REPLY: Cur4ng Su4mi Pendosa

Hi, aku nak reply pada confession curang suami pendosa (https://iiumc.com/cur4ang-su4mi-pendosa/).

Aku seorang isteri dan ada suami yang sama perangai macam TT luah kan itu.

Yes memang wujud dan sangat ramai dikalangan lelaki pada zaman sekarang. Suami aku firstime aku kenal dia seorang yang baik, pandai, sekolah menengah di SBP dan hormat orang tua.

Kira macam pakej. Ada rupa juga lah. Dan waktu kenal aku dengan suami dulu sebelum kami kawin lebih kurang 5tahun tapi kami jarang jumpa dek kerana

Rumah kami jauh dan tempat study pun jauh.

Sebenarnya Alhamdulillah juga jauh macamni Allah jaga dari berlaku perkara bukan bukan kalau dah dekat selalu pulak jumpa.

Tapi masa kitaorang jumpa pun suami aku tak pernah sentuh dan kalau aku cuba nak sentuh dia pun lari. Aku test je nak sentuh dia sebab aku nak tengok dia ni jenis gatal miang tak.

So waktu tu aku fikir wah baguslah suami aku bukan jenis yang suka ringan2 sebab sebelum kenal suami aku ada ex boyfren yang perangai S£x addct!0n juga dan suka ajak aku buat benda bukan2 dan aku terus tinggal.

Jadi selepas jumpa suami aku cuba test dan tak nampak pun kelakuan yang se begitulah.

Next kami kawin dan aku dilayan bagai puteri. 3bulan after kawin aku mengandung. Dan urusan rumah semua suami aku yang uruskan. Aku pula masa tu sibuk kerja dan cepat penat.

Dalam 5 bulan aku pregnant aku perasan suami aku suka main phone tapi kalau aku nak tengok dia terus tutup.

Ajak sembanglah apa lah. Selalu macam gitulah. Kadang2 aku nampak dia bawak phone masuk tandas.

Aku tanya dia kata main game sambil yak. Amboii kau.

Maka kehidupan aku dan suami diteruskan seperti biasa, cuma masa pregnant aku akui kami jarang bersama sebab aku mudah penat dan kurang rasa itu.

Tapi suami aku layan mengidam aku dan uruskan kerja rumah macam biasa.

Sampailah satu hari dia tengah main phone lepastu aku nak pinjam tunjuk dia something, dia tak bagi tapi aku paksa juga nak, masa tengah aku pegang phone naik notification twiter balas komen macam tu.

Tapi yang aku pelik dekat Twitter suami aku dia takde berborak pasal makanan tu. Aku pun apa lagi terus jadi detective. Hahaha

Hari2 aku berdoa pada Allah tunjukkan bukti kalau suami aku curang. Dan selepas 3 bulan maka Allah kabulkan doa aku.

Sebenarnya hari2 aku check phone suami masa dia mandi, tapi memang clear ya, satu hari dia mandi aku check dan kantoi yang rupanya dia ada Twitter darkside.

Aku sampai terduduk baca semua chat dalam tu. Sumpah aku terkejut sangat. Aku tak sangka. Kecewa sakit hati semua ada. Aku nekad nak cerai tapi waktu tu aku nak melahirkan anak sulung kami.

Dan suami aku menangis sujud kaki aku minta maaf. Tapi aku murung la juga sebab dia curang dengan aku dalam darkside tu hampir 6bulan weh.

Dan aku terpaksa maafkan sebab malu pada keluarga, dengan aku nak melahirkan anak lagi. Allah berat sangat dugaan aku rasa. Kecewa apatah lagi.

Hati aku tawar dengan perangai terkutuk dia. Tapi aku teruskan juga perkahwinan sebab anak aku baru lahir masa tu. Dan dia mintak peluang untuk berubah.

Tapi 6 bulan kemudian berlaku lagi. Kali ni m Allah beri petunjuk dekat aku cari bukti2 yang dia ada darkside baru pula. Tapi masa tu dia sempat buka darkside baru dalam sebulan je.

Oh lupa darkside lama dia bagi aku tukar password dan dia tak dapat buka dah. Yang baru tu kantoi sebab dia ada bagitau nak makan something dan dia tulis juga dekat situ. Aku tanya dia nak berubah atau pisah?

Of course dia nak berubah. Maka peluang lagi sekali aku beri. Tapi masa ni aku dah bagitahu parent aku nak berpisah sebab dia dah tipu aku kali kedua. Tapi nasihat orang tua, sabar dan bertahan.

Last aku beri lagi peluang tapi dalam masa sama aku sedar, pasti ada juga kekurangan aku sebagai isteri sebab dia jadi gitu. Dan aku juga kena berubah.

Suami macam ni wife pun kena support untuk suami berubah. Kepercayaan aku kat dia dah 10% je tapi hari demi hari aku nampak dia makin berubah.

Anak kami dah makin besar jadi dia pun sibuk layan anak. Aku pula kena extra loving dekat dia. Selalu ajak dia sembang, support apa yang dia suka dan every weekend kami akan keluar jalan2 taman, mall etc.

Kalau tak keluar pun suami akan berkebun. Habit yang suka main phone duduk sorang memang kena buang kalau nak berubah. Apps twiter pun suami dah delete.

Benda ni dah 4 tahun lepas berlaku. Dan Alhamdulillah sekarang suami dah tak tengok benda mengarut macam tu. Kepercayaan aku dekat suami sekarang pun bukan lah 100% sebab parut lama sukar di lupakan.

Kami pun sudah jarang gaduh dan lebih banyak meluahkan dari simpan sendiri. Kalau nak terus mintak, aku selalu pesan macam tu pada suami.

Yang paling penting sebelum buat hal, ingat anak dan mak kamu. Dulu pun aku ugut juga nak bagitahu mak dia. Hahaha.

Jadi begitulah kisah dari side isteri yang ada suami mcm TT tu. Sila lah berubah ya. Buang terus apps yang boleh anda buka untuk melayan benda2 tersebut.

Kalau sayang isteri berubahlah. Belum terlewat. Kecewa memang kecewa, tapi selagi peluang masih ada sila hargai.

– Sasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *