Reply kepada ‘perempuan lambat habis study’ – 2:51 AM

Reply kepada 'perempuan lambat habis study'

Assalamualaikum..tadi saya terbaca satu confession. Pasal sorang sis ni yang sedih bila orang lain tanya umur beliau dan still lagi study walaupun mgkin berumur lebih daripada orang lain. Saya tahu confessor mungkin sakit hati apabila orang tanya "dah tua pon still study lagi??", kalau saya, mgkin ada terasa hati jugak. Orang tu maybe takde common sense dan sebaiknya kita berlapang dada sahaja. Jangan mudah terasa hati ye sis, baru lah hidup sis lebih tenang.

Tapi di sini, saya nak tegur sesuatu. Pada pemerhatian saya, saya sangat tak setuju bila sis cakap "tak payah nak berkakak sangat laa setakat dua tiga tahun". Sis patut tahu, ada sesetengah orang dididik dengan cara berbeza daripada sis. Sebagai contohnya saya sendiri. Family saya sangat pentingkan budi bahasa, jadi apabila seseorang tu lebih tua walaupun hanya setahun, saya tetap akan address beliau sebagai kak/abang. Jadi pada pendapat saya, bertanya umur bukan bertujuan untuk menghina. Bahkan, sekiranya saya lebih tua, saya sendiri bahasakan diri sebagai kak dan panggil orang lain sebagai adik, rasa lebih mesra. Mungkin ramai yang rasa tak selesa, seperti sis, sebaiknya sis berterus terang dengan beliau, minta panggil nama biasa sahaja, sebab tak semua orang bermaksud nak menghina.

Satu lagi, tentang kahwin muda. Sebaiknya, kita berlapang dada sahaja, tak perlu untk rasa sakit hati dsb. Saya sendiri tak pernah bercinta, apa lagi nak berkahwin, tapi saya rasa bahagia tengok kawan saya bahagia dengan keluarga masing2. Lagi baik kita mendoakan kebahagiaan kawan2 yang dah kahwin tu. Nanti suatu hari kita pon akan bahagia juga kannn.

Seperti kata sis, umur tu bukanlah faktor dalam menuntut ilmu. Jadi jom berlapang dada dan terus berusaha. Be positive ok.

– Smile

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *