Cerita Encik Pengusaha Mithali, (https://iiumc.com/dayuskah-aku/) sedikit sebanyak berkait dengan cerita perkahwinan saya.
Saya merupakan seorang isteri kepada seorang suami yang mithali dan sangat rajin menjalankan tanggungjawabnya.
Apa yang encik lakukan (mengemas rumah, cuci tandas, buang sampah) juga dilakukan oleh suami saya.
Agaknya para suami/lelaki banyak tidak tahu bahawa dalam hukum islam itu sendiri, kerja rumah adalah tanggungjawab suami. Ini dijelaskan oleh ustaz ustaz dalam ceramah.
Namun, menjadi tanggungjawab isteri jika suaminya minta untuk ditolong.
Isteri dikenali sebagai Queen of the house/Manager. Sebelum berkahwin, saya sudah katakan pada suami, saya tidak akan buat kerja rumah sendirian.
Saya bekerja dan dia bekerja. Perkahwinan adalah kerjasama antara dua individu.
Jadi, saya sudah tetapkan tugas apa yang dia perlu lakukan dan tugas apa saya akan lakukan.
Kebanyakan kerja berat, kerja kotor (cuci toilet) dan kerja di luar rumah (buang sampah, ampai kain) akan dilakukan oleh suami saya.
Manakala, kerja ringan (lipat kain, sapu sampah, masak) akan dilakukan oleh saya.
Kami tidak pernah mempunyai masalah beban membebani kerana ini adalah apa yang dipersetujui sebelum berkahwin.
Kesilapan encik adalah memanjakan dan tidak meletakkan satu garis “border” sehinggakan isteri encik naik kepala.
Namun, jauh sekali tanggapan encik tentang encik adalah isteri dan dia adalah suami itu benar. Perempuan tidak di isterikan untuk menjadi orang gaji.
Begitu juga suami. Adakah jika isteri encik yang berada di tempat encik (melalukan semua kerja rumah), encik akan anggap itu adalah betul?
Bukankah itu seolah olah meletakkan dia sebagai orang gaji?
Memang benar kebanyakan orang tua, ibu lebih banyak membuat kerja rumah dan ayah seperti raja.
Tapi saya kurang setuju dengan anggapan encik tentang ibu bapa mertua sudah ada ‘mutual understanding’ hanya sebab ibu mertua memilih untuk membuat semua kerja rumah.
Penulisan encik seolah olah ingin memperlakukan isteri sebagai orang gaji sedangkan hukum islam itu sendiri kata kerja rumah adalah tanggungjawab suami.
Pada pendapat saya, encik perlu meminta tolong isteri dalam membuat kerja rumah. Contoh, baju perlu dibasuh selang sehari. Dan encik perlu monitor.
Jika dia terlupa atau malas lakukan, encik kena paksa dia buat. Lama kelamaan, ia akan menjadi rutin.
Tapi jangan pula menyuruhnya melalukan SEMUA benda sehinggakan encik hanya duduk goyang kaki sahaja.
Ketahuilah, itu adalah isteri, bukan orang gaji. Tugas rumah perlu dibahagi.
Ini adalah cara saya educate suami saya. Dia juga dibesarkan dalam keluarga dimana ibunya melakukan semua kerja rumah, manakala ayahnya tahu menghembuskan asap rokok saja.
Jadi, di awal perkahwinan, saya sudah meletakkan garis ‘border’ yang dia perlu patuhi.
Macam queen control kan? Tapi bukan. Ini adalah cara untuk mengelakkan terjadinya perkara seperti yang encik rasakan sekarang.
Jangan diberi muka dalam mendidik. Untuk menjadikan sesuatu rutin, ia akan mengambil masa.
Bersabarlah dalam mendidik kerana sebaik baik suami adalah suami yang merendahkan egonya.
– Seorang Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit