REPLY: Kerana Tajamnya Lidah Seorang Ibu

Reply: (https://iiumc.com/kerana-tajamnya-lidah-seorang-ibu/)

Hi Maya, Kita senasib dapat ibu yang lidahnya tajam menusuk kalbu, sampai ke sekarang aku ingat kata2 dia.

Aku seorang anak perempuan dalam keluarga aku – aku ada dua abang dan satu adik lelaki.

Dalam 4 beradik, aku yang paling bagus prestasi akademik dari sekolah dulu. Masa sekolah rendah, setiap kali exam mesti dapat top 3 dalam satu batch.

Masuk sekolah menengah, aku masuk asrama, jadinya compete dengan ramai kawan2 pandai la.

Tapi Alhamdulillah, prestasi masih elok, dan setiap tahun memang skor top 30 at least dalam batch yang hampir 200 orang.

Cumanya – kadang2 bagus mana pun keputusan aku, mak aku mesti tanya “kenapa si XXX dapat markah lagi tinggi? Kenapa adik dapat 89 saja?”

Rasa macam susah betul nak puaskan hati mak aku masa tu. Dapat straight A’s pun tak cukup ke, kena dapat markah tertinggi dalam satu batch ke macam mana? Apa lagi dia nak?

Masa masuk universiti, aku dapat rezeki ke universiti di luar negara. Di universiti aku, tak ada majlis graduasi macam kat Malaysia, yang sorang2 graduan naik pentas terima ijazah.

Majlis kami short and straight to the point – ramai2 dalam stadium bola lepas tu dalam masa 2 jam, siap dah semua 1,500 orang graduan dah graduate.

Keluarga aku, Alhamdulillah, selesa sikit sebab kerja mak ayah aku, jadinya mereka boleh nak datang majlis graduasi aku.

Tapi dua bulan sebelum mereka datang tu, aku cakap la yang majlis graduasi aku lain dari konvo Malaysia, tak ada naik pentas.

Mak aku pulak, dia pergi cakap macam ni, “habis tu, apa guna kalau mak ayah pergi tapi tak ada naik pentas? Adik tak graduate dengan CGPA 3.5 ke atas pun kan? Baik mak ayah tak pergi kalau macam tu.”

Weh pedih weh bila mak cakap macam tu. Aku tahu dia gurau saja sebab dia datang saja masa majlis graduasi aku tu, tapi sakitnya kata2 dia tu, sampai ke sekarang aku rasa tau.

Dua tahun lepas, kami ada family trip. Masa family trip tu, ada la sikit borak2 pasal masa adik-beradik semua kecil dan zaman2 sekolah. Aku pun saja saja la cakap kat mak aku,

“Mak ingat tak masa adik sekolah dulu, mak selalu sangat push masa akademik. Tapi kat abang and XXX tak ada pun mak push, kat adik sorang saja yang mak asyik push.”

Mak aku beriya menidakkan kata-kata aku, dia cakap aku mengada saja fikir lebih, yang dia tak ada pun push aku sampai tahap macam tu.

Adik beradik aku lagi lah tak percaya sebab memang aku sorang saja yang kena.

Aku sorang saja yang dari kecil kena pressure untuk skor sentiasa, kena pressured untuk jadi yang terbaik, padahal adik-beradik yang lain, skor B/C pun siap boleh gelak lagi.

Sekarang aku dah kahwin, and memang aku rasa satu perasaan relief yang teramat.

Suami aku tahu betapa aku asyik kena pressure dengan mak aku, sampai satu tahap aku selalu push diri sendiri untuk buat benda2 yang kadang2 memakan diri sendiri.

Semuanya sebab aku subconciously rasa macam aku kena buktikan kat mak aku yang aku ni cukup saja, yang aku ni worthy enough to be her daughter.

So suami aku, for the last few years since we got married, has helped a lot to remind me yang I do not need her validation. I do not live to fulfill her extremely high expectations.

Bukan tanggungjawab aku untuk jadi the person that mak aku nak sangat aku jadi, especially if it’s just going to make me feel worse.

Because, at the end of the day, it is your life. So kena do what makes you happy. Macam Marie Kondo cakap la “keep what brings you joy”.

Aku masih visit mak ayah aku. Aku masih respect my parents and masih ambil nasihat mereka kalau nak buat apa-apa keputusan penting.

Tapi aku dah belajar untuk separate-kan apa yang dia cakap and apa yang aku ambil dan ikut.

And aku tengah cuba belajar untuk tak kejarkan validation dan acknowledgement dari dia, sebab kalau tak, memang penat weh nak tunggu tu.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *