Hutang RM1,000 II

Hai korang, ingat lagi tak cerita pasal hutang aku dulu, ni link nya kalau yang nak tahu, (https://iiumc.com/hutang-rm1000).

Aku ada tulis confession yang kedua, tapi tak disiarkan admin, mungkin bertindih dengan cerita lain, jadi aku hantar sekali lagi.

Yang hutang aku tu, dia memang diam, tak balas apa apa, jadi aku tulis di wall fb dia dan aku ada mesej bos dia ke apa sebab dia ada jadi agent produk makanan,

Jadi aku tanya bos si penghutang tu, dia ni aktif lagi ke, dan bos dia reply, jadi aku balas, oo masih ada, kalau ada kenapa hutang tak bayar. Jadi sembang henti disitu.

2 hari selepas tu, si perempuan yang backup tu, dia wassup aku, cakap malam dia akan transfer duit 1000 tu, dan dia tulis lagi, “dah lepas ni tak payah bising bising”

Tapi betul la malam tu aku dapat la duit aku, tapi bukan penuh ya, dan selepas si perempuan tu hantar bukti semua, sempat lagi dia wasup aku ceramah panjang,

Macam biasa dia tulis, penghutang tu banyak tolong aku, aku malukan dia la, bukan aib la, pandai pandai la aku nak merangkak kat akhirat cari nak minta maaf la, eeehhh rasa nak copy ayat dia tampal sini.

Ni yang dioarang bayar kat aku,

Refund,

Hotel Ipoh RM100

Masa check in RM20

P (KL 2022) ulang alik RM100

P (KL 2023) ulang alik RM100

P hospital Ipoh x 1

(cakap duit OKU masuk nak pay, tak pay) RM70

Totally RM390

Balance RM610

Jadi dia bayar 610 je,

Aku pelik bila pulak aku check in dengan dia..

Selalu aku minta tolong aku akan bagi duit minyak, n belanja makan, nak makan bukan tempat biasa je, chicken rice shop la, secret recipe la, johnny steamboat la, sekali makan dah RM50 ke 60. Aku pun harapkan duit oku kerajaan je.

Tak pe la, lepas dia bayar tu, suami aku pun kata, halalkan je la, tak ada tuntut apa apa kat akhirat ke, harapkan dia dia dapat balasan dunia ke, jangan doa bukan bukan, sebab dia pun banyak tolong aku sebelum ni.

Korang rasa patut atau betul ke dia tolak hutang macam tu? yang duit minyak p kl tu kira cincai la kan, tapi yang hotel tu, lepas tu check in apa RM20?

Geram aku, benda ni saja la aku nak luah dengan pembaca, sebab aku baca komen, cerita sama je, kita yang tolong, kita yang jahat

Pembaca doakan aku dapat rezeki lain tahu..

– Yang geram (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *