Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-suami-aku-gay/).
Hai assalammualaikum dan happy 2024, alhamdulilah dah masuk 2024..
Sebelum itu, aku just nak kenalkan nama ku Aliya.. Aku pernah post dalam ni mengenai suami aku. Aku keliru sama ada dia gay atau biseksual.
Untuk pengetahuan pembaca semua. Alhamdulillah selepas didesak untuk dilepaskan akhirnya dia lepaskan juga aku.. Mungkin minggu depan dia akan uruskan urusan cerai kami.
Kali pertama dalam hidup aku. Aku rasa tenang sangat2. Sehari sebelum dia cakap lepaskan aku. Aku ada buat solat istikarah. Dan alhamdulilah Allah jawab doa aku.
Tengah hari itu dia datang bersama mak dan abang dia. Niat asal dia mahu datang ambil pakaian dia.. Dan masa tu terus dia bagi tahu dia dah bersetuju lepaskan aku..
Pada mulanya aku terkejut, ketika itu aku rasa marah pada dia. Dia hilangkan diri selama 3 hari. Aku biarkan dia bertenang dan aku berharap sepanjang dia hilangkan diri dia dapat fikir baik2 untuk betulkan keadaan.
Tapi aku silap. Mungkin duduk dengan mak dia.. Mak dia dah cakap macam2. Oh ya, mak dia pon dari awal pergaduhan kami pon dia cakap bercerai la kalau tak serasi.
Dia beritahu aku, dia ingin berpisah sebab aku sendiri yang memaksa dia. Sejujurnya aku berharap dia berubah tapi sangkaan aku meleset, dia tak mahu teruskan perkahwinan kami. Aku terima bila dia cakap macam tu.
Lepas dia ucapkan aku hubungi abang ku. Beliau datang rumah menjadi orang tengah untuk berdamai. Tetapi ex suami dengan rasa yakinnya dia beritahu nak juga berpisah. Saat itu hati aku dah tertutup untuk dia.
Tetapi saat abang aku tanya perkara tentang WhatsApp lucah sesama lelaki dia beritahu dia tidak kenal lelaki itu, bila ditanya sekali lagi lain jawapan dia. Dia cakap dia mahu jual product sahaja dan dia cuma melayan dan tidak lebih2.
Oh ye, aku pernah jumpa lebih dari 3 orang lelaki yang dia wasap. Dan semua wasap itu adalah perkara yang lucah sahaja. Tiada yang melibatkan urusan jual beli product. Tapi lebih kepada keinginan ex suami nak beli spender lelaki itu adalah.. hihihi.
Dia call abang aku yang lain, dia menangis2 beritahu dia tidak buat semua itu, beritahu pada semua orang dia tidak buat semua itu. Tengkorak dia.. Abang aku senang je ko dah buat silap kenapa tidak mahu mengaku. Dan kalau betul kau gentleman beritahu pada isteri kau sndiri. Kata abang aku.
Bila aku bertanya, dia masih tak nak mengaku. Dan diakhir perbualan kami semua. Depan abang aku, mak dan abang dia. Dia mengaku semua yang berlaku memang salah dia. Dan untuk tidak mahu sakiti jiwa aku, dia lepaskan aku.
Aku tunjukkan semua chat lucah pada abang2 aku. Aku ceritakan semua perangai dia. Dan abang aku mengakui ciri2 dia ini kearah biseksual.
Walaupon dia melayan aku dan melakukan hubungan kelamin dengan isteri, dia juga boleh berubah nafsu ke arah lelaki. Dan abang ku kata baik la berpisah sebelum lebih jauh masalah ini.
Aku sendiri pon tidak tahu bila bermula perangainya ini. Mungkin dia kahwin dengan aku hanya sekadar untuk menutup perasaan dia dan andainya kami ada anak itu bonus buat dia untuk terus berselindung.
Alhamdulilah di tahun 2024 Allah beri aku jalan yang terbaik. Aku yakin perancanganNya sangat baik. Pasti ada hikmah terbesar buat aku dan dia.
Pada ex suami saya maafkan semua kesilapan awak, saya minta maaf sepanjang kita berkahwin saya tidak dapat memahami awak dengan baik, tidak dapat beri zuriat kepada awak dan tidak dapat jadi isteri yang baik untuk awak.
Cuma saya berharap andainya awak masih sayangkan saya, saya mohon ikhlaskan hati awak untuk lepaskan saya. Izinkan saya cari maruah dan harga diri saya yang telah awak pijak lumat. Izinkan saya cari kebahagian saya sendiri.
Kepada pembaca semua, terima kasih atas nasihat dan doa kalian, yang baik datang dari Allah juga, yang silap datangnya dari kelemahan diri kita.
Assalammualaikum..
– Aliya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah akhirnya berpisah juga sis. Macam mana la sis boleh terkahwin dengan org mcm ni. Seram pulak rasa. Nak kena selidik betul2 latar belakang dia .