reply Isteri tak bekerja

Assalamualaikum…

Kalau ada yang masih ingat, aku pernah confess kat sini dengan tajuk 'cinta ke syurga..'

Aku xla menyokong sepenuhnya confessor 'isteri tak bekerja' tu.. tapi aku agak setuju dengan dia. Sebab aku mmg berada di tempat yg dia harapkan isteri dia berada.

Aku belajar sampai degree. Aku jugak ade diploma. Dalam adik beradik aku je yg belajar sampai degree. Mak ayah aku bagi harapan yg tinggi jugak utk aku bina masa depan aku.

Aku pun ade cita2, ade angan2. Bila suami suruh aku berhenti kerja. Aku istikharah dan aku redha. Mak ayah aku terkilan tapi diorang redha aku dengar cakap suami. Alhamdulillah suami aku mampu utk 'simpan' aku kat rumah.

Suami aku membesar dengan keluarga yg kucar kacir sikit. Parent yg kurang pengetahuan agama. Dia pun belajar solat n mengaji sebab dia sekolah asrama penuh. Tu pun macam yg aku cerita sebelum ni, solatnya rompong sana sini (sekarang alhamdulillah dah ok).

Tapi dia ade cita2 lain. Dia impikan keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang n Islam. Sebab tu dia 'kurung' aku kat rumah dan hanya bagi pergi usrah wanita sahaja.

Ade yg komen kat confession aku sebelum ni yg dia xsanggup untuk dikurung. Tapi jodoh tu Allah yg pilih kan..aku sentiasa berdoa nak lelaki yg membimbing aku ke syurga.. dan Allah memang kurniakan aku lelaki yg membimbing aku.

Dia, dunianya semasa membesar..dia dikelilingi dengan lelaki2 yang memandang perempuan n kanak2 sebagai objek seks. Dia sedar n memerhati dunia fitnah n sangat gila diluar.

Aku menyelami n cuba adapt dengan cara pandangan n fikirannya – agak payah pada awalnya sebab hidup aku dari kecik sampai besar ok je semua. Ayah aku orang masjid abang2 aku sangat melindungi adik2 perempuannya.

Tapi dari sisi hidupnya, dia membesar dengan cerita haruan makan anak, cerita pencabulan, malah pernah jadi mangsa pedofilia..

Aku tau hatinya baik,niatnya baik tujuannya baik. Jadi aku fikir yang baik2 saje.

Ada yang persoalkan isteri kena kerja utk back up 'kalau apa2 jadi..' tapi dalam condition aku, aku xmau fikir negatif. Bagi aku cukuplah aku ade Allah. Dia maha tau mana yang terbaik untuk aku. Aku korbankan kerjaya aku untuk dapat redha suami aku, dan aku percaya Allah akan kurniakan yg lebih baik dari itu. Aku korbankan kawan2 aku untuk dirumah mendidik anak2 kami, aku percaya Allah akan beri aku anak2 yg soleh n solehah.

Aku redha, di'kurung' dari dunia mencabar sebab aku yakin ini yang terbaik untuk aku. Hidup aku lebih tenang.

Aku xperlu berlumba utk berpakaian mahal dan cantik dgn kawan sekerja, xperlu berhabis beli lv, coach utk memuaskan kata org lain. Aku cakap camtu sebab org terdekat aku ipar duai, jiran2 kadang2 sanggup berhabis ribuan ringgit utk memenuhi nafsu masing2.

Betul kata confessor tu perempuan memang banyak nafsunya. Xterhad pada nafsu terhadap lelaki. Tapi nafsu untuk memenuhi kehendak duniawi. Nak baju cantik, nak badan cantik, nak mekap cantik2, nak makan mahal2, nak baju mahal, nak kete mahal, nak rumah besar..

Mungkin kalau aku masih bekerja, aku pun macam tu..ade duit sendiri macam2 aku nak beli n capai. Sebab perempuan mmg fitrahnya macam tu.

Aku berterima kasih buat suami aku, sebab simpan aku rapi2, jaga aku elok2 dengan penuh kasih sayang, didik aku yg dunia ni xkan mampu kita kejar. Kalau kita kejar akhirat dunia akan mengiringi.

Buat confessor 'isteri tak bekerja'tu, kalau pun xbagi isteri kerja, janganlah bagi alasan sebab kecurangan. Carilah ayat yang lebih indah n memuliakan isteri yang berada dirumah sebenarnya lebih terpelihara.

Tunjukkan yang awak suami yg ingin mendidik n memuliakan isteri bukan mengongkong n mengurung isteri atas dasar cemburu. Didik isteri untuk jadi ibu yg boleh mendidik anak2.

Penuhilah tanggungjawab zahir n batin yg cukup utk isteri. Sayangi dan hargai kehadirannya, isteri sanggup buat apa saja asalkan dia dihargai suami. Tunjukkan kasih sayang, jadilah kawan n sahabat yang sentiasa mendengar n berkongsi segalanya, agar dia merasa dunianya cukup walau punya suami satu2nya.

Tak salah untuk memilih isteri tak bekerja, tapi jangan sesekali layan dia macam hamba. Jangan biar dia rasa xdihargai dan kesunyian. Nanti dia rasa terseksa n memberontak.

Alhamdulillah aku gembira dan bahagia disimpan begini. Dunia aku tertumpu pada pendidikan anak2 sekarang.

Aku tak kata perempuan lebih elok duduk rumah. Aku cuma bersyukur dengan apa yg aku ada n aku redha. Untuk yang memilih untuk bekerja, bekerja lah dengan penuh rasa tanggungajawab. Dan yang punya cita2 menggunung kalau ditakdirkan xdiizin bekerja, jangan la terlalu fikir negatif. Rezeki datang dari Allah bukan dari kerjaya.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Tq admin.

– Jas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Setiap jln kehidupan itu…jika mengikut landasan Allah…semuanya akan bahagia….tidak perlu la ada perbandingan….umat manusia saling melengkapi….contohnya…doktor perempuan yg jd penyelamat aurat wanita bila nak bersalin

  2. Zaman nenek moyang kita dulu tak berkerja pun. Duduk rumah, jaga anak-anak. Suami balik bagi nafkah. Tak pulak mati kebosanan ke apa ?

    Sekarang ni dah ada internet, lagilah. boleh buat bisnes online (Kalau nak tambah pendapatan isi rumahlah) , boleh layan movie sambil-sambil lipat baju. Boleh chat dengan kengkawan lama.

    Nanti bila suami dah ada rezeki lebih, dia ajaklah pergi makan angin ke, shopping ke, tengok wayang ke.

    Dia pun sebenarnya ada jugak rasa bosan asyik nak kerja je. Dia pun sesekali nak jugak enjoy dengan keluarga dia.

  3. Saya setuju dengan kenyataan confessor ni, kadang2 wanita ni dia bekerja lbh kepada nafsu untuk memenuhi keperluan seperti nak cantik nak pakai yg branded (saya la tu). Tp…saya juga bekerja supaya saya blh memberi kepada ibu bapa saya. Walaupun x wajib, at least nak jugak gembirakan parents yg dah byk berjasa. Keputusan Confessor mmg tepat kerana saya faham maksud beliau. Beliau bertuah kerana suami beliau mampu menjalankan tanggungjawab. Pernah muhasabah diri berfikir mcm confessor. Tp keadaan hidup saya lain. Suami saya kehendaknya lain. Alhamdulillah, saya juga bertuah cuma saya pilih jln isteri yg bekerja. Satu hari duduk dgn anak2 bila tgk muka saya kat cermin masyaAllah terkejut pun ada. Rasanya bibik lg lawa

  4. Sy kena kja larrr..kalau x, hutang ptptn sapa nak bayarrr & klau boleh, nk juga hulur duit kt mak ayah ..pnat2 membesarkn kitaa~ huhu

  5. Situasi saya lebih kurang confessor.saya anak sulung dari 12 beradik, ada degree dan ditakdirkan selepas kahwin suami lebih selesa saya di rumah dengan anak². Trima kasih kerana confession sebegini memberi semangat kepada saya. Pada mulanya agak sukar untuk saya terima keadaan begini. Dulu, saya seorang berdikari dlm segala²nya dan bercita² ingin membantu ibu bapa menyara adik². sekarang semuanya kene harapkan suami dan dialah satu² kawan saya seharian…selain anak².

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *