REPLY: Kalau Bukan Jodoh, Berpisah Jua

Reply: (https://iiumc.com/kalau-bukan-jodoh-berpisah-jua/).

Assalamualaikum, saya Mawar (bukan nama sebenar). Pernah confess di sini beberapa bulan lalu tetapi tajuk yang berbeza iaitu Philophobia. Agak lama confession ni tersimpan sebab tak sure nak share ke tak pada pembaca semua. Haha.

Umur saya lewat 20an dan pekerjaan pun masih belum tetap. Pemegang ijazah. Duit kahwin baru nak simpan. Hutang PTPTN belum settle.

Harta seperti kereta, rumah dan lesen kereta masih TIADA. Rupa lagi lah TIADA. Apa yang saya cuba sediakan untuk bakal suami adalah ilmu & agama. Insha’Allah.

Saya mempunyai prinsip seperti sekuntum mawar. Dimana, cantik untuk dilihat tapi takut untuk dipegang. Tidak pernah bercinta dan tiada bestie boy daripada zaman belajar dan sehinggalah saya bertemu dengan seseorang.

Pertemuan saya dengan seorang kawan yang saya namakan sebagai A telah mengubah mindset dan cara saya berfikir terhadap takdir & jodoh (dengan izin Allah).

Kami bertemu di Omi. Ya, Omi. Pada waktu ini, saya sangat bersangka baik pada Allah. Saya kata pada Allah. Mesti ada seorang dua lelaki yang baik dalam ini. Sebab sebelum saya berjumpa dengan A, pelbagai ragam lelaki yang saya jumpa.

Dan malangnya saya tak jumpa keserasian melalui mereka kecuali A. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya melalui sangkaan yang baik.

Sebelum kami berkawan, saya terangkan kepada A, yang saya tak nak couple. Alhamdulillah dia faham dan hormat keputusan saya. Kami masing-masing dipertemukan dalam keadaan yang sedang memperbaiki diri.

Di mana dia sedang belajar memperbaiki bacaan mengaji dan tauhid. Manakala saya belajar ilmu tasawuf. Kami bukan penunggang agama. Menggunakan agama untuk berselindung disebalik maksiat.

Saya meletakkan syarat kepada A untuk berkomunikasi satu hari sahaja dalam seminggu. Jika tiada keperluan untuk contact, kami hanya senyap. Tiada wish morning atau night. Tiada commitment. Tiada overthinking. Tiada abang-sayang.

Tapi panggilan kami antara satu sama lain ialah ustaz-ustazah walaupun kami bukan datang daripada golongan yang ilmuan sebegitu. Bukan sebab tiada perasaan suka, tapi pengharapan itu lebih kepada Allah. Jika ada jodoh, ada lah. Jika tiada, redha.

Hanya melalui doa saya sampaikan rindu dan pengharapan. Hanya pada Allah tempat kami berdua bergantung. Jika dia yang terbaik, saya doa agar dipermudahkan segalanya.

Dimurahkan rezeki kami untuk disatukan dengan segera bagi mengelakkan daripada terjerumus ke lembah maksiat. Jika bukan, saya minta Allah pisahkan kami dengan hati yang damai.

Disebabkan komunikasi kami yang sangat terbatas. Saya mengambil langkah untuk bertaaruf mengenai A melalui rakan dan adik beradiknya. Memang agak malu bagi saya kerana status saya sebagai seorang perempuan.

Tapi saya lebih selesa mengaplikasikan cara Islam untuk mengenali bakal pasangan berbanding couple dan OTP sepanjang malam. Saya masih hormat cara anda semua yang pastinya agak berbeza dengan saya. Mungkin anda ada sebab yang tersendiri.

Bergaduh. Tidak pernah lagi so far. Cuma salah faham sikit-sikit tu ada. Kami segera selesaikan salah faham itu secepat mungkin. Kami belajar merendahkan ego dan saling meminta maaf.

Kami cuba meraikan perbezaan pendapat dan hormat dengan setiap prinsip hidup masing-masing. Kerana kami sedar, ujian perkahwinan nanti, lagi dahsyat.

Sejujurnya, banyak lagi proses yang perlu kami lalui. Sisi gelap kami masih belum ter expose. Dan saya sangat tunggu saat itu. Untuk melihat sisi gelap A.

Ketika dia marah atau ketika dia berada di tempat yang tinggi (harta dan pangkat). Adakah dia akan menjadi orang yang sama? Saya cuma mampu berdoa kepada Allah, agar ditunjukkan satu persatu sebelum jodoh kami tiba.

Mengenali A juga telah mengubah mindset saya terhadap jodoh. Sebelum ini, saya tercari-cari seorang yang sempurna. Tapi, bila dia hadir.

Saya mula berhenti untuk mengejar yang sempurna dan melihat yang terbaik antara yang baik. Di mana kelemahan dia, adalah kekuatan saya. Dan kelemahan saya, adalah kekuatan dia.

Kami tidak saling menjauh disebabkan kelemahan masing-masing. Tapi, disebabkan kelemahan itulah, kami menjadi semakin serasi. Insha’Allah.

Tolong doakan Mawar & A agar dipertemukan jodoh dan dikurniakan zuriat keturunan soleh dan solehah ya.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *