REPLY: Keberanian

Hi semua.. Aku pembaca tegar page ni, tapi baru harini aku tergerak hati nak share cerita aku lepas aku bace confession yang keberanian tu, https://iiumc.com/keberanian/

Dalam confession tu TT cakap dia takut nak drive kereta. Maka terus aku terimbau balik memori aku masa aku mula-mula nak bawa kereta sendiri.

Sesungguhnya ramai yang jadi tok guru aku dalam pemanduan ni. Kelakar bila ingat balik. Aku mendapat pekerjaan tak lama lepas aku grad. Masa tu tahun 2009 kerja di wisma consplant.

Aku amek lesen memandu pun dekat seksyen 18, shah alam tapi berlatih jalan raya dekat area sri muda sana. Aku lupa nama pusat latihan memandu tu.

Masa tu boyfriend aku (dulu boyfriend la sekarang Alhamdulillah dah jadi suami) memang selalu ajar aku memandu kancil dia tapi tiap kali tulah akan berakhir dengan drama air mata. Kitonyo manjooo.

Aku memang totally lost sebab aku rasa aku tak boleh nak control clutch control minyak tangan pegang stereng kereta lagi nak tukar gear lagi.. mampussss.. port selalu blaja keta dekat area stadium shah alam tu, kawasan situ luas.

Sesambil aku ambil lesen memandu tu sesambil tu juga aku buat loan untuk kereta. Masa tu ada graduate scheme, zero downpayment. Aku target dapat lesen dapatla kereta ha begitu mudah pemikiran ku padahal orang sekeliling memang syak aku akan gagal. Hahahaha..

Even car dealer aku tu pun merasakan aku akan gagal sebab dia dengan yakinnya pass kereta aku tu pada customer lain. Yang ni aku tak nak cerita sebab yang ni boyfriend aku dah tolong setelkan, sebab dia suruh aku fokus je bagi tak gagal ujian memandu nanti.

Alhamdulillah weh aku lulus ujian memandu tu mase tu score aku 18/20 tak silap aku. Aku pun dah lupa. Tapi tulah ramai yang mendoakan aku lulus, Alhamdulillah Allah bagi aku lulus.

Oh lupa nak cakap, masa aku cakap dengan arwah abah aku nak beli kereta, arwah abah tanya kereta apa. Aku cakap myvi je bah.. auto ke manual dia tanya.. aku cakap eh manual lah kan belajar memandu kereta manual, tak kan nak beli auto pulak..

Yakinnya aku menjawab bila arwah abah tanya.. hahahaha… lama abah aku terdiam,akhirnya dia cakap ha ok lah..nanti dah dapat kereta bawakla balik kampung katanya. Ok abah.. (al-fatihah buat abah)

Sesungguhnya kawan-kawan, aku memang tak pernah tahu apa beza auto dengan manual. Sungguh.. aku tak tahu manual ada 3 pedal, auto ada 2 pedal.. manual kena tekan cluth baru boleh tukar gear auto tak payah susah-susah nak tekan cluth tukar gear.. hahaha kesiannya aku.

Ye aku memang tak tahu. Aku memang tak tahu arwah abah bawak auto ke manual. Yang aku tahu tu kereta. Even masa jumpa car dealer tu pun aku tak test drive. Aku cuma tengok pricelist.

Dan masa tu beza auto dengan manual dalam 4, 5 ribu kot. Dan ansuran bulanan jugak tinggi untuk auto, memangla aku pilih manual.. hahaha.. tak cerdik kan aku..

Boyfriend aku pun tak pernah nak explain kat aku ape beza auto manual.. sebab kancil dia pun manual, so bagi aku semua kereta sama.

Bila aku struggle nak drive kereta myvi aku tu, aku sangatlah kagum tengok orang yang senang je bawak kereta.

Aku sangat iri hati tengok diorang dan buat aku tertanya-tanya kenapa diorang senang je bawak kereta padahal aku terkial-kial nak drive.. Naik bonggol je enjin kereta mati.. hahahaha… aku sangat tak suka bonggol..

Kerja aku waktu tu memerlukan kami semua untuk masuk ke estet-estet. Dan kereta memang sangat diperlukan untuk bergerak. Selalu yang takde kereta ni akan carpool sama-sama kalau dapat estet yang dekat-dekat.

Rindunya dekat korang semua rakan-rakan yang sama-sama join SEMUA dulu. Satu Malaysia kita pusing masuk estet-estet. Sekarang semua dah ada life sendiri. Moga korang semua sihat-sihat selalu dan berbahagia hendaknya.

Ok, waktu ni aku ditugaskan ke area pulau carey sana dan waktu balik, kawan aku Za namanya dia kasi can aku drive. Semua dah sedia maklum aku tak reti drive lagi ya. Tapi Za ni cakap ko tryla bawak kereta aku ni.

Aku memang tak berani nak bawak, tapi dia berani ya bagi aku bawak. Masa aku masuk tempat driver tu aku pelik. Weh kenapa kereta ko ada 2 pedal je??? Za cakap yelah auto kan, 2 jela break dengan minyak. Start kereta jalan la weh.

Ya Allah masa tulah ketika itulah baru aku tau weh betapa senangnya bawak auto, apa beza auto dengan manual.. ape ke nasib ku begitu.. terima kasih Za.. hahahaha.

Balik tu aku terus tanya boyfriend aku, kenapa tak pernah bagitau aku auto ni macam ni macam ni.. takdela aku macam orang bodoh terkial-kial bawak manual..

Semua orang aku persoalkan, semua orang aku tanya kenapa tak pernah bagitau aku ape beza auto dengan manual. Kenapeeeeeeee. Semua orang bagi jawapan yang sama, sebab diorang ingat aku dah tahu..

Patutla cikgu memandu aku sendiri pun pelik kenapa aku nak beli manual padahal auto lagi mudah, dan bila dia tanya aku kenapa manual? Jawapan aku masih sama, yela dah belajar manual takkan nak beli auto.. yakinnya kamuuuu menjawab.. hahaha.

Titik tolak aku mula boleh drive ialah bila boyfriend aku kena blaja ke temerloh, dan aku masa tu dah dapat pekerjaan baru kat cyberjaya. Nak tak nak aku kena pandai drive, tak boleh nak harapkan orang lagi dah.

Slow-slow aku bawak.. aku praktis.. alhamdulillah aku boleh bawak.. seronok bawak manual, boring bawak auto sebenarnya.. dah riak pulak bila dah pandai bawak kan.. hehe..

Tapi banyak kes kereta aku mati, dekat tol batu tiga tu memang selalu. Dah kelam kabut nak bayar duit tol, kau dah lupa nak tukar gear. Kau dah nervous, lagilah tak hidup kereta tu. Abang tol tu siap cakap gudluck kat aku weh.

Aku bawak housemate aku jalan-jalan temankan aku drive diorang siap pegang dekat palang atas pintu tu bila aku kona dekat selekoh. Siap cakap Ya Allah Ya Allah siap mengucap sekali rasanya..

Dekat rnr seremban aku siap mintak tolong orang keluarkan kereta aku dari parking, sebab parking tu macam membukit kan. Aku nak bawak je kereta aku asyik turun ke bawah turun ke bawah. Risau aku tersagat, aku mintak tolong orang.

Isteri brader tu siap tanya macam mana aku boleh sampai sini. Pelik agaknya tak boleh drive tapi bawak kereta jugak.. masa tu aku nak ke estet asahan Melaka, partner aku takde kereta, aku ada kereta, dia boleh drive tapi takut manual. Kesian dia dapat partner dengan aku.

Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke estet tu. Tapi drive dalam estet pun kereta aku mati kat bonggol weh.. ye, memang menduga betul hidup aku ni.. kami selalu pergi masuk estet isnin dan boleh balik jumaat kalau jauh la destinasi.

Tapi pagi jumaat tu aku call boyfriend aku suh naik bas datang sana dan tolong drivekan kami balik.. hahahaha.. lepas pada tu memang kami naik bas je untuk ke sana.

Bila next month, boss dah arrangekan kami siap-siap dengan yang ada transport dan yang boleh drive so that nanti senangla urusan pergerakan tu.

Buat TT confession tadi, kuatkan semangat. Praktis hari-hari, insyaAllah kamu boleh drive. Kita kena cuba jugak sampai bila kita nak harapkan orang. Kita je boleh bantu diri kita..orang sekeliling kita boleh bantu untuk jadi system support kita. Gudluck TT!

Lastly, terima kasih kawan-kawan dan terima kasih suami sebab koranglah aku pandai drive.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *