Reply kepada post “update status berlebihan di laman sosial” – 5:30 PM

Reply kepada post "update status berlebihan di laman sosial"

Saya bersetuju dgn apa yg si confessor cakap, 'tak perlulah kita update status berlebih-lebihan di facebook, hari-hari nak update pasal pregnancy kita.' Kita pun faham, orang pregnant ni lebih lebih lagi first pregnancy mmg akan terlebih excited. Semua progression baby bump dia nak share dkt facebook. Tapi kalau dah hari-hari update mcm ni,
"Seronoknya hari ni hubby bawa pergi makan kacang pool, hilang rasa mengidam,"

"Hubby tak balik lagi la, tetiba rasa nak makan bla bla bla bla.."

"Kita yg pregnant, hubby pulak yg muntah2. comel jeewkk."

Kita yang scroll home facebook pun jadi meluat kalau dah hari-hari nak update aktiviti dia seharian. Kita kena faham tak semua orang boleh merasa nikmat mengandung, ada yang tak boleh pregnant, ada yg tak kawin2 walaupun dah berusia, ada yg dah kahwin tapi tak bahagia mcm dia, ada yg pregnant tapi husband tak mampu nak belikan itu ini, ada yg husband kerja offshore, ada kwn2 yg nak sgt kawin tapi tengah belajar. Tak salah nak update pasal pregnancy awk tu, tapi kalau dh setiap 1jam manjang muka kau je, aku pun menyampah.

Nak dijadikan cerita, seorang kwn aku ni (perempuan), masa dia kawin memang grand sangat, kalau boleh kawin nak style artis2 malaysia. Dia pregnant setahun lepas tu. So, dia punya excited sampai tiap2 jam dia nak update pasal life dia + husband dia yg penyayang. Sampai satu tahap, ada org lain yg juga menyampah dgn status dia tu sound dia kt facebook.

"Kau ni,semua benda nak update, mengidam itu mengidam ini, husband bawa pergi situ pergi sini, mak aku cakap kalau dah setiap jam kau mengidam itu ini, itu bkn pembawakan budak, itu hantu saka kau yang lapar."

Maka sentaplah si kawan aku ni, kawan aku pun meng'viral'kan budak tu di facebook dia habis dia maki sumpah seranah screenshot pasal budak tu kat facebook dia. Tak lama lepas tu, kwn aku ni keguguran. Masa tu, aku rasa dia memang frust gila, hari-hari update status sedih, menangis, kecewa.

so moral of the story, kalau kandungan tu baru lagi jgnlah di heboh2kan. Family terdekat jela yg tahu. Lagi satu, tak perlulah nak update status bahagia perkahwinan tu dekat public, sekali sekala takpe lah, kalau dh selang 5jam siapa je x muak.. Faham org baru kawin ni mmg excited. tapi ada yg tak sampai jodoh ni kdg2 terasa.

bila ditegur,dia jawab. "Kau tak faham, kau tak kawin lagi, kau tak rasa ada suami lagi."
Lantas panahan mulut aku pun menjawab.
"Yela, kau pun tak faham, kau tak belajar tinggi, tak masuk universiti." Sentap tak? Tapi itulah yg aku rasa..

-luahan seorang graduan yg nak kawin tapi kewangan tak mencukupi..

– ANSR

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *