Mentally Exhausted

Assalamualaikum semua. Maaf confessionku sedikit panjang namun aku cuba ringkaskan. Aku mengambil masa berminggu juga untuk tulis confession ini supaya lebih mudah difahami.

Aku perkenalkan diriku, namaku Lily, awal 20-an, suamiku aku gelarkan Abu, seusia denganku. Usi perkahwinan kami belum setahun dan sekarang aku tengah mengandung 5 bulan.

Kami berdua berasal dari negeri yang sama iaitu utara tanah air. Aku bekerja sebagai seorang eksekutif disebuah syarikat swasta di ibu negeri manakala Abu bekerja sendiri.

Aku dan Abu berkahwin atas dasar suka sama suka. Tempoh perkenalan kami adalah selama 2 tahun. Aku tertarik padanya kerana dia nampak seperti ‘seorang lelaki yang baik dan sukar ditemui pada zaman ini’.

Hal ini kerana, sewaktu perkenalan kami berdua, dia tidak pernah mengambil kesempatan keatas diriku. Dan dia seorang yang sangat menghormati orang tua dan bekerja keras. Namun, dia tidak pernah memberi layanan romantik terhadap diriku.

Contact pun hanya bila perlu sahaja. Tiada conversation yang sia-sia. Whatsapp seminggu sekali adalah perkara biasa. Aku tidak tahu adakah itu perkara baik atau buruk kerana bagiku asalkan dia serious dan jujur terhadap hubungan kami itu sudah cukup.

Pada fikiranku, romantik dan lain2 itu boleh dipupuk setelah berkahwin. Tapi kadang2 ada juga rasa sunyi namun aku tidak mencari lelaki lain. Hatiku hanya padanya sahaja.

Aku fikir positif sahaja. Lagipun dia juga menunjukkan kesungguhan untuk berkahwin kerana bersusah payah mengumpul duit untuk majlis kami.

Sebelum berkahwin, kami sudah berbincang dan menetapkan bahawa rumah baru keluargaku adalah tempat kediaman kami namun rumah itu belum siap. Kami tinggal di rumah mertua buat sementara waktu. Kami berjanji akan pindah setelah rumah itu siap.

Namun lama kelamaan, Abu seolah2 keberatan mahu pindah ke rumah keluargaku. Dia sering menangguh2 urusan perpindahan atas alasan dia banyak melakukan kerja di rumah itu sbb dia seorang freelance, jadi maksudnya rumah beliau adalah “office” dia.

Bagi aku semua itu tiada masalah walaupun dia tinggal d rumah keluargaku kerana habis kerja dia boleh balik saja. Jarak rumah mertua ke rumah keluargaku hanyalah 15-20 minit.

Suatu hari kami dua bergaduh. Dia mengatakan kepadaku bahawa dia tidak mahu tinggal lagi di rumah keluargaku.

Dia buat begitu atas alasan mahu “menghukumku” kerana perangaiku buruk katanya. Puncanya, aku merajuk kerana dia kurang memberi perhatian kepadaku.

Abu juga menuduhku tidak menjaga kain baju dan makan minumnya. Padahal aku buat semua itu, aku ada memasak untuknya. Tapi aku tidak dapat masak full course untuknya kerana aku bekerja.

Aku hanya dapat masak petang sahaja. Itupun kalau ibunya tidak masak. Yala takkan aku nak masak lain pula kalau ibunya dah masak banyak. Kain bajunya aku mahu buat tapi dia tidak benarkan atas alasan dia sangat cerewet.

Baju tidak boleh dicampur bersama seluar dan sebagainya. Dia juga pernah complain bahawa baju dia berbulu bila aku basuhkan. So dari situ aku tidak buat dah kain bajunya. Tapi bila gaduh dia ungkit pula semua itu.

Dia kata, inilah alasan dia tidak mahu menyentuhku kerana aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tapi setahu aku, kerja2 rumah itu tanggungjawab suami. Isteri hanya tolong apa yang mampu sahaja sebagai ihsan dan bila suami suruh.

Namun nafkah zahir dan batin wajib diberikan walau apa pun alasan. Bukan aku tidak mahu buat, tapi dia yang tidak benarkan pada asalnya dan aku buat ikut kemampuanku. Entahlah mungkin aku yang kurang ilmu perkahwinan mungkin.

Satu lagi masalah, Abu ini seorang yang kurang memberi perhatian dan kasih sayang. Aku tidak kisah jika beliau tidak romantik. Tapi sekurang-kurangnya, berilah sedikit perhatian or paling tidak pun bertanyakan khabarku.

Abu ini, balik kerja terus tidur. Tidur pun tidak denganku. Dia akan tidur di sofa luar atau atas lantai kalau “mood” dia tidak okay.

Sewaktu berduaan dia langsung tidak berbual denganku. Aku balik kerja pun dia buat endah tak endah sahaja.

Untuk pengetahuan, Abu tinggal bersama ibu bapa dan 2 orang adik lelakinya. Itu merupakan salah satu punca aku tidak mahu tinggal bersama keluarganya kerana aku sukar menjaga auratku

. Dan aku juga tahu bahawa suami tidak boleh memaksa isteri tinggal d tempat yang tidak diselesai isteri.

Tapi Abu tetap berkeras dan meminta aku untuk “berkorban”. Dia kata seorang isteri wajib untuk ikut di mana sahaja suami berada kerana itu kewajipan seorang isteri.

Ya aku faham maksud dia itu namun bagaimana aku mahu menuruti kemahuannya jika “tempat” yang dia sediakan itu tidak selesa dan menyusahkan ku?

Kalau aku tahu perkara ini berlaku setelah kahwin memang awal2 aku tolak daripada berkahwin dengannya. Kerana aku tidak mahu tinggal bersama mertua. Kerana aku tidak bebas dan auratku terbatas. Tambahan pula, aku tidak gembira dengan layanannya terhadapku.

Aku rasa sangat kesunyian di rumahnya. Kalau dia layanku dengan baik dan sering bertolak ansur, sudah tentu aku gembira utk tinggal d rumah mertua walaupun kurang selesa.

Untuk nafkah pula, zahir tiada masalah kerana aku faham kemampuannya yang bekerja sendiri. Apa yang beliau berikan itulah yang aku terima dan aku tidak pernah meminta lebih.

Namun part nafkah batin sangatlah kelaut. Yang ini aku tidak mahu cerita lebih cukuplah hanya aku katakan bahawa aku tidak merasai nikmat sebagai isteri setelah sebulan perkahwinan.

Seperti semua sedia maklum, nafkah batin bukan hanya atas katil, tapi termasuklah menggembirakan hati isteri dengan layanan yang baik, memberi bimbingan agama dll.

Sebab Abu seorang yang tidak mahu bercakap dan tiada kemesraan. Bersama dengannya tidak ubah seperti patung.

Tapi bila Abu marahkan ku, lancar sahaja mulutnya bagaikan peluru. Namun bersama kawan2, mesra sahaja layanannya. Ada kalanya aku terfikir adakah Abu seorang yang tidak normal?

Abu ini setelah berkahwin perangainya berubah 180 darjah. Sebelum kahwin dia iyakan sahaja semua perancangan. Nampak sebagai seorang yang sangat fleksible dan mudah berbincang. Namun lain pula terjadi setelah kahwin.

Dia menggunakan kuasa veto sebagai suami terhadapku. Dia langsung tidak memikirkan kemahuan dan keselesaan diriku. Dia menjadi seorang yang panas baran dan sukar untuk dibawa bincang. Perbincangan bersamanya hanya menemui jalan buntu.

Kerana dia tidak mahu menerima pandanganku walaupun apa yang aku kata terbukti betul. Ceramah ustaz2 pun pernah aku hantar padanya namun langsung dia tidak mahu mendengar dan berubah.

Selama berkahwin, Abu tidak mendera fizikalku tapi dia menderaku secara mental.

Kami pernah pergi kaunseling rumah tangga, namun sia2 kerana kata2 kaunselor tersebut hanya bagaikan agin lalu. Abu masih juga menyalahkan aku atas semua perkara dan dia juga tidak mahu berubah.

Kaunselor juga telah memberi “hint” kepadanya bahawa semua kesalahan yang aku buat adalah berpunca darinya kerana dia tidak menjalankan tanggungjawab sbgai seorang suami kepadaku. Namun dia seperti tiada kesedaran dan enggan berubah.

Sepanjang perkahwinan kami selama 9 bulan ini, aku langsung tidak gembira. Kadang2 aku sampai termimpi2 bahawa perkahwinan ini hanyalah mimpi dan aku masih single.

Ya, aku banyak kali berfikir untuk berpisah. Kalau ikut hati aku mahu sahaja aku teruskan perceraian sbb aku pun tidak tahan dengan perkahwinan ini dan tawar hati. Abu pun mengaku bahawa dia sudah tidak mencintai aku dan tidak mahu teruskan perkahwinan ini.

Dia kata dia tidak mahu dan tidak mampu berubah. Namun sekarang aku tengah mengandung 5 bulan. Atas nasihat ibu bapaku, untuk bertahan dahulu kerana kami belum sampai setahun berkahwin untuk menjaga maruah.

Dan aku juga mahu lihat perubahan dia lagi2 nanti kalau aku beranak walaupun dia langsung tidak pedulikan perkembangan kandunganku.

Aku faham aku isteri yang tidak sempurna dan banyak kekurangan. Namun aku cuba memperbaiki kekurangan ku dari masa ke semasa.

Aku sekarang sudah buntu mahu melakukan apa sbb aku takut menyesal dikemudian hari seperti mana aku menyesal atas perkahwinan ini.

Aku masih mengharapkan perubahan darinya. Aku ingin bahagia bersamanya. Tapi aku faham bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan kalau hanya sebelah pihak sahaja yang mahu berubah dan berusaha.

Aku terbuka atas komen2 semua. Baik dari segi nasihat, pandangan dan komen aku terima sahaja. Mana tahu ada yang mengalami masalah yang sama dan sanggup berkongsi masalah. Terima kasih.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *