REPLY: Hari Seorang Janda

Ini adalah reply untuk confesion Puan Aisya, boleh rujuk https://iiumc.com/hari-seorang-janda/

Hi, saya cempaka kali kedua confess disini. Yang pertama tahun 2020 yang masa tu masih fresh confession selepas penceraian. Saya seorang ibu tunggal anak satu. Saya tak suka addresskan diri saya as “JANDA”.

Macam satu taboo melayu, status janda difahami sebagai seorang yang hina, dimana orang boleh perlekehkan, mudahnya mereka berbicara belakang perihal seorang janda. Bahasa mudah, diperkotak katikan atas alasan janda ni perlukan pertolongan, kurang perhatian.

Bagi lelaki buaya pula, lebih mudah marketkan diri pada janda kerana dalam kepala otak mereka janda ni mudah cair, cepat termakan pujukan. Dengan acah2 jadi pendengar setia masalah si janda, mereka dapat pastikan 90% janda tu akan jatuh ke tangan mereka.

Mereka bukan cinta, bukan sayang tapi lebih pada mempermainkan hati janda tersebut. Kemudian yang jadi mangsa fitnah adalah si janda2 itu kerana dikatakan gedik dan gatal melayan lelaki. Bagi saya, hanya kerana seorang janda, habis ibu tunggal lain terpalit.

Sudah 3 tahun lebih saya berpisah, namun saya juga pilih untuk bersendirian kerana perkahwinan lepas sangat trauma bagi saya. Bukan mudah pegang status sebagai ibu tunggal. Banyak faktor kita kena pertimbangkan dari segi pergaulan, pakaian dan cara kita bawak diri kita.

Dulu sebelum saya menjadi seorang ibu tunggal, saya sangat persimis dengan gelaran itu. Setelah melaluinya sendiri, saya buat banyak perisai supaya tidak datang fitnah kepada saya dari masyarakat.

Contohnya, status sosial saya terhad kepada perempuan tidak kira di kejiranan, tempat kerja atau masyarakat luar etc. Pakaian pula lebih menutup aurat, kerana malu ini perisai iman.

Pakaian saya sudah berubah selepas 3 tahun penceraian, seluar jean dan baju blouse pendek sudah tiada lagi di dalam almari saya. Hanya pakaian longgar, tudung pula saya mula berjinak2 dengan bidang 50, dan mula istiqamah memakai stoking.

Bagi saya kalau sudah memakai pakaian muslimah, jarang kita terpikir untuk melakukan perkara tak senonoh seperti boleh berborak2 atau melepak dengan lelaki. Bimbang pakaian saya menjadi fitnah akan perangai tidak elok saya.

Jika saya berada di luar kejiranan, saya sebolehnya menghindari dari bertegur sapa dengan jiran lelaki. Kalau memerlukan pertolongan, saya lebih rela memanggil si isteri jiran. Maafkan saya sekiranya tidak bertegur sapa tapi saya sedang jaga diri dari fitnah.

Sekiranya di taman permainan kawasan perumahan saya ada jiran lelaki cuba menegur saya sebolehnya cepat menamatkan perbualan tersebut. Maaf, saya sangat takut diri ini dijadikan topik. Saya sangat menjaga pergaulan saya. Sebab tu smpai sekarang, saya tidak terbuka hati untuk lelaki.

Berbalik kepada reply confession puan aisya, saya sangat faham rutin harian puan dengan anak setelah menjadi ibu tunggal kerana apa yang puan alami saya sudah alaminya.

Bercerai ketika anak masih belum setahun umurnya. Memang terlalu banyak keperitan dan kesusahan waktu itu.

Anak yang masih kecil sangat la meruntun perhatian kita ibunya, belum lagi masa mereka demam. Semestinya perlukan kesabaran yang tinggi.

Kalau bukan kerana anak2 ini, mana mungkin syurga pandang kita puan. Seperti puan, saya juga memandu dengan memangku anak. Anak saya jenis akan menangis dalam carseat.

Untuk makluman, anak saya di diagnosed breath holding spell masa kecil, jadi saya bimbang berterusan menangis, akan menyebabkan dia kebiruan seperti hilang nyawa. Jadi sebelum perkara yang buruk terjadi, saya akan memangku bayi saya dan memandu.

Lagipula, saya hilang fokus pemanduan sekiranya saya memandu sambil telinga saya mendengar tangisan anak. Jangan lah kecam saya kerana saya berbuat demikian, kerana saya TIADA PILIHAN. Saya terpaksa ke sana sini bawa anak saya waima membeli barang atau isi minyak kereta.

Saya tiada sesiapa disini. Saya berkahwin berpindah dan ikut suami, kemudian diceraikan disini. Saya tiada sesiapa disini untuk saya minta pertolongan.

Yang paling saya tak boleh lupa, ketika saya membeli barang di Econsave, anak saya letak dalam bag carrier sambil saya tolak troli. Di kaunter bayaran, dengan anak di carrier, saya terbongkok2 amik barang dari troli.

Boleh bayangkan tak situasi kepayahan ketika hendak ambil barang dari dalam troli dengan anak di badan hadapan?Susah sangat. Saya risau orang belakang marah kerana saya ambil masa yang lama.

Tapi Allah tak pernah tidur, Dia hantar orang baik, selalunya orang belakang saya akan tolong saya letakkan barang2 saya atas meja kaunter.

Sedihnya hidup saya masa tu, sudahla ditinggalkan, hidup pun atas ehsan orang ramai.

Kadang2 waktu malam, saya akan minta tolong jiran saya jagakan anak saya ketika saya nak ke ATM.

Kalau saya pergi ATM waktu malam dengan anak di carrier, saya bimbang orang jahat melakukan perkara yang tidak elok pada kami. Saya risau keselamatan anak saya, saya luka sakit tidak mengapa tapi jangan anak saya.

Kenapa saya tidak pergi atm waktu siang, waktu lunch hour?Sabar. Ini cerita si ibu tunggal yang hadap sendirian kahidupannya tanpa bantuan si bekas suami.

Waktu lunch hour, saya berkejar ke rumah pengasuh untuk menyusukan anak saya, 10 minit gerak pergi rumah pengasuh, 20 minit menyusukan anak, 10 minit pulang semula ke pejabat.

Saya terpaksa DF anak kerana sebelum diceraikan saya seorang surirumah, anak saya memang DF dan menolak susu botol.

Bermacam cara saya ajar anak pakai botol tapi dia menolak kerana anak sudah biasa 24 jam ibu disisinya. Jadi saya terpaksa ulang alik lunch hour untuk susukan anak saya. Kadang2 waktu rehat saya sempat beli roti dan makan dalam kereta sahaja.

Makan bukan untuk kenyang tapi sekadar survival sahaja pada ketika itu masih baru dengan penceraian. Saya meraikan kesedihan saya waktu itu dalam masa yang sama cuba adapt pada status baru kehidupan saya.

Anak saya sekarang pun dah menginjak 5 tahun tahun ni. Tiada lagi episod tergesa2 ulang alik menyusukan. Tiada lagi episod memangku anak sambil memandu, tiada lagi drama bag carrier dan troli. Anak saya pun membesar menjadi anak yang sangat baik, tidak banyak ragam.

Alhamdullilah. Setiap kesusahan pasti timbul kemudahan (al-Insyirah 5/6) Allah ulang ayat ini 2 kali. Insyaallah puan Aisya, akan timbul pelangi selepas hujan untukmu.

Cuma ada ketika anak saya tidak sihat dan dia perlu direhatkan dari sekolah. Masa ni saya akan EL sehari. Tapi normallah budak2 takkan sihat dalam masa sehari,selesema dan batuk berterusan.

Cikgu pun tak izinkan murid datang tadika. Saya pun tidak boleh cuti banyak kerana nak jaga prestasi kerja.

Masa ini lah saya anggap ALLAH hadirkan orang baik2 disekeliling saya. Pengasuh anak saya dengan rela hati menjaga anak saya. Dia pun kasihan melihat saya, sorang2 jaga anak.

Kalau seperti pasangan lain, boleh bergilir- gilir cuti untuk jaga anak. Tapi saya sekali lagi highlight “I have nobody here”.

Tahun 2021 merupakan tahun banyak sekali saya EL kerana anak saya kerap demam, saya anggap ini ujian bagi saya.

Tahun itu saya tidak perform di tempat kerja, tiada kenaikan gaji dan tiada bonus juga. Tak apalah bukan rezeki, tapi saya anggap saya menuai pahala disyurga kerana menjaga anak saya.

Hujung tahun lepas, anak saya admitted di wad. Saya lah sorang-sorang bawa anak ke emergency,amik darah, ujian covid. Kemudian doctor menyarankan anak supaya diwadkan kerana dehydrated. Saya pula lepas dapat perkabaran anak akan di warded.

Saya minta untuk pulang kerumah kerana hendak siapkan keperluan baju anak masa itu. Ulang aliklah saya ke rumah dan hospital dengan anak saya, dalam hujan lebat ya pada ketika itu musim banjir.

Saya redah je banjir masa tu dalam keadaan takut sebab saya tiada pilihan. I HAVE NOBODY.

Kerana bila sudah warded, agak sukar untuk keluar sekiranya ada barang keperluan tertinggal.Nak mntak tolong orang hantarkan, tiada sesiapa. Nak keluar, anak akan tinggal sendirian.

Jadi sebagai ibu tunggal, saya mesti gerak one step ahead. Bayangkan, EL saya dah korbankan untk beberapa hari menjaga anak di wad.

Sudahla kita kena jaga performance ditempat kerja untuk menyara diri dan anak, masa lagi, kudrat lagi kita. Mesti tertanya kan mana ayah anak saya?

Saya dah inform dia anak sakit, tapi dia tiada di sini. Dia menghantar isterinya berkursus (sekiranya baca kisah 2020, watak ini dikenali sebagai melati). Dia datang pada hari anak nak discas, itupun half day saya balik dan terus saya masuk kerja.

Kemudian dia mesej saya siapa akan jaga anak pada belah malamnya? Terdiam saya tak boleh hadam, saya jaga anak 3 hari 2 malam tanpa bantuan sesiapa tp dia stgh hari sudah… ? Saya tak dapat habiskan ayat ni. Saya sangat penat.

Kudrat dan masamu terlalu berkira untuk anak ini. Sekiranya hidup ni cukup smua, tak perlulah saya bersusah payah jaga prestasi kerja kan?

Saya assume audience paham kenapa ibu tunggal terpaksa hadap susah payah selepas penceraian kan? Saya malas nak buka aib, biarlah di mahkamah berbicara.

Kadang saya penat sangat, saya sakit urat, demam, tapi saya tetap bangun untuk kerja. Sebab saya TIADA PILIHAN. Ketika sujud, melimpah air hangat di juga tubir mata. Sakit memang sakit, kudrat perempuan apalah sangat jika nak dibandingkan kudrat lelaki.

Yang menjadikan kita kuat itu kerana anak sahaja, tenaga semua tu takda pun.. Kadang tangan saya lenguh, saya menangis mengadu pada YANG ESA. Teringin sangat nak MC dan cuti untuk rehat, tapi saya reservedkan cuti saya untuk emergency berkaitan anak.

Dengan sakit2, saya gagahkan juga berdiri untuk berkerja. Sekiranya nafkah diberi untuk anak mencukupi, saya tak perlu susah payah banting kudrat dan masa untuk mencukupkan nafkah yang lompong.

Anak semakin membesar, cukupkah dengan pemberian tu? Saya cuba minta, tapi selalunya silent treatment je dari pihak sana.

Saya sudah failkan tuntutan. Biarlah di mahkamah menentukan. Saya penat selepas kenal dia, hidup saya 360 darjah berubah. Seolah saya tidak kenal diri saya yang dahulu.

Buat masa sekarang beberapa bulan kini, saya terpaksa jimat cermat kerana saya mempunyai komitment awal tahun yang perlu saya langsaikan. Saya bawak bekal ke tempat kerja, terpksa extra work untuk masak awal2 pagi. Kadang2 saya puasa.

Alangkah baiknya sekiranya nafkah anak sempurna, saya pun tak perlu catu makanan dan belanja hadap saya. Zalimkah si bapa kerana berbuat saya begini?

Terpaksa backup yang patutnya jadi tanggungjawab dia? Sedangkan dia senang lenang jalan sana sini berbelanja melati dan anak barunya?

Last, saya da hampir kepada titik damai dalam hidup saya apabila saya melepaskan apa juga dugaan yang melanda pada kehdupan saya dahulu. Saya hendak hidup tenang sahaja pada usia ni. Cukuplah derita itu.

Maybe I don’t cry, but its hurts. Maybe I wont say, but I feel. Maybe I don’t show, but I care.

I passed the hardest time alone while everyone believe I was fine.

Salam 2023,

– Cempaka Di rembulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *