REPLY: Dilema Ibu Menyusu

Reply, (https://iiumc.com/dilema-ibu-menyusu/).

Assalamualaikum. Hai Amy. Tujuan saya menulis ni sebab saya nak kongsi pengalaman saya juga dalam menyusukan anak saya.

Saya juga melahirkan anak dengan kaedah czer. Bila czer, saya pun tak berjumpa anak saya 24 jam sebab saya kehilangan banyak darah.

Masa tu pula bersalin di hospital kerajaan. Sebab saya pesakit covid stage 4 masa mengandung. Jadi record saya bertemu doktor pakar semua ada di hospital tu.

Untuk 24 jam pertama memang susu saya tak ada, ini adalah anak pertama. Saya memang dari mengandung berniat nak susukan anak sepenuhnya memandangkan saya seorang suri rumah.

Jadi keesokan hari balik ke rumah tu, saya memang risau sebab risau tak ada susu. Terus singgah ke farmasi untuk beli susu fm dan pam. Untuk standby.

Dalam masa yang sama mak mertua saya suruh minum air bubur (buat bubur nasi dan banyakkan airnya) memang susu akan membengkak sebab banyak susu.

Selain tu mertua saya suruh sikat susu kita menggunakan sikat rambut untuk perjalanan darah yang lancar. Jadi susu tu akan membanyak.

Puting saya juga ada masalah seperti Puan Amy. Jadi anak saya tak pandai nak hisap. Tapi saya beli few tools untuk bantu tarik puting keluar.

Puting memang akan sakit kalau di pam, jadi cara saya bila nak pam tu sapu nipple butter dulu jadi dia tak merekah.

Dan bila puting sakit, sebenarnya ubat yang paling mujarab adalah susu kita sendiri. Sapukan susu kita tu pada puting.

Bila anak tak direct menyusu, sistem pembuatan susu tu akan berkurang. Saya memang tak give up. Saya cuba saja macam mana pun caranya sambil2 menyusukan anak menggunakan susu fm.

Masa anak saya 2 bulan lebih, suami saya belikan puting botol yang agak berbentuk macam bentuk Z. Saya tak boleh nak attach gambar contoh puting tu di sini.

Jadi bila anak saya minum susu botol pakai puting tu. Dia perlu effort lebih untuk sedut.

Sampai marah2 anak saya sebab susah nak menyedut.

Tapi asbab puting tu, lepas 2-3x kami cuba, saya letak dia pada susu saya, dia tiba2 pandai hisap puting saya sbb dia terbiasa dengan extra effort tu.

Semenjak dari tu, dia boleh dah hisap puting saya dan tidur nyenyak setiap malam disisi saya. Tapi masa ni, susu tak banyak. Jadi saya masih beri dia susu badan dan susu fm.

Saya masih minum bubur dan ambil milk booster lain juga tapi anak saya lelaki jadi orang kata anak lelaki memang double menyusu berbanding anak perempuan.

Tapi saya teruskan saja usaha beri dia susu badan. Kalau tak cukup, dia marah2 baru bagi extra susu fm.

Tapi apa pun kita akan beri dia susu badan dulu. Jadi proses pembuatan susu tu akan berterusan, sebab ada connection ibu dan anak kan.

Bila anak saya dah 6 bulan. Dia dah start makan. Masa umur dia antara 6-7 bulan ni, dia tiba2 tak nak langsung pada susu botol. Bagi macam mana pun tak nak.

Jadi dari situ dia memang menyusu badan saja. Susu saya pulak makin meriah. Alhamdulillah.

Menangis mak mertua saya bila suami saya beritahu. Dia kata dia sedih tengok effort saya yang tak putus2 berusaha juga nak bagi anak menyusu.

Yang penting kita teruskan niat “aku nak susukan anak aku”, doa banyak2 pada Allah, minta susu yang lebih dari cukup, mengenyangkan dan berkah.

Sambil2 tu, Puan Amy banyakkan selawat sambil sapu susu. Hati ni mintak sungguh2 dengan Allah. InshaAllah nanti Allah bantu dan permudahkan.

Sekarang umur anak saya dah 2 tahun 1 bulan. Masih menyusu, belum berjaya hentikan lagi. Tapi inshaAllah semoga Allah bantu juga untuk wean-off.

Saya doakan Puan Amy kuat ya. Memang mencabar dengan czer ni. Nak nangis, nangis lah, tapi teruskan usaha, kuatkan hati, sabar, cekalkan jiwa.

Kita dah jadi Ibu. Jadi ibu ni, satu anugerah indah dari Allah. Nikmat dia luar biasa. Ada doa yang tidak akan terhijab dari kita untuk suami & anak2.

Teruskan bersabar dan berusaha ya Puan. InshaAllah, Allah memandangmu dengan kasih sayang.

Hugs & kisses for you.

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tahniah ibuu. Memang perjalanan BF sgt mencabar. Igtkan bersalin je dah mcabar rupanya dunia penyusuan lagi mcabar. Bakal ibu perlu ada ilmu penyusuan ni so at least mental dah ready utk sbrg masalah macamni. terutamanya jaga supply vs demand. Jgn biasakan dgn FM, perlu sua ebm/dbf dulu. Then, sgt sarankan utk blajar marmet or kalau mls boleh prepare pam susu before bersalin. Anyway, semua ibu ialah supermama! moga dipermudahkan segala urusan semua ibu-ibu yg ingin terbaik utk anak anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *