Assalamualaikum, aku baru baca confession kau, https://iiumc.com/benarkah-
Umur kita sama dalam 20-an. Sayang betul, kau muda lagi, kenapa kau jerat diri dengan PL. Aku tak faham kenapa perlu amik PL hanya untuk kawin, malu ??
Kau dah start kena tanam sikap pergi lantak la orang sekeliling even family pun. Dorang tak bagi makan pun kalau kau susah.
Sepatutnya bila tunang kau kantoi tak kumpul duit kawin, kau patut blah dah. Ikutkan dia amik PL buat apa, yang terbeban kau. PL ni interest dah la cekik darah.
Patutnya masa plan nak nikah tu plan buat kecik² je, apa² jadi yang terbeban lebih selalunya perempuan atau senang citer orang yang banyak berkorban yang akan lebih terbeban, dalam kontex cerita kau ni kau la akan terbeban lebih.
Aku sebelum nikah, aku sembur laki aku (time tu belum kawin so sembur² ni okay laa lagi, bila dah kawin aku hormat dia cuma bila ada benda tak okay aku tegur dengan tegas sebab aku anak sulung, suami aku anak bongsu),
Aku tanya kau memang dah bersedia nak kawin ke, kau tau tak tanggungjawab suami tu besar bukan boleh buat main.
Aku sembur memang sembur tapi aku mudahkan urusan dia, aku mintak mas kawin je 5k (setiap bulan aku pastikan duit kawin masuk dalam bank aku dan aku terus tukar kepada emas supaya time nikah tak kelam kabut,
Semua tu untuk simpanan aku akan datang), hantaran takde. Baju nikah aku yang decide nak beli kat shopee baju kurung dan baju melayu 1 set. Tu laki aku tanggung. Aku dah mudahkan dia so takde aku nak bantu.
Btw, aku datang dari keluarga berada, suami aku datang dari keluarga biasa². Even though aku dari family berduit tapi aku jenis tak suka menyusahkan family dan tak suka susahkan diri sendiri.
Kepala otak aku jenis simple, so aku memang tak pedulik bab kawin besar² ni, kalau boleh lepas nikah je nak balik rumah, makan dan rehat.
Aku tak nak sesiapa pun penat dan susah sebabkan aku. Kawin ni penat, aku dah la cepat drain.
Kitorang kawin buat sebelah pihak je (pihak aku) aku takde nak membazir buat dua² belah.
Kalau ikutkan lagi bagus tak payah buat, tapi apakan daya anak sulung dan cucu sulung family nak taknak aku dengar je cakap parent aku untuk menghadirkan diri (buat hari yg sama dgn nikah, sekali je penat).
Ditakdirkan, Allah nak uji, laki aku diberhentikan kerja beramai² atas alasan tak datang kerja (padahal laki aku workaholic, tak pernah cuti pun, hari raya pun dia kerja memang fishy la).
Kau bayangkan lelaki workaholic dengan gaji besar tiba² diuji jatuh terduduk macam tu masa tu lagi berapa bulan nak kawin.
Tau apa aku buat, aku cakap dgn dia lek je, Allah tengah uji ni, aku dahulukan duit aku, suruh dia buat shopee food, at least ada duit sikit untuk tampung diri dia
(Masa bujang dia duduk dengan family so dia bagi banyak la kat family dia, internet semua dia bayar, takde sape tolong walaupun adik beradik ramai dan dah bekerja, semua tanggungjawab atas bahu dia,
Bila kena buang kerja, laki aku kurangkan bagi duit, bagi tetap bagi, tapi kurang sebab masa tu pun dah nak kawin so banyak kena guna).
Aku pernah tanya kalau² dia nak tangguh sebab aku kesian kat dia takut dia rasa terbeban, tapi Allah Maha Baik, Allah mudahkan perjalanan kitorang, smooth dan cantik je.
Mak dia pernah jugak jumpa aku nak bincang sebab nak suruh laki aku keluarkan kwsp untuk kawin (sebab time boleh keluar dulu adik beradik laki aku semua keluarkan duit kwsp memasing, laki aku je aku tak bagi), direct aku cakap memang aku tak bagi sebab tu untuk masa depan dia.
Untuk hari tua dia. One day kalau aku dah takde dan dia dah tua sape nak jaga dia kalau dia tak berduit. Terdiam terus.
Aku tak pedulik la kalau nak kata aku control duit laki aku, memang, sebab apa² jadi pada aku, laki aku nanti tak ada apa². Family laki aku jenis kedekut, laki aku pun tau tu.
Kedekut sampai tahap nak beli sepotong kek yang harga RM10-RM20 pun boleh bawak bertekak.
Lepas habis belajar, laki aku terus bekerja, dia taknak sambung degree padahal dah dapat tawaran, dia kata degree banyak belanja, takde sape nak dahulukan duit untuk beli barang keperluan pertama sementara dapat ptptn.
Terkedu aku, dari situ aku kenal family laki aku macam mana. So awal² aku dah cakap lepas kawin kita duduk sendiri, susah ke senang, makan nasi dengan garam sekali pun kita tanggung sendiri, tak payah susahkan sesiapa termasuk family.
Selama banyak ujian happen, aku tak pernah suruh laki aku buat PL dan laki aku tak pernah sekali pun mintak aku buat PL sebab terang² dia nampak aku tak suka berhutang.
Aku punya tak suka berhutang sampai tahap kalau aku pinjam RM1 aku takde cash time tu, aku akan pastikan aku bayar cepat, kalau tak dapat bayar aku akan mula stress.
Kalau aku ni kau dan tunang aku suruh berhutang memang aku dah bagi makan tapak kasut dan blah dari hidup dia.
Buat apa jerat diri sendiri atas alasan “sayang”. “Sayang” tak semestinya memiliki, kalau memiliki pun tapi terseksa, baik blah dan hidup dalam kenangan yang gembira.
Rugi weh berhutang, hidup terlalu singkat untuk kau renggut kedamaian hati dan ketenangan jiwa kau kerana hutang. Takde makna pun nak grand², aku yang berduit pun just nak jalani hidup sederhana.
Aku buat degree semua aku bayar dengan titik peluh aku yang Allah kurniakan, rezeki aku yang Allah bagi tu la aku beli buku dan sebagainya (lepas spm, aku terus meniaga online,
Lepas tu aku laburkan kat beberapa tempat patuh syariah dan beberapa instrument kewangan lain salah satunya yang common iaitu ASB)
Aku memang tak berbelanja suka hati, aku bukan up to date punya perempuan, pendirian aku biar pakai biasa² tapi duit kepuk². Pakaian aku cuma jeans, tshirt, bawal RM15 dan sneakers dari dulu sampai sekarang. Duit aku just habis kat family n makanan je.
Make up pun aku kurang guna kecuali sunblock sebab aku tak suka bersiap lama². Aku terlalu cermat berbelanja dan aku pastikan duit yang aku keluarkan mesti berfaedah macam sedekah, bantu orang or untuk belanja family makan dan sebagainya.
Aku kurang berbelanja (untuk kehendak sendiri) dan aku tak suka tambah komitmen (hidup aku dah tenang tanpa hutang, if nak apa² aku beli cash, aku ikut cara family aku) prinsip aku tak mampu jangan berlagak mampu memalukan dan menyusahkan diri sendiri.
Kalau mampu, silakan spend puluh ribu sekali pun, IDGAF. PL adalah komitmen yang secara terang² mencuri duit kau tanpa bagi manfaat.
Pada aku agak bodoh laa, bodoh sebab kau ada pilihan lain tapi kau pilih gak untuk jerat diri. Adoiiii..
Nasib baik kau bukan kawan aku, kalau kau kawan aku dah lama aku ketuk kepala kau sebelum kau terjerumus. Haishhh. Pemikiran kita jangan singkatkan, sayang macam mana pun tak perlu sampai bebankan diri sendiri.
Macam tadi aku terbaca someone cakap kat komen confession kau “kau hanyalah isteri yang boleh ditukar ganti”. Gitu la bunyi dia kalau aku tak silap.
Memang ayat dia menyakitkan hati tapi ada betulnya, macam tu gak kau kena ingat “lelaki juga boleh ditukar ganti selagi kau belum bagi dia amanah dari lelaki biasa bertukar status sebagai suami untuk pimpin kau”.
Aku pun muda gak time kawin, tapi sebab aku perempuan yang langgar je semua so aku sangat outspoken untuk diri aku dan kebahagiaan aku. Aku belajar dari pengalaman orang sekeliling, dari pembacaan dan confession² macam ni.
So suka tak suka aku tak pedulik, kalau nak aku ikut cara aku. Tak suka boleh angkat kaki jalan. Allah bagi kita pilihan. Setiap pilihan tu akan ada akibat yang kita kena tanggung. Itu realitinya.
Masa still berkawan aku bagitau siap² laki aku, aku nak duduk asing dari family semua. Jauh takpe, tak kesah la dia nak sewa or beli or apa je, kecik, besar, reban sekali pun aku tak kesah, aku nak masing² belajar berdikari.
Aku ajar dia untuk bertanggungjawab. Awal² aku dah warning, lepas kawin “jangan sesekali kita menyusahkan family”, takpe kalau makan nasi dengan garam sekalipun.
Apa yang ada je makan, susah pun diam² je, jangan meminjam kat family, macam mana pun kita usaha sendiri sebab pada aku once dah buat keputusan nak kawin maknanya masing² dah bersedia untuk berkorban segalanya dan start galas tanggungjawab.
Memang aku ajar laki aku cukup². Supaya dia tau bukan senang nak jadi suami ye. Allah bagi rezeki bukan rezeki semata tapi hadirnya rezeki bersama tanggungjawab, tanggungjawab tu yang akan ditanya diakhirat. Ingat senang ke.
Pasal mentua kau yang sebok nak buat kenduri bertandang, lantak laa, tak payah keluar sesen pun. Tak payah pedulik la manusia jenis selera² sultan ni.
Letak dalam kepala otak kau “dorang yang nak buat, dorang yang keluar belanja”. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu, jangan acah² terpaling mampu.
Tak payah tunjuk terpaling menantu sangat. Dan tak payah nak impress orang or nak mengikut sangat nafsu orang tua² padahal tak rela.
Aku pun dah kawin aku tau macam mana. Aku tak pernah try nak impress dorang pun sebab kena sedar menantu hanya menantu tak lebih dari tu.
Kalau tak mampu dan tak suka bangkang je, jangan ikut malas kau nak hadap, bila ikut malas kau, tu tawar hati, ada masa memang kena perang, supaya kau tak kena pijak.
Tapi jangan kurang ajar, kalau kurang ajar tu melampau just bangkang dengan tegas, itu tunjukkan yang kau ada prinsip dan pendirian dan takde sape boleh gugat tu.
Kitorang bila dah kawin, kitorang memang duduk jauh, Alhamdulillah ada rezeki yang baik untuk laki aku.
Aku support career dia walaupun terpaksa berkorban sementara ni memandangkan tempat aku stay memang tak banyak kerja kosong office. Alhamdulillah, Allah bagi makan cukup.
Walaupun aku datang dari family berada tapi aku tak takut untuk mula dari bawah.
Memang dari dulu aku tak mengharapkan bantuan manusia, aku nak rasa berdiri atas kaki sendiri sebab aku sentiasa fikir, yang berduit tu family aku, aku masih 0.
So aku kena cari harta sendiri, duit sendiri, memang dari kecik aku sentiasa berfikiran 10-50 tahun ke depan.
Time sekolah rendah aku dah mula fikir macam mana nak cari duit supaya dapat simpan at least 12 bulan gaji, hanya sebab cikgu aku trigger otak murid² dia dengan ayat “simpanan kena buat in case apa² berlaku”.
Kau bayangkan padahal time tu aku patutnya menjalani hidup aku macam kanak² normal yang lain. Aku tak pernah mintak apa² kat parent aku dari kecik hanya sebab aku tak nak dorang susah. Padahal dorang lebih dari mampu serba serbi.
So dari situ starting aku belajar uruskan duit dan financial sendiri sebab tu aku bangkang buat loan hanya untuk hari bahagia yang tak sampai sehari (suku hari je la pun, 11 – 5 petang) sebab yang sakitnya lebih banyak dari yang gembira.
Serious ye, kita tak tau bila² masa je kita boleh dibuang kerja.
Ingat tu sebelum nak buat apa² komitmen jangka masa panjang lepas ni sebab dengan harga barang semakin “marhaen” dan OPR yang semakin “menurun”, kau akan rasa beban.
Tapi takpe belum terlambat untuk kau katakan TIDAK untuk pembiayaan majlis bertandang nanti.
Biar la laki kau yang fikir, letak tanggungjawab atas bahu dia, kau buat keras kau, buat kepala otak kau, buat bodoh macam batu je. Apa orang nak caci maki, tutup je telinga, tak payah amik hati, amik hati tak selesai masalah kau.
Daripada amik hati baik kau sound laki kau je bagi sedar sikit supaya kepala dia yang benak tu berjalan balik mana tau sel² otak tak berhubung ke.
Tegur sikap suami tak berdosa, kalau sikap tu dah boleh jatuhkan dia dalam neraka, tak berdosa kau tegur, tapi kena hormat. Kita tegur sebab kita sayang, kita nak selamatkan dia dari culas dan diazab.
Sebagai isteri aku pun keluar gak duit untuk belanja lepas kawin dulu, beli barang dalam rumah sebab aku tau laki aku masa tu memang 0. So aku willing bersama dia mula dari bawah.
Alhamdulillah Allah maha baik, sekarang walaupun tak mewah macam masa aku bujang tapi cukup makan. Duit suami aku 100% untuk sewa rumah, makanan, utiliti, dan komitmen lain macam internet dan hibah.
Aku duduk rumah or suami akan angkut aku kalau dia kena outsation, so aku ikut dia ke mana² buat masa ni sebab masih dalam proses cari kerja sesuai yang laki aku izinkan (office la atleast, yang bukan shif sebab laki aku selalu outstation so dia risau aku balik sorang).
Kami pun tak merancang untuk ada anak dalam masa terdekat. Maybe one day. Insyaallah.
So kau fikirkan la ok yang mana baik dan buruk, sebab once dah kawin kau kena lagi banyak berfikir sebelum buat keputusan besar. Apa² pun keputusan di tangan kau.
Aku harap lepas ni fikir dalam² sebelum termakan dengan ayat sesiapa, simpan sikit kepercayaan tu dan letak sikit curiga dan ragu². Tu yang buat pemikiran kita balance.
– Coffee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit