal ' ,kononnya . As long as dorang belum tunjuk gambar yang melampau , setakat pegang tangan , peluk pinggang , kiss pipi , pipi berlaga apalah sangat *flip hair * . dah ramai buat tanpa segan tunjuk pada dunia , dah biasa . rilek rilek sudah .

" DAH BIASA "

kenapa aku tekankan ayat tu ? ayat " dah biasa " hanya akan terjadi bila ramai orang dah melakukan perkara yang sama and takda benda yang pelik lagi terhadap perbuatan itu . Kalau sesuatu perbuatan tu baru seorang atau dua orang yang buat dalam negara ni misalnya , orang tak cakap 'dah biasa' , orang akan kata ' luar biasa '

dan bila kata ramai dah buat dan makin bertambah dan makin menjadi ikutan , lagi lagi perkara yang suppose tidak patut dan tidak boleh dibuat oleh seorang muslim , kau rasa apa ?

Nampak tak betapa lemahnyaaa iman kita anak anak? , kau yang tak terlibat dalam couple-tak-halal ni jangan nak rasa kau terselamat kalau dalam hati kau still boleh chill chill tengok kemungkaran terang-terangan .

ada satu benda ni aku rasa semua orang dah belajar masa sekolah . Aku pun dah belajar tapi serious aku cakap , aku hampir terlupa pasal ni , sampai lah satu hari aku pergi satu talk ni , aku diingatkan balik .

kata penceramah tu ,
kemungkaran ni boleh dicegah dengan tiga cara .
satu cegah dengan tangan ( kuasa )
kedua cegah dengan lidah (lisan)
ketiga dengan hati ————> dan ini lah cara SELEMAH-LEMAH IMAN dalam mencegah kemungkaran .

Kata beliau , kalau dalam hati pun takde rasa benci , takda rasa marah , rasa biasa je kat perbuatan mungkar . taktahulah nak cakap iman kita cemana .
Masa tu aku macam Ouch gila , aku baru tersedar sebab aku antara orang yang pernah rasa benda tu biasa dan boleh watlek watpeace je . Astaghfirullah .

Kalau lah kita pun tengok orang islam buat kemungkaran terang-terangan macam couple-tak-halal and etc kita boleh rasa biasa , siap boleh komen " relationship goal " la " i-ship la" sambil berharap kita pun nak jadi camtu , aku tak tahu nak cakap apa .
Kalau membenci dalam hati pun dah dikata selemah lemah iman , kalau takde rasa benci ?

kau faham tak rasa tuu ?? do you feel me ??? T.T

Mari le sesama kita bermuhasabah diri .Jangan jadi kan kemungkaran tu perkara biasa . Kita kena pandang pelik pada perbuatan mungkar .( pandang pelik ? hmm , apa eh ayat yang sesuai , acano kalau 'kita kena memelikkan perkara2
mungkar sampai orang malu nak buat pastu tak buat dah , you get me ? tolonglah faham apa aku nak sampaikan T.T)

Masih belum terlambat untuk menjadikan umat islam lebih baik di masa hadapan .

– nymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

45 Comments

  1. Bila hati dah x rasa apa terhadap kemungkaran depan mata, tu lah tanda kita sendiri dah redha dengan kemungkaran tu.
    Malah bersuka-ria dan cemburu2 pula minta yang sama berlaku padanya.
    Tanda masyarakat semakin sakit.

  2. Sy xda la pkai mcm ustazah..tp bila bg jwpn kpd lelaki, sy x suka kapel2. x minat dating, call gayut2, or even keluar mlm.ada respon yg diberikan sesetengah lelaki, ”poyo la awak ni”..xpa, biar poyo jnji rsa dri ni terjaga.

  3. Me too. Yes,before this i pun jahil. Sumpah! jahil ya amat,then i get married. And now,i know this is totally wrong. Xmampu nk cegah dengan perbuatan or lisan,cegahlah dengan hati. Thanks sis for reminding me again!

  4. aq baru je terbaca pasal couple tu.. i guess tulah couple yang author ni ckp. terasa gak sbnrnya dgn artikel ni. aq pon rse mcm bnda tu dah biasa. maybe sbb time bljr dlu, mcm2 aq jumpa. cium laga pipi pon kwn aq blh melonjak happy.katanya, ‘sweet, romantic’. yg lg sorg dok ckp,’sweetnya’. lama2 nmpk apa pon jd lali. bukan nak salahkan diorg. salah aq lah, iman tipis sgt. tq author. aq nk muhasabah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *